Join WhatsApp Group Info SGO
BSN MYHOME-i ,Skim perumahan belia diperkenalkan bagi membantu pasangan suami isteri yang berumur tidak kurang daripada 25 tahun dan tidak lebih dari 40 tahun serta pendapatan isi rumah tidak melebihi Rm10,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama.
BSN MYHOME-i: SKIM PERUMAHAN BELIA
Skim ini merupakan insentif kerajaan Malaysia dan Bank Simpanan Nasional BSN diiringi kerjasama KWSP dan Cagamas.
Skim ini juga terhad kepada 20,000 pembeli pertama sahaja berkonsepkan “Siapa cepat, dia dapat”.
Tarikh permohonan dibuka : 01/01/2020
Tarikh permohonan ditutup : 31/12/2020
Manfaat :
- KA +0.60 sehingga KA +1.00% bergantung pada profil dan lokasi hartanah pelanggan.
- Amaun pinjaman Rm350,000 ke atas, tempoh pinjaman 30 tahun, kadar faedah indikatif adalah BR +0.80%.
- Bantuan kewangan bagi dua tahun pertaman bermula daripada pengeluaran pinjaman yang pertama sebanyak RM200.
- Pembiayaan sehingga 100% harga pembelian atau harga pasaran, yang mana lebih rendah dan sehingga 5% harga pembelian bagi MRTA.
- Pengecualian bayaran duti setem sehingga Rm300,000 yang pertama ke atas pembelian rumah pertama berharga RM500,000. Tempoh pengecualian 2 tahun sehingga Disember 2020
- Pembiayaan maksimum sehingga Rm500,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga 35 tahun / umur maksimum 70 tahun.