Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Jawatan JPN Mei 2024 – 188 Kekosongan Seluruh Malaysia

Pengambilan Jawatan JPN Mei 2024 - 188 Kekosongan Seluruh Malaysia

Makluman jawatan JPN Mei 2024. Pengumuman dari JPN yang kini membuka peluang jawatan kosong di Jabatan Pendaftaran Negara mengikut keperluan semasa dan memerlukan pengambilan pekerja seramai 188 kekosongan seluruh negara. Melalui makluman terbaru jawatan JPN Mei 2024, calon boleh berkongsikan makluman permohonan segera ke dalam media sosial anda sebagai peringatan kepada orang ramai.

Suruhanajaya Penjawat Awam (SPA) kini mengumumkan kekosong jawatan JPN Mei 2024. Permohonan adalah boleh merujuk permohonan secara atas talian dan mesti mengikuti syarat kelayakan dan beberapa maklumat lengkap yang lain.

Makluman SPA Berkenaan Jawatan JPN Mei 2024

Maklumat Berkenaan Jawatan JPN Mei 2024

Jawatan JPN Mei 2024

Berikut adalah merupakan beberapa maklumat berkenaan tawaran jawatan kosong Pembantu Pendaftaran KP19 yang dibuka untuk permohonan orang ramai secara online. Ikuti jadual dibawah:

PerkaraMaklumat
Nama Skim PerkhidmatanPembantu Pendaftaran KP19
Klasifikasi PerkhidmatanKeselamatan dan Pertahanan Awam
Jenis Skim PerkhidmatanPelaksana
GredKP19
Gaji MinimumRM1,360.00
Gaji MaksimumRM4,052.00

Tempoh Permohonan Jawatan JPN Mei 2024

Bagi permohonan kali ini, dibuka portal SPA untuk pendaftaran baharu atau pengemaskinian terkini berkenaan jawatan kosong Pembantu Pendaftaran KP19. Permohonan boleh dipohon dengan tempoh sekarang dan hendaklah membuat permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 28 Mei 2024 bersamaan hari Selasa.

Penerangan Skop Jawatan JPN Mei 2024

Berikut adalah merupakan penerangan tugasan kerja bagi jawatan Pembantu Pendaftaran KP19:

  • Bertanggungjawab dalam aktiviti memastikan perkhidmatan operasi mencapai standard dan prosedur yang ditetapkan berdasarkan:
    • Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),
    • Registration of Births and Deaths Ordinance 1951 (Sabah Cap, 123),
    • Registration of Births and Deaths Ordinance 1951 (Sarawak Cap, 123),
    • Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-peruntukan Khas) 1975 (Akta 1952),
    • Akta Pendaftaran Pengangkutan 1952 (Akta 253) dan Adaption Ordinance 1941 (Sarawak Cap. 91),
    • Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001),
    • Perlembagaan Persekutuan, Bahagian III (Kewarganegaraan) dan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164).

Untuk mengetahui maklumat lanjut jawatan anda boleh merujuk laman rasmi SPA berkenaan jawatan yang ingin diketahui lebih lanjut.

Syarat Kelayakan Permohonan Pembantu Pendaftaran KP19

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan mohon kerja JPN bagi jawatan Pembantu Pendaftaran KP19:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan keatas
  • Keperluan calon yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau/dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang pengkhususan tertentu.
  • Mempunyai SKM Tahap 2 dalam bidang:
    • Pengurusan Pejabat
  • Mempunyai SKM Tahap 3 dalam bidang:
    • Pentadbiran Pejabat
    • Penyeliaan Pengurusan Pejabat
    • Setiausaha Korporat Eksekutif

Untuk langkah seterusnya, ketahui beberapa maklumat lanjut berkenaan tawaran kerja yang dibuka melalui pautan rasmi daripada SPA sendiri dibawah.

Rujuk Makluman Jawatan JPN Mei 2024

Untuk membuat semakan berkenaan jawatan JPN Mei 2024, calon boleh pergi ke pautan rasmi yang disediakan oleh pihak SPA. Maklumat berkenaan hebahan kekosong jawatan kosong di JPA boleh dirujuk melalui klik pada perkongsian berikut:

Merujuk pada iklan jawatan kosong JPN, terdapat 100 kekosongan untuk diisi dibawah SPA seluruh negeri yang terlibat secara umumnya. Sementara itu, terdapat 88 calon simpanan diperlukan bagi mengisi kekosongan pekerja.

Selepas siap membuat semakan lebih lanjut, para calon boleh membuat permohonan secara atas talian di laman SPA9. Boleh ikuti beberapa langkah permohonan yang kami sediakan untuk memudahkan urusan permohonan anda.

Cara Mohon Kerja JPN

Untuk membuat permohonan, para calon boleh membuat permohonan dengan kadar segera di laman SPA. Berikut adalah merupakan langkah permohonan jawatan kosong di JPN:

  • Pergi ke web rasmi SPA9
  • Log masuk atau daftar akaun baharu bagi mereka yang belum mempunyai akaun.
  • Lengkapkan beberapa butiran dan masukkan beberapa dokumen berkenaan maklumat diri dan akademik.
  • Pergi ke bahagian permohonan jawatan, pilih jawatan “Pembantu Pendaftaran KP19”
  • Sahkan permohonan dan simpan.

Selepas siap membuat permohonan, Pemohon perlu menunggu maklum balas daripada pihak SPA. Keputusan permohonan para pemohon akan dimaklumkan melalui emel dan mungkin perlu melepasi peperiksaan psikometrik terlebih dahulu.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati