Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Takwim Akademik 2024 dan Tarikh Cuti Sekolah KPM

Takwim akademik 2024

Menjelang tahun 2024, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan takwim akademik 2024 yang rasmi untuk diguna sepanjang tahun. Seperti yang kita maklum takwim akademik adalah merupakan sesuatu takwim yang penting untuk kegunaan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Di dalam takwim tersebut akan disenaraikan penggal sesi persekolahan untuk tahun 2024/2025. Melalui takwim akademik 2024 kita dapat mengetahui tarikh-tarikh penting mengenai perancangan akademik yang telah ditetapkan oleh pihak KPM termasuk tarikh cuti sekolah.

KPM Kemaskini Takwim Akademik Terbaru

Semak Takwim Akademik 2024

kini para guru-guru dan ibu bapa boleh membuat semakan mengenai takwim akademik 2024 yang telah rasmi dikeluarkan oleh KPM. Rujukan untuk takwim akademik ini adalah sangat penting untuk mengetahui perkembangan dan tarikh-tarikh penting sesi persekolahan tahun 2024 yang bakal bermula.

Kalendar Akademik 2024 ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Disediakan dua rujukan jadual yang berbeza kerana perbezaan cuti hujung minggu. Untuk kumpulan A bermula sekolah pada Ahad sehingga khamis dan cuti hujung minggu pada jumaat hingga sabtu. Manakala, kumpulan B bermula pada isnin sehingga jumaat dan cuti hujung minggu pada sabtu hingga ahad.

Berikut adalah jadual takwim akademik 2024;

Takwim akademik 2024
Takwim akademik 2024

Tarikh Cuti Sekolah Sepanjang Tahun 2024

Di dalam takwim akademik 2024 ini juga telah di senaraikan senarai cuti mengikut penggal sepanjang sesi persekolahan.

Untuk cuti sekolah bagi tahun 2024/2025 terdapat empat cuti sekolah bagi tiga penggal. Cuti sekolah ini diberikan berbeza mengikut kumpulan a dan kumpulan B. Selain itu KPM juga telah menetapkan hari-hari tertentu adalah diberikan cuti khas.

Berikut adalah senarai cuti sekolah tahun 2024;

Kumpulan A

  • Cuti penggal 1: 25 Mei – 2 Jun 2024 (10 hari)
  • Cuti penggal 2: 14 September – 22 September 2024 (9 hari)
  • Cuti penggal 3: 21 Disember – 29 Disember 2024 (9 hari)
  • Cuti akhir sekolah: 18 Januari – 16 Februari 2025 (30 hari)

Kumpulan B

  • Cuti penggal 1: 25 Mei – 2 Jun 2024 (9 hari)
  • Cuti penggal 2: 14 September – 22 September 2024 (9 hari)
  • Cuti penggal 3: 21 Disember – 29 Disember 2024 (9 hari)
  • Cuti akhir sekolah: 18 Januari – 16 Februari 2025 (30 hari)

Cuti Perayaan Sepanjang Sesi Persekolahan Sepanjang Tahun 2024/2025

Senarai Cuti Perayaan Sekolah KPM

Di dalam takwim akademik 2024 ini disenaraikan juga cuti-cuti perayaan di sekolah untuk tahun 2024 dan 2025. Seperti kita maklum negara kita adalah negara yang mempunyai pelbagai budaya dan bangsa. Sebagai negara yang majmuk, KPM telah merangka cuti khas untuk perayaan semua kaum.

Berikut adalah senarai cuti hari perayaan sepanjang persekolahan untuk sesi 2024/2025:

  • Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2024 : 10 & 11 Februari 2024 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023/2024)
  • Perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024 : 10 & 11 April 2024 (Rujuk cuti tambahan KPM)
  • Pesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) : 30 & 31 Mei 2024 (Dalam cuti penggal 1 , sesi 2024/2025)
  • Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) : 1 & 2 Jun 2024 ( Dalam cuti penggal 1, sesi 2024/2025)
  • Hari Deepavali (Kecuali negeri Sarawak) : 31 Oktober 2024 (Rujuk cuti tambahan KPM)
  • Perayaan Hari Krismas : 25 Disember 2024 ( Dalam cuti penggal 3, Sesi 2024/2025)
  • Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2025 : 29 & 30 Januari 2025 ( Dalam cuti akhir persekolahan sesi 2024/2025)
Takwim akademik 2024

Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B

Terdapat beberapa keadaan yang diperuntukkan oleh KPM dalam cuti tambahan pada tahun 2024 yang melibatkan beberapa hari peristiwa seperti hari perayaan Aidilfitri dan hari perayaan Deepavali.

Cuti tambahan ini dirangka untuk memastikan kelancaran sambutan hari perayaan yang bakal tiba. Oleh itu, KPM telah memberi peruntukan tambahan cuti perayaan sebagai pemudahcara kepada rakyat Malaysia.

Berikut adalah tambahan cuti perayaan yang diperuntukkan oleh KPM:

Cuti Tambahan Perayaan Hari Raya Aidilfitri

Cuti Tambahan Hari Raya Aidilfitri
Kumpulan A7 April – 9 April 2024
Kumpulan B8 April – 12 April 2024
Sebanyak 3 hari cuti tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B.

Cuti Tambahan Perayaan Hari Deepavali

Cuti Tambahan Hari Deepavali
Kumpulan A30 Oktober 2024
Kumpulan B30 Oktober – 1 November 2024
31 Oktober 2024 (Negeri Sarawak sahaja)
KPM peruntuk satu hari cuti kumpulan A dan dua hari cuti kumpulan B. Manakala, untuk negeri Sarawak satu hari cuti.

Takwim akademik 2024 ini adalah sah dipakai sepanjang tahun 2024 dan memasuki tahun 2025. Diharapkan dengan penyediaan jadual ini dapat membantu ramai pihak dan memudahkan urusan serta perancangan untuk tahun 2024 dan juga 2025. Mohon juga untuk seorang pihak peka dengan pengumuman terbaru daripada KPM mengenai sesi persekolahan 2024/2025.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati