Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cuaca Panas dan Kering: 7 Simptom Strok Haba dan Cara Mencegah Strok Haba

Cuaca Panas dan Kering di Malaysia 7 Simptom Strok Haba dan Cara Mencegah Strok Haba
Cuaca Panas dan Kering: 7 Simptom Strok Haba dan Cara Mencegah Strok Haba 5

Strok haba adalah penyakit berkaitan haba yang paling teruk dan dianggap sebagai kecemasan perubatan. Di Malaysia, ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan. Cuaca panas yang dialami pada ketika ini di beberapa negeri di utara Semenanjung adalah satu fenomena berulang yang berlaku saban tahun pada setiap Februari hingga Mei.

Cuaca panas dan kering di Malaysia meningkatkan risiko strok haba kepada semua golongan terutamanya kepada kanak-kanak dan orang-orang tua. Dalam artikel ini, penulis akan menerangkan apakah itu strok haba, faktor-faktor risiko strok haba, simptom strok haba, dan cara rawatan strok haba.

Penerangan Strok Haba

Strok haba merupakan keadaan di mana berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat iaitu 40 darjah Celcius atau lebih akibat terdedah kepada cuaca panas. Apabila terdedah kepada cuaca panas yang melampau, anda boleh mendapat ‘kelesuan haba’ (heat exhaustion) atau lebih teruk, ‘strok haba’ (heat stroke).


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merekodkan 13 kes berkaitan cuaca panas sejak minggu pertama hingga kesembilan tahun 2024. Empat daripada kes adalah melibatkan strok haba, manakala sembilan daripadanya adalah kes kelesuan haba. Minggu lepas Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan Pokok Sena, Kedah merekodkan suhu panas tahap dua atau gelombang haba, iaitu merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

MetMalaysia melaporkan tahap gelombang haba berdasarkan petunjuk dalam jadual di bawah:

TahapKategoriJulat Suhu Maksimum Harian
BiasaBiasaKurang daripada 35oC
Tahap 1Berjaga-jaga35oC hingga 37oC sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut
Tahap 2Gelombang habaMelebihi 37oC hingga 40oC sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut
Tahap 3Gelombang haba ekstremMelebihi 40oC sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut

Apakah itu Strok Haba?

Strok haba atau ‘Heat Stroke’ merupakan suatu kondisi yang serius akibat pendedahan kepada keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga menyebabkan badan tidak mampu menstabilkan suhu badan dan ianya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat melebihi 40°C (darjah celsius) atau lebih.

gg
Cuaca Panas dan Kering: 7 Simptom Strok Haba dan Cara Mencegah Strok Haba 6

Faktor Peningkatan Risiko Strok Haba

Beberapa faktor boleh meningkatkan risiko strok haba, antaranya adalah:

  1. Faktor Umur
    Bayi, kanak-kanak dan warga emas berisiko lebih tinggi untuk mengalami strok haba kerana keupayaan mereka untuk mengawal suhu badan berkurangan.
  2. Aktiviti fizikal yang berlebihan dalam cuaca panas
    Senaman yang berlebihan dalam cuaca panas boleh meningkatkan risiko mengalami strok haba kerana suhu tinggi boleh meningkatkan suhu teras badan.
  3. Masalah kesihatan yang sedia ada
    Masalah kesihatan kronik tertentu seperti penyakit jantung atau paru-paru boleh meningkatkan risiko strok haba. Begitu juga bagi mereka yang mengalami obesiti, gaya hidup yang tidak aktif dan mempunyai sejarah strok haba.

Simptom-simptom Strok Haba

Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas. Apabila suhu teras badan meningkat ke paras tinggi yang berbahaya dan mekanisme penyejukan semula jadi seperti berpeluh gagal mengawal suhu tersebut, strok haba akan berlaku. Ini boleh mengakibatkan kerosakan pada organ penting malah boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.

ddadad
Cuaca Panas dan Kering: 7 Simptom Strok Haba dan Cara Mencegah Strok Haba 7

Berikut adalah perbezaan antara strok haba dan kelesuan haba:

Kelesuan HabaStrok Haba
Kekejangan ototSuhu badan 40oC atau lebih tinggi
Sakit kepalaSakit kepala
Loya, muntahLoya dan muntah
PeningPening
Berpeluh dengan banyakHilang kesedaran
Kulit sejuk, pucat, lembapKulit terasa panas dan kering apabila disentuh, kulit kemerah-merahan
Nadi lemah yang cepatNadi yang cepat dan kuat

Cara Mencegah dan Merawat Strok Haba

Kelesuan haba dan strok haba boleh dirawat dan dicegah. Ambil langkah-langkah berikut untuk mengelakkan penyakit berkaitan haba daripada berlaku semasa cuaca kering dan panas di Malaysia.

  • Kekal terhidrat dengan cara meminum banyak cecair supaya badan anda boleh berpeluh.
  • Pakai pakaian yang berwarna lebih terang, ringan, longgar
  • Elakkan aktiviti lasak pada waktu paling panas
  • Orang yang berisiko lebih tinggi harus dicegah daripada terkena strok haba terutamanya golongan kanak-kanak kecil atau orang yang lebih tua
  • Gunakan pelindung matahari pada kulit seperti SPF 30.
  • Jangan tinggalkan sesiapa di dalam kenderaan yang diletakkan
dddd
Cuaca Panas dan Kering: 7 Simptom Strok Haba dan Cara Mencegah Strok Haba 8

Cara Rawatan Kecemasan Strok Haba

  1. Alihkan mangsa dari sinaran matahari yang melampau ke tempat berbumbung atau mempunyai hawa dingin.
  2. Sejukkan mangsa dengan kain yang lembap atau siram dengan air sejuk.
  3. Berikan udara segar, halakan kipas secara terus atau kipas mangsa menggunakan kertas surat khabar.
  4. Sekiranya mangsa sedar, berikan minuman sejuk dan segar.
  5. Dapatkan bantuan perubatan melalui talian 999.

Soalan FAQs Berkenaan Strok Haba

Siapakah golongan yang berisiko mengalami strok haba?

Kanak-kanak dan orang-orang tua.

Berapakah suhu badan dikatakan seseorang itu mengalami strok haba?

40 darjah Celsius ke atas.

Adakah strok haba boleh membawa maut?

Ya. Strok haba boleh membawa maut.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati