Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Senarai Nombor Kod Daging Allana Serta Cara Masakan dan Bahagian Daging Allana

Senarai Nombor Kod Daging Allana Serta Cara Masakan dan Bahagian Daging Allana

Nombor Kod Daging Allana. Daging Allana dikenali kerana kualitinya yang tinggi dan mempunyai pelbagai potongan daging yang sesuai untuk pelbagai jenis masakan. Setiap potongan daging mempunyai kod tersendiri yang memudahkan pengguna untuk mengenal pasti bahagian daging yang diperlukan.

Admin akan menyenaraikan nombor kod daging Allana serta bahagian daging yang berkaitan. Selain itu, kelebihan menggunakan sistem kod ini akan diterangkan untuk memudahkan anda dalam memilih potongan daging yang sesuai untuk masakan harian.

Menggunakan sistem kod ini memberikan panduan yang jelas tentang jenis dan bahagian daging yang akan digunakan, memudahkan pengguna, khususnya para tukang masak dan peminat kulinari, untuk merancang menu dengan lebih efisien. Berikut adalah senarai nombor kod daging Allana beserta bahagian daging dan cadangan masakan yang sesuai.

Senarai Nombor Kod Daging Allana Serta Bahagian Daging Allana

Pengguna boleh merujuk senarai kod di bawah yang disedia oleh Myresepi, untuk mengetahui bahagian daging Allana serta kegunaannya dalam masakan. Berikut adalah senarai nombor kod daging Allana:

Kod 31 – Tenderloin

Senarai Nombor Kod Daging Allana Serta Bahagian Daging Allana kod 31
  • Bahagian: Daging batang pinang dalam. Paling lembut dan tiada lemak.
  • Masakan: Sate, Stik, Bakar / Grill.

Kod 11 – Slice

Senarai Nombor Kod Daging Allana Serta Bahagian Daging Allana kod 11
  • Bahagian: Daging bawah perut serta kurang lemak urat.
  • Masakan: Kari / Gulai, Rebus / Singgang, Masak Kicap.

Kod 42 – Nuckle

Senarai Nombor Kod Daging Allana Serta Bahagian Daging Allana kod 42
  • Bahagian: Daging dalam paha belakang. Pejal & liat sedikit.
  • Masakan: Rendang, Kari / Gulai, Rebus / Singgang.

Kod 44 – Silver Side

Senarai Nombor Kod Daging Allana Serta Bahagian Daging Allana kod 44
  • Bahagian: Daging paha belakang. Berotot & liat sedikit.
  • Masakan: Dendeng, Serunding, Kari / Gulai.

Kod 41 – Top Side

Senarai Nombor Kod Daging Allana Serta Bahagian Daging Allana kod 41
Senarai Nombor Kod Daging Allana Serta Cara Masakan dan Bahagian Daging Allana 14
  • Bahagian: Daging atas paha belakang. Pejal & halus.
  • Masakan: Sup, Rendang, Kari / Gulai.

Kod 45 – Rump Steak

Senarai Nombor Kod Daging Allana Serta Bahagian Daging Allana kod 45
  • Bahagian: Daging atas punggung. Pejal tetapi lembut.
  • Masakan: Beriani / Kurma, Kari / Gulai, Rendang.

Kod 46 – Striploin

Senarai Nombor Kod Daging Allana Serta Bahagian Daging Allana kod 46
  • Bahagian: Daging batang pinang luar. Lembut & berlemak.
  • Masakan: Sate, Stik, Bakar / Grill.

Kod 61 – Brisket

Senarai Nombor Kod Daging Allana Serta Bahagian Daging Allana kod 61
  • Bahagian: Daging bawah dada. Pejal & liat sedikit.
  • Masakan: Sup, Daging Salai, Rebus / Singgang.

Kod 64 – Chuck Tender

Senarai Nombor Kod Daging Allana Serta Bahagian Daging Allana kod 64
  • Bahagian: Daging bahu / Paha depan. Tebal & lembut.
  • Masakan: Sup, Rendang, Beriani / Kurma.

Kod 65 – Blade

Senarai Nombor Kod Daging Allana Serta Bahagian Daging Allana kod 65
  • Bahagian: Daging bahu depan. Berserat kasar.
  • Masakan: Sup, Rendang, Kari / Gulai.

Kod 66 – Trimming

Senarai Nombor Kod Daging Allana Serta Bahagian Daging Allana kod 66
  • Bahagian: Daging cincang/Campur. Lemak & berurat.
  • Masakan: Dalca, Gulai Kawah.

Kod 67 – Cube Roll

Senarai Nombor Kod Daging Allana Serta Bahagian Daging Allana kod 67
  • Bahagian: Daging leher / rusuk. Pejal & lembut.
  • Masakan: Sate / Stik, Bakar / Grill, Beriani / Kurma.

Dengan panduan ini, anda kini dapat memilih potongan daging Allana yang sesuai untuk setiap jenis masakan yang ingin disediakan. Memahami setiap kod dan bahagian daging akan membantu anda mencapai hasil masakan yang lebih baik dan enak.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati