Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

OFFICIAL BANTUAN TELEFON PINTAR B40 : MOHON SEKARANG

BANTUAN TELEFON PINTAR B40
BANTUAN TELEFON PINTAR B40

YTL Foundation telah mengumum perlanjutan  permohonan BANTUAN TELEFON PINTAR B40 dan data internet sehingga Jun 2021 khas untuk pelajar yang layak

Memandangkan sesi persekolahan secara PdPR telah bermula, pastinya golongan B40 amat memerlukan telefon pintar dan data internet bagi memastikan kelancaran proses PdPR.

Justeru itu, YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia akan membekalkan bantuan data internet 40gb dan akses sumber pembelajaran percuma kepada semua murid di sekolah bantuan kerajaan.

ANTARA HARAPAN BANTUAN TELEFON PINTAR B40

Pada pandangan admin, semua murid sekolah rendah dan menengah bantuan kerajaan boleh mengakses :

  • Bahan pembelajaran percuma yang seiring dengan kurikulum sekolah kebangsaan Malaysia supaya murid dapat mengikuti sukatan pelajaran sekolah di rumah
  • Kuiz Revisi percuma dengan hanya memuat turun aplikasi mudah alih FrogPlay
  • 40gb data percuma untuk PdPR

SYARAT KELAYAKAN :

  1. Pelajar yang dicalonkan mestilah bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada rendah atau menengah
  2. Tergolong dalam keluarga B40
  3. Berpendapatan isi rumah bawah Rm4000
  4. Lulus bantuan BSH dan BPN dengan menunjukkan lampiran kelulusan BPN

CARA MEMBUAT PERMOHONAN :

  1. Sesiapa sahaja (kecuali ibu bapa) boleh mencalonkan murid untuk menerima bantuan telefon pintar
  2. Layari https://ytlfoundation.org/learnfromhome-b40/
  3. Masukkan maklumat :

–        Nama sekolah

–        Nama pencalon

–        Nombor mykad pencalon

–        Emel pencalon

–        Nombor telefon pencalon

  1. Tekan next
  2. Masukkan maklumat :
  • Nama pelajar
  • Nombor mykid/mykad pelajar
  • Nama ibu bapa
  • Emel ibu/bapa
  • Lampiran semakan kelulusan BPN
  1. Tekan next
  2. Tick pada butang pengesahan
  3. Submit permohonan

Selepas permohonan dihantar, anda akan menerima satu emel pengesahan permohonan telah diterima. Sekiranya permohonan anda berjaya, ibu bapa akan menerima emel untuk meneruskan langkah seterusnya dengan memberi lampiran seperti yang di minta :

  1. Salinan mykid/mykad pelajar
  2. Salinan mykad ibu bapa
  3. Surat BSH sebaga bukti status B40 atau dokumen yang bersifat serupa
  4. Wajib mengisi borang pendaftaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima emel
t8 768x1024 1 e1611738478259
BANTUAN TELEFON PINTAR B40

Untuk mengetahui status permohonan anda, sila layari https://lcs.yes.my/

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati