Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Bantuan One-off RM700 hingga RM1000 Pengajian Tinggi PIJ (Perbadanan Islam Johor)

Bantuan One-off
Bantuan One-off

Bantuan One-off RM700 hingga RM1000 Pengajian Tinggi PIJ (Perbadanan Islam Johor) telah dibuka kepada semua pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPT.

Bantuan Pengajian Tinggi PIJ ini merupakan merupakan salah satu bantuan dan inisiatif yang dilakukan oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ) untuk meringankan beban kepada para pelajar yang kurang berkemampuan bai membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke peringkat IPT. Sebanyak RM700 sehingga RM1000 akan diberikan oleh Perbadanan Islam Johor mengikut kategori peringkat pengajian.

Maklumat Penting bagi Bantuan Pengajian Tinggi PIJ

Tarikh Buka : 1 Ogos 2021

Tarikh Tutup : 30 September 2021

Jumlah Bantuan :

  • Diploma : RM700 (one-off)
  • Ijazah     : RM1,000 (one-off)

Negeri : Johor Darul Takzim

Syarat-syarat Permohonan Bantuan One-off

  1. Calon mestilah merupakan warganegara Malaysia beragama Islam
  2. Haruslah bangsa Johor atau telah menetap di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun
  3. Sudah menerima tawaran melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPTA)
  4. Tawaran ini terbuka kepada kemasukan bagi semester pertama sahaja.

bantuan pelajar

Bantuan yang diberikan ini disasarkan kepada semua individu yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.

Oleh itu, digalakkan kepada mereka yang belum memohon untuk mengemukakan permohonan mereka untuk menerima bantuan bagi meringankan beban untuk melanjutkan pengajian.

Cara Memohon Bantuan Pengajian Tinggi PIJ

  1. Calon-calon yang memenuhi syarat boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di laman web rasmi Perbadanan Islam Johor (PIJ).
  2. Calon juga boleh memuat turun borang permohonan di bawah:
  3. Hanya permohonan calon-calon yang dihantar pada sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja yang akan diproses.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lebih terperinci untuk bantuan khas ini, calon boleh melayari laman sesawang ini :

Selain itu, kami juga ada kongsikan pelbagai bantuan kerajaan seperti Bantuan Khas RM150 Guru Tadika, Bantuan One-Off RM5000 NADMA Pengurusan Kematian Covid-19 dan lain-lain.

Perkongsian Bersama 

Semoga perkongsian berkaitan Bantuan One-off RM700 hingga RM1000 Pengajian Tinggi PIJ (Perbadanan Islam Johor) ini dapat memberi manfaat kepada individu dan pelajar-pelajar khususnya di negeri Johor yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT. Anda juga boleh berkongsi artikel ini dengan kaum keluarga, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang berpeluang menerima bantuan ini.

Pelbagai usaha dan bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan untuk manfaat rakyat semua. Untuk mengetahui pelbagai lagi bantuan, bahan-bahan pendidikan sila layari Sistem Guru Online.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati