Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Ciri-ciri Autisme Pada Kanak-kanak Dan Orang Dewasa

artikel autisme
Ciri-ciri Autisme Pada Kanak-kanak Dan Orang Dewasa 8

Tahukah anda autisme merupakan penyakit yang dapat dikesan pada usia seawal tiga tahun. Penyakit bawaan gen ini juga banyak berlaku terhadap kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.

Oleh itu, hari ini saya akan kongsikan kepada anda semua dengan lebih mendalam lagi tentang penyakit ini.

Maksud Austime dan Ciri-cirinya

Apa itu Autisme?

Austisme ialah kecacatan perkembangan yang melibatkan fungsi otak atau lebih mudah difahami sebagai kecacatan neurologi.

Kecacatan yang melibatkan fungsi otak ini menyebabkan berlaku perbezaan antara individu normal dan mereka yang menghidapnya.

Ciri-ciri Autisme

Autisme akan menyebabkan berlakunya beberapa simptom kepada penghidapnya.

Berikut merupakan ciri-ciri yang perlu anda ketahui:

Ciri-ciri Autisme Kepada Kanak-kanak

Ciri-ciri Autisme dalam kalangan kanak-kanak dapat dikesan jika mereka mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1) Kesukaran Untuk Bergaul

download 1

Tidak mampu bergaul dengan baik adalah salah satu ciri kanak-kanak yang menghidap autisme. Hal ini dapat menganggu rutin harian kanak-kanak penghidap penyakit ini kerana tidak dapat berkomunikasi seperti kanak-kanak normal yang lain.

Kanak-kanak cenderung untuk menyendiri kerana tidak dapat menjalinkan persahabatan dengan rakan-rakan normal yang lain.

Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini juga tidak gemar akan sentuhan fizikal, tidak ingin berkongsi minat dan sukar untuk dipujuk.

2) Masalah Komunikasi

Ahimsa Non violence non injury harmlessness

Terdapat kanak-kanak yang menghidap penyakit ini yang mengalami kesukaran dalam berkomunikasi dan ada juga yang dapat berkomunikasi. Hal ini dipengaruhi oleh faktor genetik penghidap sendiri.

Namun begitu, persekitaran juga merupakan salah satu faktor menyumbang kepada penyakit ini. Terdapat beberapa masalah komunikasi yang akan dialami oleh penghidap autisme.

Antaranya adalah seperti yang berikut:

  • Perlahan dalam bercakap
  • Menggunakan perkataan yang berlawanan dengan apa yang ingin disampaikan
  • Sering mengulang ayat yang sama ketika bercakap
  • Tidak menjawab soalan yang diajukan
  • Tidak merespon kepada sebarang pertanyaan atau percakapan
  • Tidak memahami gurauan atau sindiran

3) Bersikap Tidak Fleksibel

Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini tidak fleksibel dalam melakukan aktiviti dan obsesif terhadap hobi dan minat mereka.

Contohnya, mengikut rutian yang sama pada setiap hari seperti menggunakan laluan yang sama semasa hendak ke kantin sekolah dan individu menghidap autisme ini juga sukar untuk menyesuaikan diri terhadap sebarang perubahan persekitaran seperti tidak ingin tidur pada masa luar dari kebiasaan mereka.

Ciri-ciri Autisme Terhadap Orang Dewasa

Ciri-ciri ini tidak hanya berlaku kepada kanak-kanak namun juga berlaku kepada orang dewasa.

Berikut merupakan ciri-ciri autisme terhadap orang dewasa:

  1. Memilik sedikit rakan

Penghidap penyakit ini mempunyai perwatakan yang unik dan ini menyebabkan mereka cenderung untuk memulaukan diri daripada orang ramai. Lantaran itu, mereka sukar untuk mempunyai rakan.

2) Mengalami Keterbatasan Bahasa

Gejala ini dapat dilihat dari segi kesukaran penghidap autisme dalam bertutur contohnya sukar menyampaikan sesuatu ucapan yang mudah bagi orang lain.

3) Hobi dan Minat Yang Terganggu

Orang dewasa yang menghidap penyakit ini dengan sedikitnya minat terhadap sesuatu perkara.

Mereka juga lebih cenderung untuk mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu bidang seperti kesenian namun sukar untuk mereka mengekspresikan minat mereka terhadap bidang tersebut.

4) Menghadapi Kesulitan Dalam Mendapatkan Pasangan

Oleh kerana penghidap autisme menghadapi masalah pertuturan dan sukar memahami orang lain, mereka sukar untuk menemukan pasangan hidup dan sukar untuk menjalinkan hubungan romantik.

5) Kesulitan Memproses Sesuatu Informasi

Penyakit ini menyebabkan sukar untuk golongan ini memberi respon terhadap rangsangan luaran seperti suara orang lain ketika bercakap.

Selain itu, golongan ini juga amat sensitif terhadap bunyi yang kuat.

Rawatan Untuk Kanak-kanak Austime

Seperti yang kita ketahui , penyakit ini belum ada pengubatnya namun ada terapi yang boleh dilakukan bagi mengurangkan kesan penyakit ini.

Terapi ini bertujuan untuk mempercepatkan perkembangan mereka dari segi percakapan dan tingkah laku.

Kebaikan terapi ini adalah seperti berikut:

  • Dapat berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan
  • Memahami komunikasi orang lain
  • Dapat memulakan komunikasi secara spontan
  • Mengucapkan perkataan dengan baik
  • Menguasai kemahiran bersosial
  • Dapat bermain dengan rakan sebaya

Punca-punca Autisme

1) Genetik

Penyakit ini biasanya berlaku kerana faktor genetik yang diwarisi oleh anak-anak. Contohnya, sekiranya salah satu ibu bapa daripada kanak-kanak tertentu menghidap autisme, berkemungkinan besar anak-anak tersebut akan menjadi penghidap.

Jika anak-anak mempunyai penyakit ini, adalah tidak mustahil untuk adik beradik lain juga menghidap penyakit yang sama contohnya sepasang kembar menghidap autisme.

Dalam sesetengah kes, penyakit ini juga dapat berlaku disebabkan oleh kecelaruan genetik anak-anak.

2) Faktor Persekitaran

Faktor persekitaran juga dapat menyebabkan berlakunya autisme. Contohnya, ibu mengandung yang memakan pil-pil tertentu berkemungkinan mendapat anak penderita penyakit ini kerana ubat ubatan yang diambil ketika mengandung dapat mempengaruhi perkembangan kandungan.

Jangkitan virus juga merupakan punca menghadapi penyakit ini.

Perkongsian kali ini akhirnya tamat. Diharapkan anda semua menggunakan ilmu daripada perkongsian ini dengan sebaik-baiknya untuk manfaat bersama.

Sekian, terima kasih.

Apa itu autisme?

Autisme ialah kecacatan perkembangan yang melibatkan fungsi otak atau lebih mudah difahami sebagai kecacatan neurologi.

Apakah ciri-ciri autisme terhadap kanak-kanak?

Ciri-ciri penyakit ini menyebabkan anak-anak menghadapi kesukaran untuk bergaul, masalah komunikasi dan bersikap tidak fleksibel.

Apakah ciri-ciri autisme terhadap orang dewasa?

Ciri-ciri penyakit ini kepada orang dewasa ialah memiliki sedikit rakan, keterbatasan komunikasi, hobi dan minat yang terganggu, menghadapi kesulitan dalam mencari pasangan dan kesulitan dalam memproses sesuatu maklumat.

Apakah kebaikan rawatan autisme?

Kebaikan rawatan penyakit ini ialah dapat berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan, memahami komunikasi orang lain, dapat memulakan komunikasi secara spontan, mengucapkan perkataan dengan baik, menguasai kemahiran bersosial dan dapat bermain dengan rakan sebaya

Apakah punca autisme?

Punca penyakit ini ialah faktor genetik dan persekitaran.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati