Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Jawatan DBKL Mei 2024

pengambilan jawatan dbkl mei 2024

Permohonan jawatan kosong Mei 2024 kini dibuka! Melalui pengambilan jawatan DBKL Mei 2024 yang menawarkan banyak jawatan kosong tetap dan kontrak untuk dimohon oleh rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang akademik.

Untuk pengetahuan semua, DBKL adalah merupakan sebuah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang sangat memainkan peranan penting dalam memastikan bandar Kuala Lumpur terus terjaga dan maju dari hari ke hari.

Berkenaan Pengambilan Jawatan DBKL Mei 2024

Maklumat Mengenai DBKL

DBKL adalah merupakan pihak berkuasa tempatan di Malaysia yang menguruskan wilayah Kuala Lumpur. Ia adalah merupakan agensi dibawah kementerian Wilayah Persekutuan yang mana memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan, pengurusan awam, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar.

DBKL telah ditubuhkan pada 1 Februari 1972 bersamaan dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang pertama di Malaysia pasca merdeka.

Maklumat Senarai Jawatan Kosong DBKL

Terdapat 9 kekosong jenis jawatan bagi pengambilan jawatan DBKL Mei 2024 yang ditawarkan kepada awam untuk permohonan. Berikut adalah merupakan senarai jawatan kosong DBKL:

Jawatan KosongKlasifikasi Perkhidmatan
JURUUKUR BANGUNAN GRED J41 (KONTRAK / TETAP)KEJURUTERAAN
PEGAWAI PENGUATKUASA GRED KP41 (KONTRAK / TETAP)KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM
PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L29 (KONTRAK / TETAP)PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29 (KONTRAK / TETAP)PERUBATAN DAN KESIHATAN
PENOLONG JURUTERA (ELEKTRONIK) GRED JA29 (KONTRAK / TETAP)KEJURUTERAAN
PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J19 (KONTRAK / TETAP)KEJURUTERAAN
PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11 (KONTRAK / TETAP)KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM
PEMANDU KENDERAAN GRED H11 (KONTRAK / TETAP)KEMAHIRAN
PEMBANTU AWAM GRED H11 (KONTRAK / TETAP)KEMAHIRAN

Tempoh Permohonan Jawatan Kosong DBKL

Untuk makluman kepada semua, pengambilan jawatan DBKL Mei 2024 ini telah dibuka bermula 29 April 2024 dan disahkan untuk tarikh tutup permohonan adalah pada 13 Mei 2024.

Sehubungan itu, diminta kepada para calon yang berminat untuk mengemukakan permohonan, buatlah isian online secara segera dengan mengikuti ketetapan yang ditetapkan.

Syarat Kelayakan Pengambilan Jawatan DBKL Mei 2024

Bagi membuat permohonan, para calon perlu mengetahui kelayakan permohonan yang ditetapkan. Berikut adalah merupakan syarat permohonan kerja DBKL Mei 2024:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun dan keatas
  3. Mempunyai kelayakan akademik minima PMR, SPM , Diploma dan Ijazah.
  4. Boleh bekerja dalam pasukan.
  5. Boleh menerima arahan dengan baik.

Panduan Permohonan Jawatan Kosong DBKL 2024

Semakan Lengkap Iklan Pengambilan Jawatan DBKL Mei 2024

Iklan Pengambilan Jawatan DBKL Mei 2024

Untuk membuat permohonan, para calon diseru untuk memeriksa lebih lanjut berkenaan tawaran yang dikeluarkan oleh DBKL. Anda boleh membuat rujukan lengkap bagi iklan pengambilan jawatan DBKL Mei 2024 melalui pautan iklan dibawah:

Rujuk maklumat lebih lanjut berkenaan cara permohonan yang boleh dibuat secara atas talian dengan berdasarkan beberapa langkah mudah permohonan.

Cara Permohonan Kerja DBKL

Untuk para calon yang ingin membuat permohonan kerja, anda boleh merujuk panduan lengkap permohonan pengambilan jawatan DBKL Mei 2024 seperti dibawah:

  • Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu laman web DBKL dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ONLINE SAHAJA dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL.
  • Permohonan daripada pegawai dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hendaklah dikemukakan secara ATAS TALIAN (ONLINE) SAHAJA dengan menggunakan Modul Kerjaya di Employee Self Services (ESS).
  • iManual Penggunaan Sistem Recruiting DBKL boleh dimuat turun di untuk rujukan calon.
  • Calon yang mempunyai Ijazah, Diploma dan Sijil dari institusi pengajian tinggi swasta hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web MQA.
  • Calon yang memiliki kelayakan SPM dan PT3/PMR/SRP hendaklah menyemak syarat kelayakan minimum di laman disini.
  • Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, Diploma, SPM, SVM, SKM, Sijil- sijil atau resume bagi jawatan berkaitan sehingga dihubungi untuk temu duga.

Catatan:

  • Borang Permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.
  • Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.

3 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati