Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

9 Tanda-tanda Penyakit Batu Karang dan Cara Buang Batu Karang Tanpa Pembedahan

BATU
9 Tanda-tanda Penyakit Batu Karang dan Cara Buang Batu Karang Tanpa Pembedahan 5

Penyakit batu karang adalah objek keras yang diperbuat daripada bahan kimia dalam air kencing. Ramai pesakit di Malaysia mengalami penyakit batu karang. Namun, ada antara kita masih tidak tahu apakah itu penyakit batu karang, tanda-tanda seseorang sudah ada penyakit batu karang, dan cara merawatnya. Dalam artikel kali ini, penulis akan menerangkan apakah itu penyakit batu karang, tanda-tanda seseorang sudah ada penyakit batu karang, dan cara-cara rawatan yang berkesan untuk penyakit batu karang.

Penerangan Mengenai Batu Karang

Kajian menunjukkan penyakit batu karang sering kali berlaku di kalangan kaum lelaki berbanding wanita. Menurut dapatan statistik peratusan penghidap penyakit batu karang di Malaysia adalah sebanyak 10-15% yang mana nisbahnya lelaki: perempuan, 2:1. Penyakit ini sebenarnya boleh menyerang sesiapa sahaja tetapi golongan yang kerap berisiko adalah berumur 35 hingga 45 tahun.

Apakah itu Batu Karang?

Batu karang terbentuk melalui proses pemendakan dan penghabluran mineral dan konstituen kencing. Mineral dan konstituen dalam air kencing terkumpul bersama dan menjadi titik pemendakan apabila air kencing dalam kepekatan yang tinggi. Titik pemendakan ini merupakan tumpuan mineral dan konstituen untuk memendak and menghablur berterusan, and akhirnya batu karang yerjadi. Batu karang boleh terbentuk pada buah pinggang (Nephrolithiasis) atau di salur ureter di antara pundi kencing dan buah pinggang (Ureterolithiasis). Ia tidak berlaku dalam masa yang singkat, batu karang mengambil masa 6 bulan hingga setahun sebelum menunjukkan simptom.

Jenis-jenis Batu Karang

Contoh-contoh batu karang ialah batu kalsium oxalate, batu kalsium fosfat, batu asid urik, batu magnasium amonium fosfak, batu cystein dan sebagainya. Batu yang paling biasa terjadi ialah batu kalsium oxalate.
259352078 2848475452079642 3723412765582716974 n
9 Tanda-tanda Penyakit Batu Karang dan Cara Buang Batu Karang Tanpa Pembedahan 6

Sumber : HelloDoktor

Tanda-tanda Batu Karang Dalam Pundi Kencing

Batu karang menyebabkan sakit belakang yang teruk yang digambarkan lebih teruk dari sakit waktu bersalin. Sakit belakang ini berlaku kerana penyumbatan pada salur ureter. Apabila sakit merebak ke bahagian ari-ari, kebiasaanya batu karang telah berada di pundi kencing.

Apabila batu karang semakin membesar, pesakit akan rasa sakit belakang di sebelah kiri atau kanan. Sesetengah pesakit megalami kencing darah. Jika batu karang beralih dan tersekat di salur kencing (ureter), pesakit akan mengalami kesakitan yang sangat kuat. Kesakitan yang kuat disebabkan penguncupan salur kencing untuk mengeluarkan batu karang tersebut.

Berikut merupakan tanda-tanda penyakit batu karang:

Tanda-tanda penyakit batu karangPenerangan
1. Sakit belakang yang teruk
Sakit yang digambarkan lebih teruk dari sakit waktu bersalin. Sakit belakang ini berlaku kerana penyumbatan pada salur ureter.
2. Sakit semasa kencing
Batu karang dapat menyebabkan seseorang rasa tidak selesa dan sakit semasa membuang air kecil.
3. Kerap rasa hendak kencing
Tanda batu karang yang berikutnya adalah dapat merangsang seseorang untuk rasa hendak kencing walaupun jumlah urin yang keluar mungkin sedikit.
4. Darah dalam air kencing
Darah dalam air kencing ialah gejala biasa pada orang yang mempunyai batu karang. Gejala ini juga dipanggil hematuria. Darah dalam air kencing boleh berwarna merah, merah jambu, atau coklat.
5. Air kencing berwarna keruh dan berbau busukAir kencing yang sihat adalah jernih dan tidak mempunyai bau yang kuat. Air kencing yang keruh atau berbau busuk boleh menjadi tanda batu karang.
6. Mual dan muntahGejala ini berlaku kerana sambungan saraf yang dikongsi antara buah pinggang dan saluran pencernaan. Batu dalam buah pinggang boleh mencetuskan saraf di saluran pencernaan, mencetuskan sakit perut.
7. Demam dan menggigil
Demam dan menggigil adalah tanda batu karang atau jangkitan pada buah pinggang di bahagian saluran kencing
8. Sakit ke pangkal paha dan alat kelaminSakit dari batu karang boleh beralih dari punggung atau perut ke pangkal paha dan alat kelamin ketika batu bergerak melalui saluran kencing.
9. Jangkitan saluran kencingJangkitan saluran kencing adalah tanda-tanda adanya batu karang.

Kaedah Merawat Batu Karang

Cara Merawat Batu Karang Tanpa Pembedahan

Hanya batu karang yang kecil sahaja mampu dipecahkan dan mengalir keluar daripada saluran kencing tanpa melalui pembedahan. Batu karang yang lebih kecil daripada 5mm, mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mengalir keluar dari badan bersama kencing. Pesakit hanya perlu minum air yang lebih untuk menghasilkan air kencing bagi mengeluarkan batu karang yang kecil. Kebarangkalian untuk batu karang dikeluarkan bersama kencing akan berkurangan dengan saiz batu yang semakin besar. Batu karang melebihi 1cm biasanya tidak dapat mengalir keluar bersama kencing.

167592431 1589722897882575 7122608374652124309 n

Ada petua hancurkan batu karang dengan air kelapa muda dan lada hitam. Bagaimanapun, tiada kepastian samada petua ini akan berkesan atau tidak. Anda disarankan berjumpa dengan doktor perubatan untuk pemeriksaan lebih lanjut.

117946771 4841175369242051 4047130387086839182 n
9 Tanda-tanda Penyakit Batu Karang dan Cara Buang Batu Karang Tanpa Pembedahan 7

Sumber : Esulix

Soalan FAQs Berkenaan Penyakit Batu Karang

Apakah jenis-jenis batu karang?

Batu kalsium oxalate, batu kalsium fosfat, batu asid urik, batu magnasium amonium fosfak, dan batu cystein.

Bolehkah batu karang dibuang tanpa pembedahan?

Boleh, jika saiz batu karang kurang dari 5mm.

Siapakah kumpulan risiko mengidap batu karang?

Kaum lelaki dan individu berusia 35 hingga 45 tahun.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati