Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

4 Langkah Menukar Fail PDF kepada Word

4 Langkah Menukar Format Fail PDF kepada Word

4 Langkah Menukar Fail PDF kepada Word yang dikongsikan ini adalah untuk memudahkan para guru serta pelajar-pelajar untuk mengubah format fail. Perkongsikan di dalam artikel ini akan menerangkan 4 Langkah Mengubah Fail PDF kepada Word hanya dengan menggunakan Microsoft Word versi 2013 atau 2016.

Anda tidak perlu menukar format fail PDF kepada WORD dengan memasang (install) perisian lain ke dalam laptop anda atau menukarnya secara dalam talian (online) di Google Chrome, Microsoft Edge dan sebagainya.

Di dalam tutorial ini, sudah memadai sekiranya komputer riba anda mempunyai Microsoft Word 2013 atau 2016. Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan seperti dibawah dengan teliti.

4 Langkah Menukar Fail PDF kepada Word

Berikut merupakan 4 Langkah Mengubah Format Fail PDF kepada Word menggunakan Microsoft Word 2013 atau 2016 :-

Langkah-Langkah Menukar Format Fail PDF ke WORD

  1. LANGKAH PERTAMA

Anda perlu buka atau ‘run‘ Microsoft Word 2013/2016 di dalam komputer riba anda. Kemudian, klik pada ‘Open Other Documents‘ seperti yang dtunjukkan pada gambar di bawah.

1
4 Langkah Menukar Fail PDF kepada Word
1.1
4 Langkah Menukar Fail PDF kepada Word

2. LANGKAH KEDUA

Langkah seterusnya, klik pada ‘Computer‘ (pada gambar dilabel no. 2). Kemudian klik ‘Browse‘ (pada gambar dilabel no.3) seperti gambar di bawah :

2
4 Langkah Menukar Fail PDF kepada Word

3. LANGKAH KETIGA

Anda perlu mencari dan pilih dokumen format PDF (pada gambar dilabel no.1) yang ingin ditukar atau convert kepada format “WORD”. Kemudian, klik padanya dan klik ‘Open‘ (pada gambar dilabel no.2).

3
4 Langkah Menukar Fail PDF kepada Word

4. LANGKAH KEEMPAT

Apabila dialog box (rujuk pada gambar di bawah) terpapar pada skrin komputer riba anda, klik OK. Proses menukar format fail tersebut akan bermula dan anda hanya perlu TUNGGU sehingga selesai (tempoh penukaran adalah bergantung pada saiz file anda).

6
7
 

Rujuk gambar di atas, bulatan merah menunjukkan bahawa proses penukaran file “convert file‘ sedang dilakukan.

Seterusnya, gambar di bawah menunjukkan proses penukaran telah BERJAYA. Format fail/dokumen PDF tadi telah berjaya ditukar kepada format ‘WORD’. Anda sudah boleh menyunting atau mengedit fail tersebut sekarang. Kemudian, sekiranya anda sudah selesai mengedit dokumen tersebut, klik ‘Save‘ (lakukan seperti biasa anda menyimpan fail menggunakan Microsoft Word 2013/2016).

8

Mohon Perhatian

Namun begitu, kadangkala terdapat ‘font‘ atau jenis tulisan daripada dokumen PDF tersebut yang tidak dapat dikenal pasti atau ‘support‘ oleh Microsoft Word 2013 dan ianya akan terpapar dalam bentuk simbol atau aksara. Oleh itu, anda digalakkan mengemak dan mengedit semula dokumen WORD tersebut.

Perkongsian Bersama

Akhir kata, diharapkan dengan perkongsian berkaitan 4 Langkah Menukar Format Fail PDF Kepada Word ini dapat membantu anda semua di luar. Selamat mencuba dan semoga berjaya dalam mengikuti setiap langkah yang diajar dengan menggunakan Microsoft Word 2013/2016 ini. Untuk mengetahui pelbagai lagi info berkaitan bahan pendidikan, sertai kami di t.me/sistemguruonline dan layari laman web kami di Sistem Guru Online untuk mendapatkan perkongsian seperti ini dari semasa ke semasa.

SISTEM GURU ONLINE (SGO)
“SGO Web Pendidkan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu bapa”

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati