Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Mendirikan Solat Sunat Sebelum Subuh dan Kelebihannya

Solat sunat sebelum subuh
Cara Mendirikan Solat Sunat Sebelum Subuh dan Kelebihannya 5

Adakah anda tahu bahawa antara banyak-banyak solat sunat, solat sunat sebelum subuh adalah solat yang paling Rasulullah SAW jaga? Solat sunat sebelum subuh terlalu banyak kebaikannya sehingga sabda Rasullulah SAW menjelaskan bahawa solat sunat sebelum subuh adalah lebih baik daripada dunia dan isinya. Dalam artikel ini, penulis akan menerangkan cara mendirikan solat sunat sebelum subuh, niat solat sunat sebelum subuh dan kelebihannya.

Firman Allah swt dalam Surah Muhammad (7): "Jika kamu menolong (agama) Allah swt, maka ia pasti akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu".

Firman Allah swt dalam Surah Al-Hajj (40): "Sungguh Allah swt akan menolong orang yang menolong agamanya, sesungguhnya Allah Maha Kuat dan Maha Kuasa".

Apakah itu Solat Sunat Sebelum Subuh?

Solat sunat sebelum subuh adalah solat qabliyah subuh atau solat sunat fajar. Solat ini didirikan sebanyak dua rakaat. Solat sunat sebelum subuh tergolong dalam solat ‘nawafil’ iaitu solat-solat selain daripada yang telah difardhukan. Amalan solat sunat dilakukan bertujuan menampung (melengkapi) sebarang kekurangan dalam amalan fardhu.

Hukum Solat Sunat Sebelum Subuh

Hukum solat sunat sebelum Subuh adalah sunat muakkad yang sangat dituntut untuk dilakukan. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA, sabda Nabi SAW:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Maksudnya: Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya (Riwayat Muslim; 725)

Diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah RA bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara solat sunat, Rasulullah saw sangat mengambil berat untuk mengerjakan solat sunat sebelum subuh lebih daripada solat sunat lain.

Cara Mendirikan Solat Sunat Sebelum Subuh

Tatacara menunaikan solat sunat sebelum subuh adalah sama seperti solat sunat dua rakaat lain. Berikut merupakan tatacara menunaikan solat sunat sebelum subuh:

411733989 7249362578461930 4184334934439427599 n 1
Cara Mendirikan Solat Sunat Sebelum Subuh dan Kelebihannya 6
Rakaat Pertama
1. Berdiri dengan betul, tegak, dan menghadap kiblat
2. Membaca niat solat
3. Takbiratul ihram
4. Membaca doa iftitah
5. Membaca Al-Fatihah dengan tartil dan dilafazkan
6. Membaca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran
7. Rukuk sambil bertakbir
8. I’tidal dan Sujud
9. Bacaan duduk antara dua sujud
10. Sujud yang kedua kali
rrr
Cara Mendirikan Solat Sunat Sebelum Subuh dan Kelebihannya 7
Rakaat Kedua
1. Berdiri semula sambil bertakbir
2. Membaca Al-Fatihah dengan tartil dan dilafazkan
3. Membaca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran
4. Ulangi semua rukun solat seperti rakaat pertama sehingga sujud yang kedua
5. Duduk tahiyat akhir
6. Memberikan salam

Waktu Mengerjakan Solat Sunat Sebelum Subuh

Solat ini didirikan selepas azan subuh atau sebelum mendirikan solat fardhu subuh. Diriwayatkan ketika muazzin sudah selesai membaca azannya untuk solat Subuh dan telah jelas nampak Fajar Subuh, Baginda solat dua rakaat solat sunat yang ringkas (atau diringkaskan) sebelum mendirikan solat Subuh (Hadith Muslim). Solat sunat dua rakaat sebelum Solat Subuh (solat rawatib) perlu dikerjakan secara ringkas, dan membaca surah-surah pendek supaya segera selesai.

Kelebihan Solat Sunat Sebelum Subuh

1. Kelebihan pertama solat sunat sebelum subuh adalah ia lebih baik daripada dunia dan isinya.

Rasulullah saw bersabda: “Solat fajar 2 rakaat lebih baik dari dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim)
2. Manfaat memelihara solat sunat sebelum subuh adalah seperti memelihara nyawa sendiri.

Rasulullah saw bersabda: “Dua rakaat solat fajar lebih aku cintai daripada dunia seluruhnya.” (HR. Muslim)
3. Ibadat sunat yang sangat dipelihara oleh Rasulullah SAW.

Dari Aisyah ra. bahawa beliau berkata: “Tiada solat sunat yang paling Rasulullah saw menjaganya, melebihi dua rakaat solat fajar.” (HR. Muslim)
4. Mendekatkan diri manusia kepada Allah SWT.

“Sesungguhnya Rasulullah saw membaca ketika solat fajar, surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlas.” (HR. Muslim)
5. Skim cepat kaya dunia (dilimpahkan rezeki meluas) kerana mendirikan solat sunat sebelum subuh
241554094 178304144483937 5768022199374217838 n
Cara Mendirikan Solat Sunat Sebelum Subuh dan Kelebihannya 8

Soalan FAQs Berkenaan Solat Sunat Sebelum Subuh

Apakah itu solat sunat sebelum subuh?

Solat qabliyah subuh atau solat sunat fajar.

Berapakah rakaat solat sunat sebelum subuh?

2 rakaat

Apakah kelebihan solat sunat sebelum subuh?

Kelebihan pertama solat sunat sebelum subuh adalah ia lebih baik daripada dunia dan isinya; Manfaat memelihara solat sunat sebelum subuh adalah seperti memelihara nyawa sendiri; Ibadat sunat yang sangat dipelihara oleh Rasulullah SAW; Mendekatkan diri manusia kepada Allah SWT.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati