Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat dan Sebab-sebab Perlu Sujud Sahwi

sujud sahwi
Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat dan Sebab-sebab Perlu Sujud Sahwi 5

Pernahkah anda terlupa rakaat solat dan melakukan sujud sahwi? Sebagai manusia biasa kita mesti pernah terlupa dan tersalah, lebih-lebih lagi ketika solat. Jika anda terlupa rakaat solat, anda perlu melakukan sujud sahwi kerana ragu-ragu dengan bilangan solat anda. Berikut diterangkan apakah itu sujud sahwi, lafaz bacaan sujud sahwi, tatacara sujud sahwi, dan sebab-sebab yang membolehkan anda sujud sahwi.

Apakah itu Sujud Sahwi?

Sahwi bermaksud terlupa sesuatu. Sujud sahwi bermaksud sujud dalam solat akibat terlupa dan keraguan sesuatu dalam rukun solat. Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan tahiyat akhir dan sebelum memberi salam. Tujuan utamanya adalah untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, terkhilaf, dan hukumnya adalah sunat.

Sujud sahwi disyariatkan apabila seseorang itu tertinggal sunat-sunat ab’ad seperti tasyahud awal, doa qunut atau terlupa bilangan rakaat solat yang sedang dilaksanakan.

Dalil pensyariatan amalan sujud sahwi sepertimana yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Said al-Khudri RA bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِي صَلاَتِهِ فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى؟ ثَلاَثاً أَمْ أَرْبَعاً؟ فَلْيَطْرَحِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَا اسْتَيْقَنَ، ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ. فَإِنْ كَانَ صَلَّى خَمْساً، شَفَعْنَ لَهُ صَلاَتَهُ وَإِنْ كَانَ صَلَّى إِتْمَامًا لِأَرْبَعٍ كَانَتَا تَرْغِيمًا لِلشَّيْطَانِ


Terjemahannya: Jika salah seorang antara kamu ragu-ragu dalam sembahyangnya, lalu dia tidak pasti sudah berapa rakaat dia bersembahyang, sama ada tiga rakaat ataupun yang keempat, maka hendaklah dia meninggalkan keraguan tersebut, dan tetapkanlah bilangan rakaat yang diyakini (mengambil bilangan rakaat yang paling sedikit). Kemudian hendaklah dia melakukan sujud sebanyak dua kali sujud (sujud sahwi) sebelum dia memberi salam. Jika dia telah mengerjakan sebanyak lima rakaat, maka disempurnakan sembahyangnya itu dengan sujud tersebut (dikira sempurna empat rakaat) dan jika hakikatnya dia telah bersembahyang empat rakaat maka kedua sujudnya itu sebagai penghinaan terhadap syaitan (Riwayat Imam Muslim).
274301709 326917852812525 3179044260666981320 n
Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat dan Sebab-sebab Perlu Sujud Sahwi 6

Bacaan Sujud Sahwi dalam Solat

Bacaan Sujud Sahwi adalah seperti berikut:

سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو

Bacaan sujud Sahwi Rumi adalah seperti berikut:

“Subhaana man laa yanaamu wa laa yas-huu“

Terjemahan bacaan sujud sahwi:

“Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.”

Tatacara Melakukan Sujud Sahwi dalam Solat

Sujud sahwi dilakukan selepas membaca tahiyat akhir dan sebelum memberi salam. Berikut adalah tatacara menjalankan sujud sahwi sebelum anda memberi salam.

1. Perlu berniat dan takbir (Allahu Akbar)
Lafaz niat sujud sahwi tiada khusus. Anda boleh berniat seperti “sahaja aku melakukan sujud sahwi kerana Allah Taala” di dalam hati.
2. Terus sujud
Sujud dan baca bacaan sujud sahwi sebanyak tiga kali.

سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو
3. Duduk di antara dua sujud
Bangun dari sujud dan baca bacaan duduk antara dua sujud yang biasa seperti dalam solat iaitu:

رب اغْفِرلي وَارْحَمْنِى واجبرني وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِى وَاهْدِنِى وَعَافِنِى وَاعْفُ عَنِّى

Lafaz rumi: Rabbighfirlii , warhamnii , wajburnii , warfa’nii , warzuqnii , wahdinii , wa’aafinii , wa’fuanii

Maksudnya: Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
4. Sujud kali kedua
Ulang bacaan sujud sahwi sebanyak tiga kali.

سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو
5. Memberi salam
Bangun dari sujud dan memberi salam seperti biasa.
42604814 756320518032630 467878580286652416 n
Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat dan Sebab-sebab Perlu Sujud Sahwi 7

Sebab-sebab Sujud Sahwi

Berikut adalah sebab-sebab anda boleh melakukan sujud sahwi sebelum anda memberi salam pada akhir solat.

1. Kerana terlupa duduk tahiyat awal
2. Kerana ragu-ragu jumlah rakaat yang telah anda lakukan
3. Kerana ragu-ragu terkurang rakaat solat
4. Kerana ragu-ragu terlebih rakaat solat
5. Ketika tertinggal bacaan al fatihah
6. Meninggalkan thama’ninah
7. Meninggalkan duduk yang wajib dalam solat, iaitu semua duduk kecuali duduk tasyahhud akhir. Barang siapa meninggalkan duduk tasyahhud awal atau duduk di antara dua sujud maka perlu sujud sahwi
8. Meninggalkan bacaan tasyahhud pertama dan kedua
9. Memindahkan rukun bacaan dari satu tempat ke tempat yang lain, seperti membaca fatihah ketika rukuk, membaca tasyahhud ketika sujud dan lain sebagainya, kecuali membaca surah sebelum al fatihah maka tidak wajib baginya sujud sahwi.
10. Meninggalkan hal-hal yang sunat dalam solat tidaklah wajib sujud sahwi melainkan ada beberapa perkara yang ditentukan mengikut mazhab masing-masing seperti tertinggal qunut dalam solat subuh mengikut mazhab Syafie.
324104190 3308922452703624 7321356526976599821 n
Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat dan Sebab-sebab Perlu Sujud Sahwi 8

Manfaat Sujud Sahwi

Berikut adalah manfaat melakukan sujud sahwi:

  • Menghinakan syaitan
  • Menyedari bahawa setiap manusia tidak akan pernah terlepas dari khilaf dan lupa
  • Menambah pahala solat
  • Menyempurnakan kekurangan dan kesilapan dalam melakukan solat

Soalan FAQs Berkenaan Sujud Sahwi

Apakah maksud sujud sahwi?

Sujud dalam solat kerana terlupa atau ragu-ragu.

Adakah kita boleh lakukan sujud sahwi jika terlupa bilangan rakaat dalam solat?

Boleh

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati