Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Insentif i-Suri KWSP 2024

i-suri kwsp 2024

Apakah itu Insentif i-Suri KWSP 2024? Suri rumah kini boleh membuat pilihan dalam mencarum KWSP melalui insentif khas sehingga RM300 setahun kerajaan sediakan melalui i-suri 2024.

Ini adalah merupakan usaha kerajaan untuk memastikan kesejahteraan pada golongan yang digelar suri rumah. Bagaimana caruman KWSP i-suri 2024 ini?

Sepertimana ahli pencarum yang lain, melalui insentif I-SURI KWSP ini suri rumah boleh menikmati dividen yang berbaloi secara tahunan. Selain itu terdapat beberapa kelebihan lain seperti bantuan hilang upaya, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai.

Ikuti maklumat lengkap mengenai i-suri 2024 berkenaan ciri-ciri, syarat kelayakan dan cara mohon.

Berkenaan I-Suri KWSP 2024 yang Menawarkan Tawaran Menarik Kepada Suri Rumah

Melalui insentif ini, ia terdapat kelebihan untuk suri rumah dimana ia mempunyai jaminan masa hadapan dalam bentuk skim KWSP.

Golongan seperti suri rumah, balu dan juga ibu tunggal yang berdaftar e-kasih, anda boleh pilih i-suri KWSP 2024 serta tambah simpanan anda. Untuk setiap RM1 yang anda simpan kerajaan akan padankan sebanyak RM0.50 sehingga maksima RM300 setahun.

Apakah Itu i-Suri KWSP 2024?

image 177
Bantuan Insentif i-Suri KWSP 2024 4

I-suri KWSP 2024 adalah merupakan program caruman sukarela untuk wanita yang berdaftar di dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) yang juga termasuk suri rumah, balu, ibi tunggal dan bujang.

Ahli caruman KWSP adalah layak menerima insentif khas tahunan sebanyak RM300 berdasarkan had maksima RM3,000 seumur hidup atau capai umur 55 tahun.

Faedah Pemberian i-Suri KWSP 2024

Berikut adalah merupakan faedah yang disediakan kepada golongan suri rumah dalam i-suri kwsp 2024:

  1. Pemberian Insentif Khas
    • Insentif khas 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 setahun.
    • Had sebanyak RM3,000 atau capai umur 55 tahun,salah satu.
  2. Peroleh Dividen Tahunan
    • Golongan suri rumah layak menikmati dividen tahunan melalui simpanan.
  3. Layak Menerima Bantuan Kematian
    • Sekiranya terdapat kes kematian melibatkan suami, pihak KWSP ada menyediakan bantuan berkaitan.
  4. Faedah Pelepasan Cukai
    • Caruman yang dibuat boleh memohon pelepasan cukai berdasarkan terma dan syarat KWSP.

Syarat-Syarat Kelayakan I-Suri 2024

Untuk mendapatkan insentif i-suri KWSP 2024 anda perlu menepati syarat seperti dibawah:

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat senarai terkini.

Permohonan I-Suri KWSP 2024 dan Kadar Carumah I-Suri

Kadar Caruman untuk I-Suri KWSP 2024

Untuk membuat caruman, sebenarnya tiada sebarang caruman minimum kepada pencarun. Digalakkan untuk mencarum sebanyak RM600 setahun bagi melayakkan ahli menerima bantuan insentif maksima RM300.

Boleh rujuk pada infografik seperti dibawah untuk lebih lanjut:

image 176

Cara Daftar dan Mohon I-Suri KWSP 2024

Berikut adalah kaedah yang anda boleh daftar dan mohon i-suri:

  1. Pendaftaran secara automatik untuk ahli KWSP baharu yang dipadankan dengan maklumat data eKasih sedia ada.
  2. Pendaftaran kendiri:
    a. Daftar dari aplikasi KWSP i-Akaun
    b. Daftar dalam talian di laman web KWSP
    c. Membuat pendaftaran di Self-Service Terminal (SST)
  3. Hadir ke Pejabat KWSP yang berhampiran dengan melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan/i-Suri (KWSP 16G (M)).

Beberapa dokumen yang perlu disediaka untuk pendaftaran adalah seperti berikut:

  • MyKad
  • Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

Selepas anda selesai membuat pendaftaran, anda boleh membuat caruman untuk mendapatkan insetif i-Suri KWSP 2024.

Soalan FAQs Berkenaan Insentif I-Suri KWSP 2024

Apakah Tujuan i-Suri KWSP 2024?

Pengenalan insentif i-suri KWSP 2024 adalah bertujuan untuk bertindak sebagai skim yang membantu semua golongan suri rumah. Berikut adalah tujuannya:

-Memberi jaminan masa hadapan dan kestabilan kepada golongan yang berisiko tinggi.
-Menjaga kebajikan golongan wanita selaku suri rumah atau situasi di luar jangkaan dalam rumah tangga.
-Memberi pengiktirafan kepada golongan suri rumah.
-Memberi dorongan untuk menyimpan caruman KWSP untuk kegunaan di hari tua kelak.

Bagaimana Cara Pembayaran Caruman?

-Aplikasi Mudah Alih – KWSP i-Akaun
-Perbankan Internet
-Kaunter Ejen Bank – BSN, Maybank, Public Bank & RHB Bank
-Ejen Bank Berdaftar – (EB) BSN
-Bayaran secara tunai (maksimum RM500) /cek/draf bank/kiriman wang/wang pos bank di semua kaunter Peresitan Pejabat KWSP
-Bayaran secara Kad Debit melalui Mobile Team (MT) & Pejabat KWSP

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati