Fattah Amin, nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan Malaysia, merupakan seorang pelakon, model, penyanyi, dan pengacara yang terkenal. Kejayaan beliau dalam memenangi pelbagai anugerah, termasuk dinobatkan sebagai juara Hero Remaja 2011/2012, telah mengukuhkan namanya di hati peminat.
Populariti Fattah Amin melonjak melalui pelbagai drama dan filem yang dibintanginya, seperti “Suri Hati Mr. Pilot” dan “Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan”. Walaupun kerjayanya sering mendapat perhatian, kisah hidupnya juga menjadi bualan hangat media dan peminat.
Siapa Fattah Amin?
Isi Kandungan
Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah bin Mohd Amin dilahirkan pada 14 September 1990 di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak sulung daripada lima adik-beradik. Fattah mula mendapat perhatian apabila menyertai pertandingan realiti “Hero Remaja” dan menjadi juara, membuka pintu untuknya menerokai dunia lakonan.
Dengan ketinggian 183 cm, beliau telah membintangi pelbagai drama dan filem yang menonjolkan bakatnya sebagai pelakon berbakat besar. Selain itu, Fattah juga mempunyai latar pendidikan dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Selain itu, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Fattah Amin adalah merupakan anak saudara kepada Datuk Yusof Haslam, Pengarah dan penerbit tanah air.
Biodata Fattah Amin
Berikut adalah merupakan maklumat berkenaan diri Fattah Amin:
- Nama Penuh: Abdul Fattah bin Mohd Amin
- Tarikh Lahir: 14 September 1990
- Tempat Lahir: Setiawangsa, Kuala Lumpur
- Pendidikan: Ijazah Pengurusan Industri Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Ketinggian: 183 cm
- Status: Bercerai (Bekas Isteri Fazura)
- Anak: 1 Anak Perempuan (Fatima)
- Pekerjaan: Pelakon, Penyanyi, Model, Pengacara
- Akaun Media Sosial: Instagram @fattahaminz, TikTok @fattahamin
Kerjaya dan Profesional Fattah Amin
Fattah Amin memulakan kariernya sebagai pelakon selepas meraih gelaran juara dalam program realiti “Hero Remaja 2011/2012”. Kemudian, beliau terus mendapat perhatian melalui watak-watak utama dalam drama popular seperti “Suri Hati Mr. Pilot” yang melonjakkan namanya ke tahap lebih tinggi.
Filemnya, seperti “Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan”, berjaya mendapat sambutan luar biasa. Selain berlakon, Fattah juga telah merakamkan beberapa lagu hit seperti “Wanita Terakhir” dan “1234U”. Fattah juga aktif sebagai model dan pengacara rancangan TV.
Pencapaian Fattah Amin
Fattah Amin juga berjaya dalam kerjaya beliau dengan memenangi beberapa anugerah. Berikut adalah merupakan senarai pencapaian Fattah Amin.
- 2011/2012: Juara Hero Remaja
- 2017: Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30
- 2017: Pelakon TV MeleTOP, Anugerah MeleTOP Era
- 2018: Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31
- 2020: Tersenarai dalam 100 Lelaki Paling Kacak Dunia
- 2022: Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32
Senarai Filem, Drama dan Lagu Fattah Amin
Berikut adalah merupakan maklumat berkenaan filem, drama dan lagu oleh Fattah Amin:
Filem:
- SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012) – Watak: N/A
- Manisnya Cinta Di Cappadoccia (2014) – Watak: Farhan
- Wanita Terindah (2017) – Watak: Fahim Irman
- KL Special Force (2018) – Watak: Zul
- Miimaland (2020) – Watak: Ariel
- Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) – Watak: Awang
- Deleted: Akan Ku Jejak! (2022) – Watak: Inspektor Aron
- Abang Long Fadil 3 (2022) – Watak: N/A
- Trinil: Kembalikan Tubuhku (2024) – Watak: Yusof
- Pendekar Awang: Darah Indera Gajah (2024) – Watak: Awang
Drama:
- Memberku Hawa (2013) – Watak: Faliq
- Cinta Jannah (2013) – Watak: Akim
- Playboy Itu Suami Aku (2013) – Watak: Raja Adrian Benjamin
- Merah Bukan Jambu (2014) – Watak: Merah
- Hello, Mr. Perfect! (2015) – Watak: Izzul Islam
- Suri Hati Mr. Pilot (2016) – Watak: Ejaz Fakhri
- Hero Seorang Cinderella (2017) – Watak: Tengku Ian Uzzam
- My Coffee Prince (2017) – Watak: Raikal
- Dia Anak Jeneral (2018) – Watak: Zakhif
- Khilaf Asmara (2022) – Watak: Luqman Hazim
- Lelaki Melayu Terakhir (2024) – Watak: Ustaz Jazlan
Telefilem:
- Asparagus (2013) – Watak: Firash
- Manisnya Bulan Madu (2015) – Watak: Mirza
- Hello Mr. Perfect Raya (2016) – Watak: Izzul Islam
- Suri Hati Mr. Pilot Raya (2017) – Watak: Ejaz Fakhri
- Latah Fighter (2023) – Watak: Dani
- Larian Terakhir (2024) – Watak: N/A
- Lelaki Melayu Terakhir Raya (2025) – Watak: Ustaz Jazlan
Lagu:
- Darjat (2013)
- Love (2013)
- Hero Untukmu (2015) – Duet bersama Sherry Ibrahim
- Wanita Terakhir (2017)
- Cinderella (2017) – Duet bersama Nur Fazura
- Wanita Terindah (2017)
- Paling Sempurna (2019) – Duet bersama Nur Fazura
- Bebas (2020)
- Padamu (2022)
Fattah Amin terus mengembangkan bakatnya dalam pelbagai bidang seni, dan karya-karya beliau kekal relevan dalam dunia hiburan Malaysia.
Fattah Amin Sah Bercerai Dengan Fazura
Kemelut rumah tangga antara dua pelakon popular, Fattah Amin dan Nur Fazura, akhirnya menemui penghujung apabila mereka sah bercerai talak satu pada pagi Isnin. Fattah, 34, melafazkan cerai terhadap Fazura, 41, sekitar pukul 9:45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malek Soleh.
Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia empat tahun, Nur Fatima Aisya.