Perbincangan hangat di kalangan rakyat Malaysia mengenai id Digital nasional yang akan diperkenalkan oleh kerajaan malaysia bermula tahun 2024. Sebahagian rakyat Malaysia berpandangan bahawa ianya adalah sesuatu yang tidak baik dan akan memberi kesan negatif kepada diri individu.
Ada juga pihak yang mendakwa bahawa sistem ID digital Nasional ini adalah merupakan satu rantai ghaib yang dipasang pada badan seseorang yang mana kaedah melalui artificial intelligent setiap pergerakan, citarasa serta pemikiran oleh pemakai ID digital akan dikawal seolah haiwan yang diikat rantai.
Namun adakah benar dakwaan ini atau sekadar retorik buruk untuk menyekat kemajuan teknologi Malaysia untuk turut serta dengan negara-negara maju? Berikut adalah penerangan mengenai ID digital Nasional akan dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.
Pendaftaran ID Digital Diperkenalkan Oleh Kerajaan Malaysia
Isi Kandungan
Apakah Itu ID Digital Nasional?
menurut laman rasmi MyGoverment ID digital adalah merujuk kepada satu platform pengesahan yang dipercayai ‘verifiable platform of trust’ yang akan dimanfaatkan oleh semua sektor awam dan swasta dalam urusan mengesahkan identiti pengguna masing-masing semasa melakukan transaksi digital.
IDN ini disasarkan kepada semua warga negara serta penduduk tetap Malaysia yang berusia 5 tahun dan keatas ia juga digunakan untuk mengganti penggunaan serta fungsi MyKad yang mana ia akan menjadi nilai tambah dalam memperkukuhkan pelaksanaan dan keselamatan MyKad rakyat Malaysia.
Pelaksanaan ID Digital Nasional
Untuk makluman kepada semua, ID Digital ini akan dilaksanakan secara menyeluruh bermula tahun hadapan, tahun 2024. Perkara ini dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pihak media. Kerajaan juga telah menyalurkan peruntukan RM80 juta untuk menjayakan program ID Digital Nasional ini.
Bilakah Usaha Pelaksanaan ID Digital Nasional Bermula?
Proggram ID Digital ini bermula hasil idea daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo pada Oktober 2018. Ia adalah berdasarkan persetujuan jemaah menteri yang dicapai pada 8 Mei 2019.
Program ini diberi kuasa kepada pihak MCMC untuk mewujdukan model dan pelaksanaan yang jelas. Terdapat juga rangka tindakan atau blueprint ekonomi digital Malaysia yang dikeluarkan oleh Menteri di JPM bahagian ekonomi serta dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tarikh 19 Februari 2021.
Rujuk PDF “Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia“.
Ciri-ciri ID Digital Nasional (IDN)
Kerajaan telah menggariskan beberapa ciri khusus yang diperkenalkan bagi ID digital Nasional. Berikut adalah beberapa ciri yang perlu anda ketahui;
- Platform IDN beroperasi pada tahap kepercayaan yang tinggi.
- untuk setiap warga negara dan penduduk tetap yang berusia lima tahun dan ke atas bagi didaftarkan dalam sistem IDN.
- Memanfaatkan data demografi daripada JPN untuk pengeluaran IDN.
- tambahan pada data biometrik baharu seperti cap jari, Iris serta facial recognition.
- IDN adalah kombinasi nombor awak yang dihubungkan dengan nombor MyKad
- multi-modal biometrik akan diambil untuk setiap pemohon semasa berusia lima tahun dan pembaharuan semasa berusia 18 tahun.
- membolehkan pengesahan identiti secara nyata dan juga dalam talian serta perkhidmatan e-KYC.
- menegangkan reka bentuk yang menitikberatkan dalam aspek keselamatan dan privasi.
- hanya satu IDN untuk setiap individu rakyat Malaysia dan kekal bagi sepanjang hayat.
- platform iklan adalah interoperable dan mendokong dasar keselamatan negara serta piawaian antarabangsa.
Penggunaan ID Digital Nasional Untuk Rakyat Malaysia
Bagaimanakah Cara Buat ID Digital?
Bagi membuat ID digital seperti yang dicadangkan oleh kerajaan Malaysia bermula tahun hadapan adalah melalui mesin R&D daripada MIMOS. Walaubagaimanapun, cara buat atau proses daftar ID Digital kemungkinan akan melibatkan kaedah seperti berikut:
- Cap jari (Fingerprint) pemilik ID Digital
- Pengecaman muka (Face recognition) pemilik ID Digital
Cara untuk mendaftar My Digital ID anda adalah seperti berikut:
- Dapatkan capaian kepada mesin seperti ini. (Sumber mengatakan berada di MOSTI untuk setakat ini)
- Ikut arahan untuk mendaftar.
- Download aplikasi MyDigital ID dan scan QR Code yang dihasilkan oleh mesen DigitalID.
Untuk mendaftar, anda mesti membawa:
- MyKAD
- Telefon yang mempunyai sambungan Internet.
- Aplikasi MyDigital ID pada telefon tersebut.
Adakah Perlu Membuat Isian Borang ID Digital?
Berdasarkan perancangan kerajaan Malaysia yang diusahakan oleh mimos Berhad dengan kerjasama beberapa pihak termasuk Majlis keselamatan Negara adalah dasar kerajaan untuk menyeragamkan terutama proses daftar masuk merentasi kementerian.
Bagi membuat pendaftaran kemungkinan berdasarkan aplikasi atau fitur khusus yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. Berkenaan isian borang ID digital ia belum di perkenalkan dan bagaimana pelaksanaannya kita perlu menunggu makluman rasmi daripada kerajaan Malaysia yang kemungkinan dilaksana pada tahun hadapan. Oleh itu, kami akan kemaskini informasi terbaru dari semasa ke semasa untuk rakyat Malaysia.
Apakah Kelebihan ID Digital Nasional Kepada Rakyat Malaysia?
Terdapat beberapa kelebihan yang akan menguntungkan rakyat Malaysia dalam kehidupan harian. Berikut adalah beberapa kelebihan ID Digital Nasional:
- Rakyat lebih mudah untuk mendapatkan pengenalan diri digital yang boleh diguna dalam pelbagai perkhidmatan digital.
- Membuat semakan dan pengesahan melalui MyKad dengan mudah dan pantas.
- Urusan perniagaan boleh dilakukan secara selamat melalui akses saluran omni di mana-mana peranti.
- Urusan perkhidmatan digital lebih mudah dengan hanya penandatanganan digital.
- Kerajaan boleh mengumpul data dan mengesahkan pengenalan diri dengan merekodkan data biometrik baru (10 jari, muka dan iris) bagi rakyat Malaysia.
- Tingkatkan kecekapan dan dalam masa yang sama menjimatkan kos bagi urusan pengesahan diri.
- Mengelakkan usaha pemalsuan data pengenalan diri dalam transaksi perkhidmatan digital serta menjamin keselamatan awam.
Matlamat Kerajaan Mewujudkan Sistem ID Digital Nasional
Usaha kerajaan Malaysia adalah untuk membantu membawa kemajuan semasa dan mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia. Berikut adalah manfaat ID Digital Nasional kepada negara Malaysia:
Pihak | Manfaat |
RAKYAT/ PENGGUNA | -Menikmati pengalaman mudah dalam menggunakan perkhidmatan digital yang lebih lancar, selamat dan terjamin privasi data. -Menjimatkan masa, ruang dan wang berbanding melakukan transaksi secara lansung di kaunter. |
KERAJAAN | -Memupuk ekonomi digital dan memacu negara ke arah transformasi digital dengan meningkatkan kepercayaan dan keselamatan pengguna untuk bertransaksi secara digital. -Meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan digital yang lebih efisien serta menjimatkan kos penyampaian perkhidmatan. |
PENYEDIA PERKHIDMATAN DIGITAL | -Meningkatkan keberkesanan serta menjimatkan kos dari segi mendaftar pengguna, membangun dan menyelenggara sistem pengesahan identiti digital mereka sendiri. -Menggalakkan penawaran perkhidmatan digital yang baharu seperti idea fintech, ‘platform economy’, ‘apps economy’ dan lain-lain. |
Maklumat Lanjut Berkenaan ID Digital Nasional
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
a) Puan Mimmi Suriati binti Mat Khalid
Timbalan Setiausaha Bahagian
03-8886 3172 / [email protected]
b) Puan Laila binti Abdul Majid
Timbalan Pengarah Seksyen Aplikasi Utama,
03- 8880 7574 / [email protected]
c) Puan Irni Mazlina binti Mat Isa
Penolong Setiausaha,
03-8886 3172 / [email protected]