Permohonan Personal Mystep di Jabatan Perangkaan Malaysia. Assalamualaikum wbt, Alhamdulilah khabar gembira bagi sesiapa belum ada pekerjaan yang tetap atau tiada langsung pekerjaan, Dimana ingin kami kongsikan khabar gembira itu pada anda semua.Pihak Jabatan Perangkaan Malaysia DOSM telah menwar-warkan iklan jawatan kosong bagi permohonan bulan 9 ini. Iaitu Permohonan Personal Mystep di Jabatan Perangkaan Malaysia Ambilan September 2023 moga-moga dengan permohonan ini dapat membantu anda menimba pengalaman bekerja sebagai pekerja kerajaan.
Oleh yang demikian, para graduan yang baru habis belajar dan sahabat kita yang belum ada pekerjaan anda digalakkan untuk memohon kekosogan jawatan yang telah dibuka oleh Dosm.
Sertai telegram kami yang menyalurkan info kerja kosong Malaysia kerajaan dan swasta. Untuk itu anda boleh tekan pautan dibawah:
Maklumat Penuh Permohonan Personal Mystep di Jabatan Perangkaan Malaysia
Isi Kandungan
Maklumat Lengkap Jawatan
Berikut adalah senarai jawatan kosong yang dibuka oleh Jabatan Perangkaan Malaysia beserta penerangan ringkas:
JAWATAN KOSONG | GRED | PENEMPATAN | |
---|---|---|---|
Personal Mystep | – | Ipoh, Perak |
Tarikh Tutup Permohonan
Untuk makluman kepada semua calon yang berminat untuk memohon, tarikh permohonan iklan kerjaya ini ditutup pada 22 September 2023 pada hari Jumaat 11:59 malam.
Syarat Permohonan Personal Mystep di Jabatan Perangkaan Malaysia
Untuk permohoan jawatan kali ini, mestilah para calon mengikut kepada kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Perlu untuk pemohon cakna akan syarat permohonan seperti dibawah:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun ketika umur pemohon dibuat
- Minimal kelayakan pendidikan adalah SPM atau setaraf dengannya
Kadar Bayaran Bulanan
Untuk pengetahuan pemohon kadar gaji bagi Personal Mystep berdasarkan kelayakan anda:
- Sijil Pelajaran Malaysia – RM1,700
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma – RM1,900
Kelebihan Bekerja Sebagai Personal Mystep Perak
- Kadar Gaji Lumayan
- Caruman Perkeso
- Caruman KWSP
Cara Memohon Personal Mystep di Jabatan Perangkaan Malaysia
Iklan Permohonan Penuh Jawatan
Sebelum memulakan urusan permohonan kerja adalah lebih baik untuk anda melihat terlebih dahulu siaran iklan yang dikeluarkan secara rasminya oleh pihak majikan. Penting untuk anda ketahui iklan yang dibuka dan akan ditutup untuk mengelakkan anda terlepas pandang. Berikut adalah iklan yang disiarkan:
Jika anda telah selesai membuat semakan iklan, maka anda hendaklah membuat permohonan terus agar anda tidak terlepas untuk mendapat pengalaman bekerja dibawah Jabatan Perangkaan Malaysia.
Flow Permohonan untuk Para Pemohon
Bagi para pemohon yang bersedia dan berminat membuat permohonan anda boleh ikuti langkah dan tatacara yang kami sediakan.
Langkah 1
Makluman untuk pemohon bagi langkah pertama cara untuk memohon, anda dikehendaki untuk mengisi borang permohonan terlebih dahulu dibawah:
Langkah 2
Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan beberapa dokumen seperti berikut:
- Satu keping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan),
- Resume Penuh
- Salinan Sijil Kelahiran
- Salinan MyKad
- Salinan Kelulusan Akademik,
- Salinan Perakuan Perkhidmatan Pegawai terdahulu
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah serta dokumen sokongan yang berkaitan.
Langkah 3
Jika mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi :
ALAMAT MAJIKAN |
---|
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perak, Tingkat 3, Blok A, Bangunan Persekutuan Ipoh, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said (Greentown), 30450 Ipoh, Perak. 05-243 6107 [email protected] |
Latar Belakang Jabatan Perangkaan Malaysia
Sudah menjadi satu kemestian bagi pemohon jika anda mahu membuat permohonan kerja anda dikehendaki untuk mengetahui banyak mengenai syarikat atau jabatan tersebut. Agar semasa temuduga nanti senang anda untuk kongsikan background syarikat yang anda mohon.
Jabatan Perangkaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1949 di bawah Ordinan Statistik 1949 dan bernama Biro Statistik. Pada awalnya, fokus perangkaan terhad kepada perdagangan luar negeri dan pertanian ladang.
Pada tahun 1965, Biro Statistik bertukar nama kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan berfungsi mengikut Akta Perangkaan 1965. Jabatan ini kemudiannya berkembang, mengumpul data ekonomi dan sosial yang lebih meluas.
Jabatan Perangkaan Malaysia adalah agensi kerajaan utama yang bertugas mengumpul, menganalisis, dan menyebarkan data terkini untuk memantau prestasi ekonomi dan pembangunan sosial negara.
Ibu pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia terletak di Putrajaya, dengan pejabat di setiap negeri dan Pejabat-pejabat Operasi di beberapa negeri untuk memperkuat pengumpulan data.
Peranan Dosm
Sebagai agensi utama dalam bidang perangkaan ke arah sistem maklumat yang bermutu, berorientasikan pengguna dan bertepatan masa, untuk pembentukan dasar perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.
Fungsi Dosm
Di bawah “Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989)”, fungsi utama Jabatan Perangkaan Malaysia ialah :
- mengumpul dan mentafsirkan perangkaan bagi tujuan pembentukan atau pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dalam apa juga bidang yang diperlukan oleh kerajaan atau bagi memenuhi keperluan-keperluan perdagangan, perniagaan, perindustrian, pertanian atau lain-lain.
- menyebar perangkaan yang telah dikumpul atau tafsiran yang dibuat atas perangkaan yang dikumpul itu, bukan sahaja kepada agensi-agensi kerajaan, tetapi juga kepada pihak-pihak berkuasa atau orang-orang yang mana maklumat itu berguna untuk mereka.