Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

7 Gejala Awal Kanser Usus dan Ujian Diagnosis Kanser Usus

kanser usus
7 Gejala Awal Kanser Usus dan Ujian Diagnosis Kanser Usus 5

Pernahkah anda dengar mengenai kanser usus? Kanser kolon dan rektum adalah salah satu satu daripada kanser yang kerap berlaku di dunia. Artikel kali in menerangkan apakah itu kanser usus, gejala-gejala kanser usus, rawatan kanser usus, pengesanan kanser usus dan cara pencegahan kanser usus.

Apakah itu Kanser Usus?

Kanser usus adalah kanser yang berlaku di usus besar yang terdiri dari kolon dan rektum yang memainkan peranan penting dalam proses pembuangan najis. Bahagian 5 hingga 6 kaki pertama usus besar adalah kolon, manakala rectum adalah 6 inci panjang yang berakhir di dubur.

Di Malaysia pada tahun 2002, kanser usus adalah tertinggi di kalangan lelaki dan ketiga di kalangan wanita. Kanser kolon dan rectum biasanya bermula dengan kehadiran polip dan berubah kepada kanser.

277248995 10159092023365892 8299423956856514286 n
7 Gejala Awal Kanser Usus dan Ujian Diagnosis Kanser Usus 6

Gejala Awal Kanser Usus

Berikut adalah gejala-gejala kanser kolon dan rektum. Gejala-gejala berikut adalah mungkin berlaku awal peringkat kanser ataupun berlaku pada kanser tahap teruk.

Gejala kanser
1. Abdomen berasa tidak selesa, termasuk kerap kembung, sebu dan kejang.
2. Turun berat badan tanpa sebab
3. Berasa kerap penat atau letih lesu
4. Perubahan kekerapan pembuangan najis.
5. Cirit birit, sembelit atau perasaan seperti usus tidak dapat dikosongkan sepenuhnya.
6. Najis berwarna merah atau terlalu gelap dalam najis, najis kelihatan bersaiz kecil, leper dari biasa.
423715698 18163891726305674 5252849873880910887 n 1
7 Gejala Awal Kanser Usus dan Ujian Diagnosis Kanser Usus 7

Tahap-tahap Kanser Usus

Anda perlu mengetahui tahap kanser anda kerana ia boleh menerangkan tentang situasi kanser, lokasi perebakan kanser, jenis sel kanser dan adakah kanser telah menjejaskan fungsi organ lain. Berikut adalah tahap-tahap kanser usus sebagai panduan anda. Anda perlu merujuk pakar perubatan untuk mengenalpasti tahap kanser anda.

Kanser usus
Tahap I : Kanser terletak di lapisan dalam usus atau dubur
Tahap II: Kanser merebak melalui dinding usus atau dubur
Tahap III: Kanser merebak ke nodus limfa berhampiran
Tahap IV: Kanser merebak ke bahagian badan yang jauh seperti hati dan paru paru.

Ujian Diagnosis Kanser Usus

Berikut ujian diagnosis kanser usus yang anda boleh lakukan di hospital berhampiran anda.

1. Kolonoskopi
Tiub kamera dimasukkan untuk melihat polip atau ketumbuhan di dalam kolon dan rektum. Polip akan dibuang dengan semasa kaedah kolonoskopi.
2. Biopsi
Pengambilan sedikit tisu di usus untuk pemeriksaan di bawah mikroskop, diambil semasa kolonoskopi atau semasa pembedahan
3. Ujian darah
Kesan anemia atau kurang darah akibat kerap berlaku perdarahan di dalam usus
4. Ujian imejan
– CT scan : Mengesan perebakan kanser ke paru paru, hati dan organ lain.
– Ultrasound : Menggunakan gelombang bunyi untuk hasilkan imej jika kanser telah merebak ke hati, atau organ lain.
– X-ray : Mengesan perebakan ke paru paru.

Rawatan Kanser Usus

Rawatan kanser usus
1. Pembedahan:
– Kebanyakan kanser kolorektum perlu dibuang dengan pembedahan samada cara laparoskopi (pembedahan lubang kunci) atau polipektomi (mengeluarkan polip semasa kolonoskopi) dan pembedahan terbuka untuk membuang kanser dan tisu kolon di sekeliling dan nodus limfa (kalenjar).
2. Kemoterapi :
– Pembedahan digabungkan dengan kemoradioterapi menawarkan lebih daripada 90% kadar penyembuhan dalam penyakit tahap satu. Ia dikenali Kemoterapi Intraperitoneal Hipertermik
3. Terapi sinaran (X-ray bertenaga tinggi)
4. Imunoterapi
5. Terapi ubat yang disasarkan

Cara Pencegahan Kanser Usus

  • Makan diet seimbang yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh.
  • Elakkan makan daging merah dan makanan yang diproses dan terlalu banyak
  • Amalkan gaya hidup yang aktif dengan bersenam secara teratur.
  • Berhenti merokok dan kurangkan pengambilan alkohol.
  • Kekalkan berat badan yang sihat dan ideal mengikut BMI anda.
  • Menjalankan ujian saringan kanser secara berkala
118372997 3005174909588354 7233586788623718122 n
7 Gejala Awal Kanser Usus dan Ujian Diagnosis Kanser Usus 8

Soalan FAQs Berkenaan Kanser Usus

Apakah itu kanser usus?

Kanser yang berlaku di usus besar yang terdiri dari kolon dan rektum yang memainkan peranan penting dalam proses pembuangan najis

Apakah gejala kanser usus?

Abdomen tidak selesa, sakit perut, anemia, cepat letih dan lesu, dan perubahan cara pembuangan najis.

Apakah cara pencegahan kanser usus?

Mengamalkan gaya hidup sihat, mengamalkan senaman dan buat saringan kanser berkala.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati