Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

1 Cara Mudah Temujanji Online Klinik Kesihatan

Temujanji Online Klinik Kesihatan

Dimaklumakan kepada semua rakyat Malaysia, Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan sistem temujanji online klinik kesihatan melalui aplikasi MySejahtera. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha KKM dalam menerajui pendigitalan sistem kesihatan, selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan yang diumumkan baru-baru ini bermula pada tahun 2021 – 2025, dan dengan matlamat memperluaskan perkhidmatan kesihatan dalam talian secara penambahbaikan perkhidmatan di seluruh klinik kesihatan Malaysia.

Dapatkan maklumat dan informasi terkini dengan pautan dibawah:

Kenapa Sistem Temujanji Online Klinik Kesihatan Dibuat

Isi Kandungan

Sistem temujanji online klinik kesihatan melalui MySejahtera ini diperkenalkan bertujuan untuk memberi pelanggan pelbagai kemudahan yang banyak akan membantu para pelanggan, antaranya:

  1. Mengurangkan masa menunggu pelanggan di kaunter pendaftaran klinik kesihatan.
  2. Mengelakkan kerumunan pelanggan pada waktu yang sama di klinik kesihatan.
  3. Menyediakan platform atas talian untuk pelanggan membuat janji temu dengan mudah.
  4. Memudahkan pentadbir klinik membuat janji temu bagi pihak pelanggan.

Rawatan/Sakit yang Boleh Buat Temujanji Online Klinik Kesihatan

Perkhidmatan yang boleh ditempah secara dalam talian termasuklah adalah beberapa rawatan yang menjadi pilihan penting dan mudah dilaksanakan pada peringkat awal penmabahbaikan perkhidmatan klinik kesihatan dalam talian.

Ringkaskan kami kongsikan rawatan tersebut ialah rawatan pesakit luar, saringan kesihatan kebangsaan, saringan kesihatan PeKa B40, pemeriksaan kesihatan pra-pekerjaan atau pengajian, saringan pra-perkahwinan, khidmat berhenti merokok, perkhidmatan perancang keluarga dan banyak lagi. Berikut kami sediakan rawatan yang boleh dibuat di istem temujanji online klinik kesihatan:

Jenis-jenis Rawatan Boleh Buat Temujanji Online
Rawatan Pesaki Luar
Insiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan
Saringan Kesihatan PEKA B40
Perekhidmatan Berhenti Merokok
Pemeriksaam Kesihatan PRA -Pekerjaaan /Pengajian
Perkhidmatan Perancang Keluarga
Prosedur (Rawatan luka, penukaran tiub dan lain-lain)
Imunisasi CATH – Up Pneumokokal
Perkhidmatan Kesihatan Seksual
Saringan Pra- Kahwin
Perkhidmatan Kesihatan Gigi
photo 6181241599133070841 y
Jenis Rawatan Temujanji Online Klinik Kesihatan

Langkah Buat Temujanji Online Klinik Kesihatan

Bagi menggunakan sistem ini, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut:

  1. Buka aplikasi MySejahtera.
  2. Pilih menu ‘Appointment’ atau ‘Temujanji’.
  3. Pilih individu yang ingin mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
  4. Pilih perkhidmatan yang diperlukan.
  5. Tentukan lokasi klinik kesihatan yang diingini.
  6. Pilih tarikh dan waktu janji temu yang sesuai.
  7. Isi maklumat diri anda mengikut ruang yang disediakan.
  8. Semak maklumat yang telah diisi sebelum menekan butang ‘Hantar’.
  9. Pastikan anda hadir mengikut waktu janji temu yang ditetapkan.
Cara Temujanji Online Klinik Kesihatan
photo 6181241599133070874 w
Cara Temujanji Online Klinik Kesihatan
photo 6181241599133070872 w
Cara Temujanji Online Klinik Kesihatan
photo 6181241599133070871 w
Cara Temujanji Online Klinik Kesihatan

Langkah-langkah ini memudahkan anda untuk mendapatkan rawatan kesihatan dengan lebih cekap dan teratur. Sistem temujanji online klinik kesihatan KKM ini melalui MySejahtera adalah sebuah inisiatif yang memanfaatkan teknologi bagi memperbaiki dan memperkemaskan lagi perkhidmatan kesihatan kepada rakyat Malaysia secara khusunya, dan ia telah berkuat kuasa sejak 1 Januari 2023.

Oleh yang demikian, tidak kira di mana anda berada, anda boleh merancang janji temu klinik kesihatan dengan lebih mudah melalui MySejahtera.

Sistem Temujanji Online Klinik Kesihatan : Rawatan Gigi Melalui MySejahtera

Banyak yang mungkin tidak tahu bahawa aplikasi MySejahtera membolehkan anda untuk membuat temujanji dengan klinik gigi dengan mudah. Aplikasi MySejahtera terus berkembang, walaupun ia tidak lagi digunakan untuk mendaftar masuk atau ‘check-in’ semasa fasa-fasa awal pandemik COVID-19.

Salah satu penambahbaikan menarik yang telah diperkenalkan dalam aplikasi MySejahtera adalah kemampuannya untuk membuat temujanji dengan klinik gigi dan perkhidmatan lain. Ini bermakna, anda tidak perlu lagi menghabiskan masa di klinik gigi untuk membuat temujanji secara manual. Dengan aplikasi MySejahtera, semua ini boleh dilakukan dengan mudah.

Berikut adalah beberapa kelebihan sistem temujanji online klinik kesihatan Malaysia (KKM) melalui MySejahtera:

  1. Mengurangkan Waktu Tunggu: Pelanggan tidak perlu berlama-lama di kaunter pendaftaran, yang mengurangkan masa menunggu mereka.
  2. Pengurangan Kesesakan: Sistem ini membantu mengelakkan kehadiran ramai pelanggan pada masa yang sama di klinik-klinik.
  3. Tempahan Dalam Talian: Pelanggan boleh membuat temujanji dengan mudah secara dalam talian.
  4. Kemudahan Untuk Pentadbir Klinik: Sistem ini juga memberi kemudahan kepada pentadbir klinik untuk membuat temujanji bagi pelanggan.

Manfaat ini sejajar dengan usaha untuk membatasi perkembangan teknologi dalam sektor kesihatan dan mematuhi Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2021 – 2025 Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia juga merupakan sebahagian daripada Teras Strategik 2, iaitu Pemantapan Teknologi Baharu

Untuk membuat temujanji di klinik gigi melalui MySejahtera, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka aplikasi MySejahtera anda.
  2. Klik pada “Temujanji”.
  3. Pilih nama anda.
  4. Tatal ke bawah dan pilih “Temujanji Pemeriksaan Gigi”.
  5. Taipkan lokasi anda dalam kotak carian, seperti “Selangor”.
  6. Pilih klinik gigi yang anda inginkan.
  7. Pilih tarikh yang sesuai untuk temujanji anda. Jika terdapat slot yang tersedia, ia akan dipaparkan.

Dengan adanya perkhidmatan temujanji online klinik kesihatan ini, proses membuat janji temu dengan klinik gigi akan menjadi lebih mudah dan efisien melalui aplikasi MySejahtera. Ini memberikan lebih banyak kawalan kepada anda dalam menjaga kesihatan gigi anda.

FAQs Temujanji Temujanji Online Klinik Kesihatan

Jika anda mempunyai sebarang soalan lanjut atau memerlukan panduan, sila rujuk dibawah:

 Apakah fungsi Janji Temu?

Fungsi Janji Temu dilancarkan dalam aplikasi MySejahtera dan boleh digunakan bermula 6 September 2022. Fungsi ini membolehkan pengguna aplikasi MySejahtera menempah janji temu bagi perkhidmatan di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apakah perkhidmatan yang boleh ditempah melalui fungsi Janji Temu?

Perkhidmatan kesihatan yang boleh ditempah melalui fungsi ini adalahseperti yang berikut :
I) Rawatan Pesakit Luar
II) Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan
III) Saringan Kesihatan PeKa B40
IV) Pemeriksaan Kesihatan Pra-Pekerjaan/Pengajian
V) Saringan Pra-Perkahwinan
VI) Khidmat Berhenti Merokok
VII) Perkhidmatan Perancang Keluarga
VIII) Prosedur (rawatan luka, penukaran tiub, dll)

Siapakah yang boleh menggunakan fungsi Janji Temu?

Fungsi Janji Temu ini boleh digunakan oleh kesemua pengguna aplikasi MySejahtera yang berumur 18 tahun dan ke atas termasuk tanggungan mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Di fasiliti kesihatan manakah yang saya boleh menempah janji temu?

Pelanggan boleh menempah slot janji temu di mana-mana fasiliti kesihatandi bawah Kementerian Kesihatan Malaysia berdasarkan perkhidmatan yang diberikan.

Apakah slot tarikh dan masa yang terdapat di fungsi Janji Temu untuk ditempah?

Slot tarikh dan masa janji temu bergantung kepada fasiliti kesihatan yang terlibat. Pelanggan boleh semak dan memilih slot janji temu yang dibuka oleh fasiliti kesihatan berdekatan jika terdapat pilihan tarikh dan masa yang sesuai.

Bolehkah saya membatal janji temu saya setelah tempahan telah dibuat?

Boleh. Anda boleh membatal janji temu anda pada bila-bila masa sahajajikaperlu. Slot anda akan dipadamkan dan anda boleh membuat tempahan baru serta merta jika perlu.

 Adakah saya akan terima makluman jika janji temu saya telah dibatalkan?

Anda akan diberi makluman daripada fasiliti kesihatan sekiranya janji temu anda telah dibatalkan. Makluman melalui notifikasi atas talian di dalam aplikasi juga akan diberikan kepada pelanggan yang dibatalkan tempahan janji temu mereka.

Adakah saya perlu membuat bayaran jika saya menggunakan fungsi Janji Temu ini?

Tiada bayaran dikenakan bagi penggunaan fungsi Janji Temu. Walaubagaimanapun, terdapat keperluan bayaran atau cas perkhidmatan di fasiliti-fasiliti kesihatan primer kerajaan berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) 1982 dan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017.

 Bagaimana saya ingin mendapat maklumat lanjut berkenaan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (National Health Screening Initiative – NHSI)?

Sila layari pautan DISINI untuk maklumat lanjut berkenaan ANMS dan NHSI.

Berapa banyakkah bilangan tempahan janji temu yang boleh dibuat pada satu masa?

Pengguna aplikasi MySejahtera hanya boleh menempah SATU(1) slot janji temu untuk SATU (1) jenis perkhidmatan pada satu masa SAHAJA. Untuk menempah janji temu yang baru, pengguna perlu menekan butang “Batal” atau “Menjadualkan Semula”.

 Bolehkah saya menempah slot janji temu untuk vaksinasi COVID- 19 menggunakan fungsi ini?

Tidak. Jika pengguna aplikasi MySejahtera ingin menempah slot janji temuvaksinasi COVID-19, pengguna boleh membuat tempahan melalui laman COVID-19 Vaksinasi (COVID-19 Vaccination).

Apakah yang perlu saya bawa ketika menghadiri sesi janji temu saya?

Anda perlu membawa kad pengenalan MyKAD/Pasport anda untuk tujuan pengesahan bersama segala dokumen perubatan dan peribadi yang penting dan yang berkaitan (sekiranya perlu).

Sekiranya anda hadir untuk saringan kesihatan, sila bawa bersama borang saringan yang berkaitan (sekiranya ada). Sila pastikan aplikasi MySejahtera anda telah dikemaskini termasuk segala butiran yang penting bagi melancarkan proses pendaftaran kehadiran dan pengesahan.

Sekiranya saya lewat untuk menghadiri sesi janji temu saya, apakah yang perlu saya lakukan?

Sekiranya anda dijangka lewat, anda boleh memaklumkan kepada pihak fasiliti kesihatan yang berkenaan atau membatal dan seterusnya menempah slot janji temu yang baru.

Pihak fasiliti kesihatan berhak untuk menolak pelanggan yang lewat atau tidak menepati masa slot janji temu yang telah ditempah. Sila hadir sekurang-kurangnya 30 minit sebelum slot janji temu anda untuk memastikan proses yang lancar

Bolehkah saya hadir ke fasiliti kesihatan tanpa menempah sebarang slot janji temu atas sebab kecemasan?

Boleh. Sila hadir ke fasiliti kesihatan yang berdekatan anda untuk mendapatkan rawatan/perkhidmatan yang diperlukan. Walaubagaimanapun, kehadiran dan pendaftaran tanpa janji temu atas sebab kecemasan akan tertakluk kepada penilaian / “triage” dan budi bicara pihak fasiliti kesihatan tersebut.

Bolehkah saya menerima perkhidmatan kesihatan di fasiliti kesihatan kerajaan sekiranya saya tidak mempunyai telefon pintar / akaun MySejahtera?

Boleh. Sila pastikan anda membawa kad pengenalan MyKad/Pasport andayang sah untuk tujuan pengesahan dan pendaftaran. Selepas mendaftar, maklumat pendaftaran anda akan terus direkod dan disimpan untuk kegunaananda pada bila-bila masa.

Mengapa saya tidak dapat sebarang notifikasi ketika janji temu sayaibatalkan atau dijadualkan semua?

Sila pastikan fungsi notifikasi atas talian dan dalam aplikasi anda telah dibenarkan dalam penetapan telefon pintar anda. Pergi ke fungsi ‘Penetapan’ telefon pintar anda dan lakukan carian aplikasi MySejahtera dan benarkan fungsi ‘notifikasi atas talian’.

Mengapa saya tidak dapat membuka fungsi kamera ketika ingin mendaftar masuk untuk sesi janji temu saya?

Sila pastikan fungsi kamera anda telah dibenarkan dalam penetapan telefon pintar anda. Pergi ke fungsi ‘Penetapan’ telefon pintar anda dan lakukan carian aplikasi MySejahtera dan benarkan fungsi ‘kamera’.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati