Memiliki kulit kusam sememangnya merupakan perkara normal yang terjadi kepada ramai orang. Namun, adakah anda akan membiarkannya begitu sahaja? Hal ini terjadi disebabkan pelbagai faktor. Secara realitinya, tidak ada sesiapa yang menginginkan kulit yang kusam, kering dan tidak berseri.
Oleh itu, pada hari ini saya akan huraikan dengan lebih mendalam tentang kulit kusam dan cara mengatasi masalah ini agar anda akan tampil yakin jika ingin keluar bersama keluarga dan rakan.
Cara Mengatasi Kulit Kusam Tanpa Supplement
Isi Kandungan
- 1 Cara Mengatasi Kulit Kusam Tanpa Supplement
- 2 Penyebab Kulit Kusam
- 2.1 Produk Untuk Kulit Kusam dan Kering
- 2.2 Tips Mengatasi Kulit Kusam Mengikut Jenis Kulit
- 2.3 Apakah penyebab utama kulit kusam?
- 2.4 Bagaimanakah cara mencegah kulit kusam?
- 2.5 Apakah penjagaan kulit yang boleh mengatasi kulit kusam?
- 2.6 Apakah makanan atau suplemen yang dapat membantu meningkatkan kecerahan kulit?
- 2.7 Bagaimanakah gaya hidup mempengaruhi keadaan kulit?
Hari ini, saya akan kongsikan cara mengatasi kulit kusam dan cara untuk dapatkan kulit yang sihat dan bersinar tanpa memakan apa-apa suplemen.
- Jangan lupa untuk buat rutin penjagaan kulit siang dan malam:
Penjagaan kulit siang dan malam adalah perkara yang penting dan jangan sesekali tinggalkan. Anda sekurang-kurangnya perlu menggunakan cleanser atau pencuci muka, toner, serum, moisturiser atau pelembap wajah, sunscreen dan produk lip care yang bertujuan untuk melembapkan bibir.
2. Melakukan eksfoliasi wajah satu atau dua kali seminggu:
Eksfoliasi wajah bergantung pada keperluan kulit dan tujuan eksfoliasi ini adalah untuk membuang sel kulit mati dari permukaan kulit.
3. Menggunakan micellar water:
Secara umumnya, micellar water digunakan untuk memadam solekan tetapi sebenarnya produk ini juga berfungsi sebagai bahan double cleansing bertujuan untuk menyingkirkan bendasing dari wajah seperti minyak muka.
3. Pakai face mask:
Pilih dan pakai face mask yang bersesuaian dengan kulit. Pakai face mask sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu sekali atau seminggu sekali. Jika anda ingin pakai face mask setiap hari juga boleh tetapi mereka yang memiliki acne prone skin tidak digalakkan memakainya setiap hari.
4. Memakai clay mask atau soothing mask:
Menggunakan clay mask atau soothing mask seminggu sekali akan melembapkan kulit anda dan mencegah pengelupasan.
Penyebab Kulit Kusam
Tahukah anda bahawa kulit kusam terjadi disebabkan beberapa faktor dan memang tidak dinafikan mereka yang memilki masalah ini biasanya mengamalkan tabiat buruk yang sama yang kemudiannya menyebabkan kulit mereka kelihata tidak menarik atau berseri.
Berikut merupakan faktor berlakunya masalah ini:
- Berjaga di malam hari
Tidak tidur di malam hari merupakan hal yang normal dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini namun tabiat ini sangat berbahaya bagi kesihatan kulit dan menyebabkan kulit menjadi kusam.
2. Kurang bersenam
Bersenam bukan sahaja bertujan untuk kesihatan badan namun juga kulit kerana ianya dapat meningkatkan aliran darah pada kulit anda dan membuatkan kulit anda sihat secara semulajadi.
3. Memicit jerawat
Jerawat adalah masalah umum bagi semua orang dan kebiasaan memicit jerawat akan menyebabkan masalah pori-pori membesar.
4. Menyentuh wajah
Tabiat menyentuh wajah dan menggosok mata akan menyebabkan pengeringan kulit dan iritasi atau kegatalan di bahagian mata.
5. Tidak suka minum air
Jika anda tidak meminum air dengan secukupnya, kulit anda akan terhidrasi, kering dan kasar.
6. Pengambilan gula
Pengambilan gula berlebihan bukan sahaja menyebabkan peningkatan berat badan tetapi juga mempengaruhi kesihatan kulit anda kerana gula mempercepatkan proses glikasi dan kemudiaanya menyebabkan kulit menua, berisiko mendapat kedutan dan hiperpigmentasi.
7. Makanan pedas
Makanan yang pedas seperti hot pot dapat menyebabkan pembengkakan kulit dan pertumbuhan jerawat.
8. Kekurangan darah
Kekurangan darah juga akan menyebabkan kulit menjadin kusam. Kebiasaanya, wanita yang memiliki kulit kusam adalah mereka yang selalu tidak tidur malam, haid, mengandung dan sesudah bersalin.
9. Oksigen dalam darah menurun
Emosi berlebihan atau depresi menyebabkan aliran darah terganggu, menyebabkan penurunan dalam kemampuan darah untuk membawa oksigen dan kemudiaanya menyebabkan kulit kusam.
10. Sel yang lemah
Rawatan kulit yang tidak tepat dan tidak sesuai dengan keperluan kulit anda akan menyebabkan sel-sel kulit rosak dan menyebabkan penuaan serta kekusaman kulit.
11. Radikal bebas
Radikal bebas akan menyebabkan kerosakan DNA dan menyebabkan mutasi dan penuaan.
12. Gangguan endokrin
Gangguan endokrin akan menyebabkan kulit menjadi kusam, kasar dan berjerawat.
Produk Untuk Kulit Kusam dan Kering
Di bawah ini merupakan senarai produk yang anda boleh cari dan gunakan untuk mengatasi masalah kulit kusam anda.
- Hada Labo Shirojyun Face Wash
- Corsx Salycic Acid Cleanser
- Hada Labo Gokujyun Face Wash
- Senka Perfect Whip Cleansing Foam
Tips Mengatasi Kulit Kusam Mengikut Jenis Kulit
Pernahkah anda membeli banyak produk penjagaan kulit tetapi anda tidak mendapat hasil yang dingini? Ini kerana produk tersebut tidak sesuai dengan kulit anda. Berikut merupakan tips memilih produk yang bersesuai dengan keperluan dan jenis kulit anda.
- Kulit kombinasi dan normal
- Gunakan facial wash dua kali sehari
- Gunakan serum yang mengandungi niacinamide alpha arbutin atau vitamin C
- Pilih moisturiser yang bertekstur gel aatu krim.
- Gunakan sunscreen jenis chemical.
- Gunakan eksfoliasi chemical.
2. Kulit berminyak dan berjerawat
- Gunakan facial wash yang mengandungi salicylic acid
- Gunakan serum mengandungi niacinamide dan alpha arbutin
- Gunakan moisturiser bertekstur gel
- Gunakan sunscreen jenis physical
- Eksfoliasi dengan serum AHA atau BHA
- Gunakan claymask
3.Kulit kering dan sensitif
- Gunakan gentle facial wash yang tidak mengandungi SLS atau SLES
- Serum niacinamide dan alpha arbutin
- Gunakan moisturiser bertekstur krim
- Gunakan sunscreen jenis physical
- Eksfoliasi dengan serum PHA
Demikianlah perkongsian saya pada hari ini tentang kulit kusam. Diharap dengan penulisan ini, anda dapat mengatasi masalah kulit yang anda hadapi melalui penjelasan dan saranan produk yang telah dijelaskan seperti di atas. Jangan lupa kongsikan tips ini kepada rakan-rakan. Semoga bermanfaat
Apakah penyebab utama kulit kusam?
Kulit kusam disebabkan oleh sinaran matahari yang berlebihan, kurang tidur, udara yang tercemar mengenai wajah, tabiat merokok dan rawatan kulit yang tidak betul.
Bagaimanakah cara mencegah kulit kusam?
Kulit kusam boleh dicegah dengan tidur dengan cukup, menggunakan pelembap muka, hindari merokok dan merawat kulit secara teratur.
Apakah penjagaan kulit yang boleh mengatasi kulit kusam?
Perawatan yang efektif termasuklah melakukan eksfoliasi, menggunakan produk rawatan yang mengandungi bahan mencerahkan kulit dan minum air yang cukup.
Apakah makanan atau suplemen yang dapat membantu meningkatkan kecerahan kulit?
Makanan yang kaya antioksidan dan nutrisi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan suplemen Omega-3 dapat membantu meningkatkan kecerahan kulit.
Bagaimanakah gaya hidup mempengaruhi keadaan kulit?
Pola tidur yang buruk dan tabiat merokok dapat menganggu kulit untuk terus melakukan proses regenerasi sel kulit baru dan menganggu aliran darah yang kemudiaanya menyebabkan kulit kusam.