Hari pekerja 2024 adalah hari dimana seluruh bidang pekerjaan di dalam dunia dihormati dan dihargai. Pekerjaan adalah merupakan salah satu perkara yang penting dalam kehidupan yang dimainkan peranannya berbeza-beza mengikut bidang dan keahlian. Kehidupan harian kita sangat bergantung dengan pelbagai tugas harian setiap orang.
Bagaimana kita boleh meneruskan kehidupan tanpa wujudnya pengkelasan pekerjaan mengikut bidang dan kemahiran. Setiap orang diberi pelbagai kemahiran yang berbeza-beza. Dengan variasi inilah yang membentuk kestabilan hidup bermasyarakat. Ikuti tarikh rasmi hari pekerja 2024 dan perkara yang anda perlu ketahui.
Berkenaan Sambutan Hari Pekerja 2024
Apakah itu Hari Pekerja 2024?
Hari pekerja adalah merupakan hari cuti tahunan yang diraikan setiap 1 Mei. Ianya adalah hari dimana semua pekerja akan mempunyai cuti khas iaitu cuti hari pekerja atau hari buruh sedunia.
Hari pekerja ini telah diperkenalkan oleh negara Australia yang mana digunakan sebagai cuti perayaan cuti proletariat sebagai berita gembira. Sejak dahulu pelbagai cerita yang melibatkan pekerjaan tercetus. Akhirnya wujud hari pekerja yang mana membuktikan adanya penghargaan pada dalam diri pekerja untuk memastikan kualiti kerja terjaga dan kesihatan mental yang baik.
Tarikh Rasmi Hari Pekerja 2024
Di Malaysia, tarikh rasmi hari pekerja 2024 adalah pada 1 Mei 2024. Pada hari itu, semua pekerja akan diberikan cuti umum memandangkan ianya adalah cuti umum atau hari kelepasan am sebagai hari untuk berehat bagi masyarakat yang bekerja.
Hari | Tarikh | Hari |
---|---|---|
Hari Pekerja 2024 | 1 Mei 2024 | Rabu |
Kerajaan Malaysia juga sentiasa terbuka dan mengambil jalan untuk mendahulukan setiap kepentingan golongan pekerja ini.
Apakah Boleh Bekerja Pada Hari Pekerja 2024?
Adakah boleh bekerja pada hari pekerja sebenarnya? Hal ini juga sering menjadi tanda tanya bagi mereka yang dari golongan berkerja. Hairan bagaimana dan kenapa perlu berkerja pada hari pekerja.
Untuk makluman semua, hari pekerja adalah merupakan hari yang diperuntukkan sebagai cuti wajib kepada majikan. Berdasarkan seksyen 60D (1) (a) terdapat 5 hari cuti wajib yang majikan perlu berikan sebagai hak kepada pekerja. Berikut adalah merupakan 5 hari cuti wajib untuk pekerja:
- Hari keputeraan DYMM YDP Agong
- Hari keputeraan DYMM Sultan/ Wilayah Persekutuan
- Hari Pekerja
- Hari Kebangsaan
- Hari Malaysia.
Hari ini adalah merupakan hari yang wajib untuk para pekerja cuti. Sekiranya ada pekerja yang bekerja, majikan boleh dikenakan tindakan sekiranya ianya adalah perbuatan yang salah di sisi undang-undang.
Ketahui Kepentingan Pekerja
Hari pekerja mempunyai kepentingannya yang tersendiri bahkan dengan hari pekerja lah para majikan perlu menghargai usaha dan sumbangan para pekerja mereka.
Sebagai seorang pekerja, anda mempunyai hak untuk mendapatkan pelbagai kepentingan untuk pekerja. Di Malaysia terdapat banyak kepentingan pekerja yang perlu dipenuhi. Berikut adalah merupakan kepentingan pekerja dibawah Faedah Minima dibawah Akta Kerja 1955:
- Cuti bersalin dan faedah bersalin
- Cuti sakit bergaji
- Waktu-waktu bekerja
- Kerja lebih masa
- Hari rehat bergaji
- Pembayaran upah.
- Cuti tahunan bergaji
- Cuti umum bergaji
Demikianlah mengenai hari pekerja 2024, sebagai pekerja anda layak dihargai dan mendapat pelbagai hak asasi pekerjaan anda. Diharapkan dengan adanya hari pekerja 2024 membantu menstabilkan mental dan fizikal, mengembalikan keseronokan bekerja dan lain-lain perkara positif.
Soalan FAQs Berkenaan Hari Pekerja 2024
Bilakah sambutan hari pekerja dibuat pertama kali?
Sambutan hari pekerja pertama dilakukan adalah pada 5 September 1882 di Amerika syarikat di Newyork. Pada tahun 1886, mereka telah mengambil keputusan untuk menetapkan bahawa 1 Mei sebagai hari pekerja di seluruh dunia.
Kenpa hari pekerja disambut?
Hari pekerja disambut adalah kerana untuk mengenang usaha susah payah para pekerja dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing mengikut bidang. Hari pekerja inilah hari para pekerja merasa dihargai oleh dunia.
Berdasarkan sejarah, hari pekerja atau Euromayday adalah merupakan satu usaha penetangan kepada ketidaktentuan pekerjaan dan kehidupan. Euromayday berasal dari Itali dan ia mula merebak ke Barcelona dan seluruh bandar-bandar Eropah. Disini kita belajar bahawa, para pekerja adalah patut untuk menuntut hak asasi mereka.
Negeri mana yang terlibat cuti hari pekerja?
Seluruh negeri dalam Malaysia wajib bercuti kerana ianya adalah hari pekerja.
Bagaimana hari pekerja disambut?
Ianya disambut dengan cuti yang boleh seseorang individu meluangkan masa dengan bermanfaat dan kel;uarga tersayang.