Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Panduan dan Cara Memohon PTPTN Online

Panduan dan Cara Memohon PTPTN Online

Iktui langkah cara memohon PTPTN online yang anda perlu tahu! Melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan memerlukan perancangan kewangan yang baik, terutamanya bagi pelajar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah atau sederhana. Salah satu cara untuk meringankan beban kewangan ini ialah dengan membuat pinjaman pendidikan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

PTPTN telah menyediakan kemudahan permohonan secara dalam talian, memudahkan pelajar untuk mendapatkan pembiayaan. Artikel ini akan menjelaskan syarat-syarat yang diperlukan serta langkah-langkah untuk memohon PTPTN secara online.

Syarat-Syarat Mohon PTPTN

Panduan dan Cara Memohon PTPTN Online
Panduan dan Cara Memohon PTPTN Online

Untuk memastikan kelayakan anda dalam memohon PTPTN, bermula 1 Januari 2024 terdapat beberapa syarat utama yang perlu dipenuhi. Berikut adalah syarat-syarat kelayakan:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  3. Pendapatan (kasar) bulanan ibu bapa atau penjaga tidak melebihi RM50,000 (setelah ditolak RM250 seorang tanggungan);
  4. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  5. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan berdaftar dengan PTPTN;
  6. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) semester; dan
  7. Telah membuka akaun SIMPAN SSPN Prime/ SIMPAN SSPN Plus

Cara Memohon PTPTN Online

Panduan dan Cara Memohon PTPTN Online
Panduan dan Cara Memohon PTPTN Online

Permohonan PTPTN boleh dilakukan dengan mudah melalui laman web rasmi PTPTN. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti:

  1. Langkah 1: Semak Jadual Permohonan dan Bayaran Pinjaman
    • Layari myPTPTN.
    • Klik “PINJAMAN” dan masukkan nama program/IPT untuk carian.
    • Semak maklumat dan klik “PERMOHONAN DALAM TALIAN”.
    • Log masuk ke myPTPTN.
  2. Langkah 2: Pendaftaran No. PIN
    • Klik “Pendaftaran Permohonan Pinjaman”.
    • Pilih bank, cetak resit, dan klik “SELESAI”.
  3. Langkah 3: Permohonan Pinjaman
    • Isi maklumat pemohon, akaun, pengajian, dan muat naik surat tawaran.
    • Klik “SETUJU” dan hantar permohonan.

Borang Diperlukan untuk Mohon PTPTN

Beberapa borang dan dokumen penting perlu disediakan sebelum menghantar permohonan. Antaranya:

  1. Borang Permohonan PTPTN: Boleh didapati melalui laman web PTPTN selepas mendaftar.
  2. Salinan Surat Tawaran: Surat tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS yang diiktiraf.
  3. Salinan Kad Pengenalan: Kad pengenalan pemohon dan ibu bapa/penjaga.
  4. Salinan Akaun SSPN-i: Akaun SSPN-i yang telah dibuka.
  5. Dokumen Sokongan Lain: Bergantung kepada keadaan kewangan pemohon, seperti slip gaji ibu bapa/penjaga.

Jumlah Pinjaman PTPTN

Panduan dan Cara Memohon PTPTN Online
Panduan dan Cara Memohon PTPTN Online

Jumlah pinjaman PTPTN yang layak diterima oleh pemohon bergantung kepada pendapatan isi rumah keluarga dan beberapa faktor lain. Berikut adalah kategori jumlah pinjaman yang ditawarkan:

  1. Pinjaman Maksimum: Pelajar yang ibu bapanya adalah penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) layak menerima pinjaman maksimum.
  2. 75% daripada Pinjaman Maksimum: Untuk pelajar dengan pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 tetapi tidak tersenarai dalam data penerima BSH.
  3. 50% daripada Pinjaman Maksimum: Untuk pelajar dengan pendapatan keluarga melebihi RM8,000 dan tidak tersenarai dalam data penerima BSH.

Pinjaman ini akan dibayar secara berperingkat setiap semester, dengan syarat pelajar masih meneruskan pengajian dan mencapai keputusan akademik yang ditetapkan, iaitu Purata Nilai Gred (PNG) 2.0 ke atas.

Semoga panduan ini dapat membantu anda dalam membuat permohonan PTPTN secara online dan memudahkan urusan pembiayaan pendidikan anda.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati