Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Terkini: Dividen Tabung Haji 2022 Telah Diumumkan, Semakan Agihan TH

Dividen Tabung Haji

Terkini: Dividen Tabung Haji 2022 Telah Diumumkan, Semakan Agihan TH. Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.10 peratus yang akan diberikan kepada kira-kira 8.7 juta pendepositnya. Agihan keuntungan ini adalah bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022 dan jumlah agihan keuntungan tersebut kekal seperti tahun kewangan sebelumnya, iaitu pada 31 Disember 2021.

Ini bermakna bahawa pendeposit TH akan menerima keuntungan sebanyak 3.10 peratus dari jumlah simpanan mereka, selepas dikurangkan dengan jumlah zakat yang perlu dibayar. Agihan keuntungan ini adalah satu bentuk ganjaran kepada pendeposit TH yang menyimpan wang mereka dalam akaun Tabung Haji. Ia juga menunjukkan bahawa TH berjaya dalam menguruskan dana pendeposit dan memberi keuntungan yang baik kepada mereka.

Agihan keuntungan yang kekal sebanyak 3.10 peratus ini juga memberi keyakinan kepada pendeposit TH bahawa mereka akan terus menerima keuntungan yang stabil daripada pelaburan mereka dalam jangka masa panjang.

Terkini: Dividen Tabung Haji 2022 Telah Diumumkan, Semakan Agihan TH

Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun 2022 yang berjumlah RM2.65 bilion, meningkat dari jumlah agihan keuntungan sebelumnya pada tahun 2021 yang sebanyak RM2.46 bilion. Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Naim Mokhtar, dan turut dihadiri oleh Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar, di suatu acara.

  • Dividen Tabung Haji 2022
  • Agihan Tabung Haji
  • Zakat

Maklumat Dividen Tabung Haji 2022

Pengiraan agihan keuntungan tahunan 2022 didasarkan pada purata baki minimum bulanan yang disimpan sepanjang tahun, seperti pengiraan pada tahun-tahun sebelumnya. Agihan keuntungan 2022 akan dikreditkan ke akaun pendeposit selepas TH melunaskan zakat sebanyak RM97 juta kepada semua Majlis Agama Islam Negeri bagi pihak pendeposit, yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM1.27 bilion sehingga kini.

Para pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, Sabtu, 29 April 2023 melalui pelbagai platform termasuk THIJARI, kaunter TH, kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat serta saluran elektronik bank rakan strategik TH seperti Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic, dan AmBank Islamic.

Namun, urusniaga TH akan ditangguhkan sementara waktu bermula pukul 8 malam hari ini sehingga pukul 12 tengah hari esok bagi melancarkan urusan pengkreditan agihan keuntungan. Agihan keuntungan ini adalah satu bentuk ganjaran kepada pendeposit TH yang menyimpan wang mereka dalam akaun Tabung Haji. Ia menunjukkan bahawa TH berjaya dalam menguruskan dana pendeposit dan memberikan keuntungan yang baik kepada mereka.

Kriteria Kelayakan Pendeposit Menerima Agihan Keuntungan Tabung Haji 2023

Pastikan semua kriteria ini dipenuhi bagi melayakkan pendeposit menerima Agihan Keuntungan / dividen TH 2023:

  1. Telah membuka akaun sebelum / pada 5 hb Disember bagi tahun kewangan terlibat
  2. Akaun mestilah berstatus aktif pada 31 Disember dan kekal aktif sehingga tarikh kredit agihan keuntungan dibuat
  3. Pendeposit yang membuat penutupan akaun sebelum tarikh pengkreditan agihan keuntungan tidak layak menerima agihan keuntungan bagi tahun kewangan terlibat.
agihan keuntungan th 2023

Kadar Dividen TH 2023 (Bagi Tahun Kewangan 2022)

TH telah mengumumkan kadar Agihan Keuntungan TH bagi tahun 2022 sebanyak 3.10% setelah zakat dilunaskan bagi pihak pendeposit.

dividen th 2023 1536x1536 1

Kadar keuntungan TH berbanding deposit tetap adalah seperti dalam infografik di bawah:

dividen hibah th 2023 2022 1536x1536 1

Agihan keuntungan TH tahun 2022 ini boleh disemak bermula jam 12.00 tengah hari, Sabtu, 29 April 2023 melalui saluran berikut:

  1. Semakan dividen TH melalui THiJARI
  2. Kaunter-kaunter Tabung Haji
  3. Saluran elektronik
dividen th 2022 2023 1536x1536 2

Tarikh Semakan Dividen Tabung Haji 2023

Tarikh pengumuman dividen Tabung Haji biasanya dibuat pada bulan Februari / Mac tahun kewangan berikutnya. Namun bagi tahun ini, Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkannya pada 28 April 2023. Ia selepas kedudukan kewangannya selesai diaudit dan diluluskan.

Sebelum ini, agihan keuntungan dilaksanakan pada suku pertama tahunan berdasarkan kedudukan kewangan awal. Keputusan itu mengambil kira saranan penambahbaikan serta maklumbalas awal Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI).

agihan th 2023

Semakan dividen Tabung Haji ini boleh dibuat melalui Portal Internet :

  1. Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB & Ambank
  2. THiJARI
  3. ATM : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank & CIMB

Cara Semakan Dividen (Hibah) & Bonus Tabung Haji 2023

Di sini dikongsikan cara membuat semakan dividen Tabung Haji 2021 / 2022 secara online melalui portal THiJARI:

  1. Dapatkan capaian internet dan pergi ke laman web rasmi ThiJARI di www.thijari.com.my.
  2. Masukkan login ID yang telah didaftarkan.
  3. Kesemua akaun termasuk akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar dan login ke THiJARI.
  4. Untuk menyemak butiran terperinci berkaitan dividen melalui THiJARI, anda boleh menekan pada menu “Ringkasan Akaun” pada akaun yang diinginkan.
  5. Anda boleh semak pada ‘Penyata Akaun’ > Bulan Februari 2022 atau ‘Transaksi Terkini’.
  6. Jumlah dividen yang dikreditkan akan ditulis sebagai AGIHAN KEUNTUNGAN 2021 (seperti dalam gambar di bawah).
semakan th
dividen th 2022

Bagi yang belum mendaftar akaun Tabung Haji Online di THiJARI, sila rujuk langkahnya di sini: THiJARI: Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online

Kadar Agihan Keuntungan Tabung Haji Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2021

Untuk makluman, bagi tahun lalu, Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan (hibah / dividen) sebanyak 3.10% selepas jumlah yang dizakatkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

  • Agihan keuntungan 2021 adalah lebih tinggi daripada purata kadar deposit tetap perbankan Islam bagi tempoh 12 bulan (iaitu, 2.36 peratus) dan zakat juga telah diambil kira untuk dilunaskan bagi pihak pendeposit.
  • TH memperuntukkan RM107 juta untuk melunaskan zakat bagi pihak pendeposit bagi tahun 2021.
  • Kedudukan kewangan TH terus kekal kukuh dengan aset berjumlah RM88.73 bilion melebihi liabiliti berjumlah RM85.51 bilion pada 31 Disember 2021.
  • Jumlah Aset pada RM88.73 bilion dan jumlah Deposit pada RM83.33 bilion merupakan yang tertinggi di dalam sejarah THselama 59 tahun.
dividen tabung haji 1536x1536 1

dividen tabung haji 2022 1536x1536 1

dividen tabung haji 2022 1 1536x1536 1

Pendeposit Tidak Perlu Lagi Bayar Zakat Setelah Menerima Dividen Tabung Haji

Pada masa sama, TH turut melunaskan pembayaran zakat sebanyak RM106.2 juta bagi tahun 2020 berbanding RM86 juta pada 2019.

“Oleh itu, para pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterima oleh mereka.

“Pembayaran zakat ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan di seluruh negara,” kata TH.

Penutup

Semoga dengan segala perkongsian maklumat mengenai Terkini: Dividen Tabung Haji 2022 Telah Diumumkan, Semakan Agihan TH dapat membantu mereka diluar sana.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati