Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Program Bantuan Khas RM 150 Untuk Rakyat Malaysia #KERAJAANPRIHATIN

program bantuan

Program Bantuan Khas RM 150 Untuk Rakyat Malaysia #KERAJAANPRIHATIN. Untuk pengetahuan semua, pihak kerajaan telah banyak memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan untuk membantu mengurangkan bebanan hidup, menjamin kelansungan hidup dan memenuhi keperluan harian. Inisiatif diberikan kepada semua golongan,antara golongan yang diberi perhatian oleh kerajaan adalah dari golongan bujang, warga emas, bekerluarga, OKU, Belia serta kanak-kanak untuk tahun 2022.

Melalui sidang Bajet tahun 2022, Kerajaan telah merangka begitu banyak bantuan kepada rakyat dan terdapat pelbagai jenis program dan bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan dalam usaha membantu “Keluarga Malaysia”. Antara salah satu bantuan yang telah diperkenalkan adalah sebuah program yang dikenali sebagai ePemula (estart) yang memberikan insentif sebanyak RM 150 kepada penerima yang layak. Anda boleh ikuti maklumat lanjut dibawah.

Sertai Telegram Rasmi Kami ” Official – Bantuan Kerajaan “ untuk mendapatkan info-info terkini bantuan dan pengumuman penting kerajaan :

KLIK UNTUK MENDAPATKAN INFO TERKINI KERAJAAN

Program Bantuan Khas RM 150 Untuk Rakyat Malaysia #KERAJAANPRIHATIN

Melalui pengumuman kerajaan dibawah peruntukan bajet 2022, Program bantuan EPemula ini diwujudkan adalah bertujuan menyemarakkan penggunaan atau budaya transaksi tanpa tunai melalui wang kertas sebaliknya menggunakan kemudahan dan kemajuan ewallet yang berfungsi dan mempunyai pelbagai kebaikan.

Penggunaan ewallet dalam program epemula ini dalam masa yang sama membantu:

  • Rakyat yang memelukan bantuan kewangan
  • Merancakkan ekonomi negara
  • Mengelakkan kecurian
  • Memupuk masyarakat menjadi celik IT

Insentif khas ini akan diberikan kepada para belia yang sedang menuntut pembelajaran sepenuh masa di mana-mana cawangan institusi pengajian tinggi (IPT) Swasta dan Awam yang telah diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Panduan Cara Tebus program bantuan Berjumlah RM 150 Kepada Pelajar IPT

Bagi mengurangkan beban dan memudahkan urusan pembelian bagi pembelajaran kerajaan telah memperkenalkan bantuan RM150 kepada pelajar.

“Selain daripada program bantuan RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet juga akan memberi insentif tambahan dalam bentuk pulangan tunai, baucar, mata terkumpul atau ‘coins’ sepanjang tempoh program ini,”-Kementerian Kewangan (MOF)

Program bantuan terbuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 hingga 2004). Tempoh pendaftaran dan tuntutan ePemula ini akan bermula 11 April sehingga 1 Jun 2022, manakala kredit ePemula serta manfaat padanan dari penyedia perkhidmatan e-tunai tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan Malaysia, anda boleh tebus bermula pada 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 melalui salah satu penyediaan perkhidmatan seperti berikut :

Cara Penebusan Kredit Di EWallet Berdaftar Di Bawah Program EPemula

Untuk makluman anda boleh memohon tebus kredit secara atas talian berdasarkan aplikasi perkhidmatan ewallet (e-tunai).

Langkah Panduan Tebus Kredit Epemula:

  1. Kepada pengguna yang sedia ada atau baru, anda boleh ikuti arahan yang telah disediakan dalam aplikasi e-tunai pilihan.
  2. Melalui aplikasi tersebut, anda perlu masukkan beberapa maklumat yang diperlukan di ruangan yang telah disedikan pada paparan tuntutan ePemula dan kemudian tekan hantar.
  3. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna / pemohon secara elektronik digital
  4. Anda akan dimaklumkan jika tuntutan ePemula RM 150 telah berjaya

Anda juga boleh ikuti cara-cara penebusan bantuan RM150 kredit epemula shopee DISINI.

Tempoh Penebusan Kredit ePemula

Bagi proses penebusan boleh dibuat bermula dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

Bantuan Epemula, Membantu Para Belia Rakyat Malaysia

Kerajaan melalui epemula dengan pemberian sumbangan RM150 kepada golongan belia akan membantu mereka dalam memenuhi tuntuan diri dan pelajaran. Gunakan sebaiknya inisiatif kerajaan kepada rakyat. Kerajaan Malaysia akan sentiasa membantu meringankan beban rakyat.

Kepada rakyat Marhaen semua, pastikan anda memohon program bantuan ini dan sentiasa cakna dengan bantuan kerajaan lain.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati