Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Biodata Akhyar Rashid – Penyerang Kebangsaan Malaysia

BIODATA AKHYAR RASHID
Biodata Akhyar Rashid - Penyerang Kebangsaan Malaysia 7

Mungkin ramai yang sudah mengenali siapakah Akhyar Rashid, Seorang pemain professional bola sepak tanah air. Nama beliau mulai naik dengan prestasi yang memberangsangkan ketika diatas padang. Pernah digelar sebagai ‘Messi Malaysia’ dan panggilan santai ‘Mat Yat’. Seorang pemain yang bijak diatas pandang dan penuh semangat untuk memburu kemenangan.

Akhyar Rashid juga merupakan seorang pemain yang kerap dipanggil untuk mewakili negara dan memperkuatkan posisi menyerang. Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan diri beliau serta penyertaan kerjaya bola sepak yang beliau lalui.

Perihal Biodata Akhyar Rashid

Siapa Akhyar Rashid?

biodata akhyar rashid

Akhyar Rashid adalah seorang pemain bola sepak kebangsaan Malaysia. Nama sebenar Akhyar Rashid adalah Muhammad Akhyar Bin Abdul Rashid dilahirkan pada 1 Mei 1999. Merupakan seorang pemain bola sepak profesional yang bermain diposisi penyerang untuk kelab Malaysia Johor Darul Ta’zim (2019-kini) dalam Liga Super Malaysia dan Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Maklumat Biografi Akhyar Rashid

Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan biografi Akhyar Rashid selaku pemain profesional:

PerkaraBiografi
NamaMuhammad Akhyar Bin Abdul Rashid
Lahir1 Mei 1999
AsalAlor Setar, Kedah, Malaysia
BangsaMelayu
Ketinggian170 cm
KerjayaPemain Bola Sepak
StatusBujang
KelabKedah
JDT
Terengganu
Pencapaian– 2019 Juara Liga Super Malaysia 6 tahun berturut-turut, Juara Piala Sumbangsih dan Juara Piala Malaysia.
– 2020 Juara Liga Super Malaysia dan Juara Piala Sumbangsih.
– 2021 Juara Liga Super Malaysia dan Juara Piala Sumbangsih.
– 2022 Juara Piala Sumbangsih, Juara Liga Super Malaysia , Juara Piala FA dan Juara Piala Malaysia.
– 2023 Juara Piala FA
Media SosialInstagram : Akhyar.R (@akhyarrashid)

Kehidupan awal Akhyar Rashid

biodata akhyar rashid

Dilahirkan di Alor Setar, Kedah, Malaysia, Akhyar membesar dengan bermain bola sepak dari usia muda, yang dikuatkan sebab sebelum ini penyertaan abang beliau yang mewakili pasukan Kedah iaitu Rafdi Rashid dalam sukan itu yang mendorong minatnya untuk bermain.

Kerjaya Akhyar Rashid

biodata akhyar rashid

Diawal kemunculan beliau adalah bersama skuad muda pasukan Kedah sejak tahun 2015. Seterusnya bersama pasukan senior Kedah pada 2017 sehingga 2018. Semasa di Kedah, beliau juga dikenali sebagai Mat Yat oleh peminat Kedah.

Selepas menunjukkan prestasi yang terbaik, beliau berpindah ke pasukan JDT pada 2019 sehingga 2023. Kini, beliau baru sahaja bermain untuk Terenggan FC selaku pemain pinjaman. Berikut adalah merupakan sejarah kelab yang pernah Akhyar Rashid wakili:

  • Kedah FA (2015-2018)
    • Akhyar mula bermain dan menyertai akademi remaja Kedah sewaktu berusia 15 tahun. Beliau diberi satu lagi pertukaran di kesebelasan muda Kedah. Beliau juga menghabiskan masa di Piala Belia bermain untuk Kedah Bawah-19. Pada 16 Oktober 2017, beliau berjaya membantu Kedah B-19 memenangi piala pertama. Sebelum ini, pada Januari 2015, beliau juga pernah menjalani latihan selama sebulan dengan Akademi Cardiff City di United Kingdom.
    • Pada 4 Mac 2017, Akhyar membuat penampilan sulung pasukan utamanya untuk musim 2017 sebagai pemain gantian kepada Syazwan Zainon pada minit ke-80 dengan kemenangan 4–0 di Stadium Darul Aman. Akhyar berjaya menjaringkan gol seniornya pada 27 Julai 2017 dalam perlawanan Piala Malaysia menentang Melaka United dengan kemenangan 6–2.
    • Pada 11 Februari 2018, Akhyar telah menjaringkan gol pertamanya pada pelawanan ke-7 untuk Kedah FA dalam Liga Super Malaysia menentang PKNP dalam kemenangan 0–1 di Stadium Negeri Pulau Pinang.
  • Johor Darul Ta’zim
    • Pada 29 Disember 2018, Akhyar telah menandatangi kontrak dengan Johor Darul Ta’zim. Semasa di JDT beliau berjaya menjulang beberapa kejuaraan bersama pasukan. Beliau juga mendapat pengalaman baharu bermain di peringkat asia dengan penampilan yang bertenaga dan meyakinkan.
  • Terengganu
    • Pada tahun 2024, Akhyar Rashid dipindahkan ke Terengganu FC selaku pemain pinjaman. Beliau bakal beraksi pada liga super 2024/2025 yang akan berlansung tidak lama lagi.

Pencapaian Akhyar Rashid

biodata akhyar rashid

Selaku pemain bola sepak profesional, Akhyar Rashid berjaya merangkul beberapa kejuaraan dan pencapaian bersama kelab bola sepak dan skuad kebangsaan. Berikut adalah pencapaian beliau:

  • 2015 Juara Piala Presiden (Kedah)
  • 2019 Juara Liga Super Malaysia, Juara Piala Sumbangsih dan Juara Piala Malaysia.
  • 2020 Juara Liga Super Malaysia dan Juara Piala Sumbangsih.
  • 2021 Juara Liga Super Malaysia dan Juara Piala Sumbangsih.
  • 2022 Juara Piala Sumbangsih, Juara Liga Super Malaysia , Juara Piala FA dan Juara Piala Malaysia.
  • 2022 Naib Juara Piala Raja Thailand 2022(Malaysia)
  • 2022 Naib Juara Pesta Bola Merdeka 2022 (Malaysia)
  • 2023 Juara Piala FA

Akhyar Rashid Disamun dan Dipukul

akhyar rashid disamun

Akhyar Rashid mengalami kecederaan selepas didakwa menjadi mangsa samun, pada malam Khamis. Diketahui, dalam kejadian di Terengganu itu, Akhyar yang menyertai pasukan Terengganu FC (TFC) pada musim mengalami kecederaan di bahagian kepala dipercayai selepas dipukul.

Melalui video yang tersebar dalam media sosial termasuk Facebook dan WhatsApp, pemain kelahiran Alor Setar itu dikatakan sedang berada di sebuah pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan. Kini, dilaporkan Akhyar dalam keadaan stabil dan bakal beraksi tidak lama lagi. Akhyar kerugian RM5,000 akibat insiden tersebut.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati