Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Penerangan Cuti Tanpa Gaji, Cara Mohon Cuti Tanpa Gaji dan Download Borang Permohonan CTG

CUTI TANPA GAJI

Terdapat kenyataan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang telah menyenaraikan pelbagai kemudahan cuti antaranya cuti tanpa gaji. Banyak kemudahan cuti yang disediakan seperti Cuti Tanpa Rekod (CTR), Cuti Tanpa Gaji (CTG), Cuti Separuh Gaji (CSG), Cuti Sakit Lanjutan (Separuh Gaji dan Tanpa Gaji), Cuti Rehat dan lain-lain yang diberika kepada penjawat awam.

Bagi penjawat awam, mereka mestilah arif tentang kemudahan cuti yang disediakan oleh pihak JPA. Oleh itu, anda boleh mengetahui lebih lanjut berkenaan cuti tanpa gaji yang mana anda boleh mohon dengan merujuk syarat-syarat dan cara permohonan kepada majikan sektor Kerajaan.

Berkenaan Cuti Tanpa Gaji untuk Penjawat Awam

Apa Itu Cuti Tanpa Gaji?

APA ITU CUTI TANPA GAJI

Cuti tanpa gaji(CTG) adalah merupakan cuti yang boleh diambil oleh penjawat awam yang ada urusan peribadi yang boleh dikategorikan sebagai mustahak dan masih tidak menyalahi peruntukan, peraturan dan tatatertib bagi seorang pegawai perkhidmatan awam dibawah kerajaan.

Menurut JPA, CTG adalah cuti yang diambil apabila cuti rehat tahunan telah habis digunakan. Jadi seorang penjawat awam boleh membuat permohonan bagi mendapatkan kebenaran CTG daripada Ketua Jabatan.

Syarat Kelayakan Cuti Tanpa Gaji Bagi Penjawat Awam

Terdapat syarat kelayakan yang Ketua Jabatan boleh melululuskan Cuti Tanpa Gaji. Berikut adalah merupakan syarat kelayakan CTG:

  • Syarat minimum bagi layak memohon Cuti Tanpa Gaji di dalam atau di luar negeri ialah penjawat awam sekurang-kurangnya dalam 6 bulan perkhidmatan.
  • Pegawai yang telah menghabiskan semua Cuti Rehat yang ia berkelayakan boleh mohon CTG.
  • Baki CTG yang belum diambil, Penjawat awam boleh gunakan selagi tidak mencapai had maksimum yang dibenar berasaskan perkhidmatan penjawat awam.
  • CTG mestilah direkodkan di dalam Kenyataan Cuti dan Buku Perkhidmatan.

    Syarat ytang dinyatakan di atas adalah syarat Jabatan Perkhidmatan Awam untuk penjawat awam yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan sahaja. Berbeza dengan penjawat awam yang bekerja dengan kerajaan Negeri, boleh rujuk ketua Jabatan masing-masing.

    Kadar Cuti Tanpa Gaji Bagi Penjawat Awam

    Kadar Cuti Tanpa Gaji penjawat awam adalah 30 hari bagi setiap genap satu tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak melebihi 360 hari.

    Oleh itu, berdasarkan pengiraan, bagi kelayakan CTG pegawai adalah sebanyak 45 hari, termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

    CTG = Tempoh PYM (hari) x 30 hari
                           365 hari
    = (547hari / 365 hari) x 30 hari
    = 45 hari

    Kelayakan CTG pegawai sebenarnya terhad kepada had maksimum 360 hari sahaja (termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am), dan tidak boleh diulang sepanjang perkhidmatan.

    Senarai Contoh Sebab Permohonan Cuti Tanpa Gaji

    Cuti Tanpa Gaji

    Antara sebab kenapa penjawat awam mohon CTG adalah berdasarkan sebab tersendiri. Berikut adalah contoh sebab permohonan CTG:

    • Menjaga anak yang baru dilahirkan.
    • Menjaga anak yang memerlukan jagaan ibu bapa.
    • Menguruskan anak OKU.
    • Pasangan sedang sakit dan memerlukan pertolongan penjagaan.
    • Pergi kursus.
    • Sakit yang berpanjangan seperti kanser.
    • Mengikuti pasangan yang ditugaskan ke luar negara.

    Bagi anda yang ingin membuat permohonan CTG, boleh ikuti bahagian permohonan CTG dibawah,

    Panduan Permohonan Cuti Tanpa Gaji Bagi Penjawat Awam

    Cara Mohon Cuti Tanpa Gaji Melalui Ketua Jabatan

    Bagi seorang penjawat awam yang telah menepati syarat seperti 6 bulan perkhidmatan, boleh mengemukakan permohonan CTG melalui Ketua Jabatan yang ditempatkan. Untuk pengetahuan, permohonan CTG mestilah dibuat sebelum 2 bulan bermula CTG.

    Permohonan adalah boleh dibuat melalui penghantaran borang permohonan CTG. Pemohon boleh membuat isian betul dan memberikan sebab yang betul untuk mendapatkan CTG.

    Download Borang Permohonan Cuti Tanpa Gaji (CTG)

    Bagi para pemohon dari kalangan penjawat awam, anda boleh mengemukakan permohonan CTG melalui borang yang disediakan ini dan dihantar kepada Ketua Jabatan anda. Boleh download borang CTG melalui pautan dibawah:

    Peringatan, borang permohonan CTG ini adalah terpakai dibawah JPA yang memperuntukan borang permohonan khusus kepada penjawat awam dibawah Kerajaan Persekutuan. Bagi mereka dari kalangan penjawat awam kerajaan negeri dan sebagainya boleh merujuk pihak yang ditugaskan.

    Soalan FAQs Berkenaan Cuti Tanpa Gaji (CTG) Untuk Penjawat Awam

    Bagaimana mohon CTG?

    Boleh kemukakan permohonan kepada ketua jabatan melalui borang permohonan.

    Berapa lama perlu berkhidmat untuk mohon CTG?

    Perlu berkhidmat selama 6 bulan sebagai syarat minimum untuk layak mohon CTG.

    Adakah boleh mohon CTG atas sebab sakit?

    Boleh mohon CTG atas sebab sakit sekiranya kemudahan cuti tahunan telah habis.

    TINGGALKAN KOMEN

    Sila masukkan komen anda!
    Sila masukkan nama anda di sini

    Cikgu Ahmad
    Cikgu Ahmad
    "It always seems impossible until it's done."

    Anda Mungkin Meminati