Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

1 Petisyen Untuk Cikgu Mohd Fadhli Salleh | Rakyat Malaysia Tuntut Keadilan Untuk Sistem Pendidikan Negara

Fadhli Salleh
Fadhli Salleh

Petisyen Untuk Cikgu Mohd Fadhli Salleh | Rakyat Malaysia Tuntut Keadilan Untuk Sistem Pendidikan Negara. Tular di sosial media berkenaan ikon guru Malaysia, Cikgu Mohd Fadhli Saleh yang kini dikenakan tatatertib dengan dibuang kerja atau diturunkan pangkat hanya kerana beliau lantang memperjuangkan kepentingan pendidikan negara.

Hanya kerana jujur dan menyuarakan kebenaran, beliau akan dikenakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Banyak persoalan yang ditimbulkan oleh beliau kerana dirasakan adalah tidak patut dikenakan tindakan walhal beliau merupakan seorang guru yang baik dan berdedikasi yang mana kebanyakan rakyat Malaysia mengenali beliau merupakan seorang guru yang hebat.

Petisyen Untuk Cikgu Mohd Fadhli Salleh | Rakyat Malaysia Tuntut Keadilan Untuk Sistem Pendidikan Negara

Isi Kandungan

Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang juga merupakan rakyat Marhein ingin menegakkan keadilan keatas cikgu mohd fadhli salleh. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh beliau demi perjuangan pendidikan untuk anak bangsa. Adalah tidak adil untuk beliau selaku guru ikon dikenakan tindakan yang tidak adil dan bersifat berat sebelah.

Ayuh Bersama Tandantangi petisyen untuk perjuangkan keadilan keatas Cikgu Mohd Fadhli Salleh

Disini, diminta kepada rakyat Malaysia kita bersama-sama dan sebulat suara kita menyuarakan ketidakpuasana kita keatas tindakan yang dikenakan keatas cikgu kesayangan kita, Cikgu Mohd Fadhli Saleh. Jom tandatangi petisyen sebagai tanda sokongan kepada Cikgu!

Petisyen Tuntut Keadilan Untuk Cikgu Fadhli Salleh

photo1665849178

Kita bersatu atas satu suara, tegakkan keadilan demi pendidikan negara!.

Rakyat Malaysia Menyokong Usaha Cikgu Mohd Fadhli Salleh #JusticeforMFS

Ternyata ramai sebenarnya yang ambil berat dan simpati dengan tindakan yang dikenakan keatas  Cikgu Fadhli. Sememangnya kita kenal dengan cikgu fadhli yang berperwatakan santai dan bersahaja namun tegas dan berani dalam memperjuangkan hak-hak pelajar dan sistem pendidikan negara serta masalah-masalah yang dihadapi oleh para guru.

Merujuk kepada hantaran Facebook terbaru Cikgu Fadhli yang meluahkan kekesalan dan ketidakpuasan hati dengan tindakan tatatertib yang beliau hadapi saat ini. Lantaran beliau di Facebook mendapat perhatian netizen Malaysia dan turut bersimpati dengan yang menimpa cikgu fadhli.

photo1665849717

Komen Netizen Menyatakan Sokongan Padu Kepada Cikgu Mohd Fadhli Saleh #JusticeforMFS

Berikutan isu yang melanda, netizen juga turut serta dalam memberi sokongan yang terbaik untuk cikgu fadhli. Ramai rakyat Malaysia yang prihatin dan mendoakan yang terbaik kepada cikgu.

 Apa yang cikgu perjuangkan itu benar belaka. Doa kami bersama cikgu.- Mohamad Hakim “

Perjuangan cikgu fadhli disokong oleh netizen, kita juga mahukan penambah baikan dalam pendidikan negara kita. Suara rakyat harus didengar!

Kita semua patut doakan supaya Cikgu Mohd Fadli Salleh perolehi kemenangan. Biar kes ini menjadi benchmark untuk little napolean yang berlagak kononnya depa boleh buat apa sahaja. Benda begini sebenornyer dah lama deme buat. Cuma takde yang berani nak fight terang terangan begini. Itu sebab nyer teman nak sangat Cikgu menang kes ini. Perlu diajar little napolean yang tak sedar diri tu.- Rajinder Singh “

Ada juga yang mengutarakan agar kita bersatu dan doakan perjuangan ini dipermudahkan dalam membaiki sistem pendidikan yang sedia ada kearah lebih baik.

Semoga perjuangan ini berjaya dan ada perubahan terbaik dilakukan. Senang hati cikgu-cikgu lain di Malaysia ini. –Zamir Mohyedin”

Benar, perjuangan cikgu fadhli adalah untuk menyuarakan suara-suara guru Malaysia yang sekian lamanya tidak didengari dan diendah!

Berkata benar walau ditaikkan cikgu Mohd Fadli Salleh. depa buang mai sekolah saya. kita bina silibus bersesuaian utk lahirkan pelajar yg bermanfaat dan berimpak tinggi. Count me in ya. kos lawyer roger nanti kita korek tabung sama2. masa2 ni elok sgt bangunkan isu yg dh beribu laporan dibuat. dkt2 PRU ni biasa depa jarang tidur dh. keep it up ya dear brother dipuji x terbang di hina tak rebah inshaAllah.-Mohammad Yaakub Yusra”

Ini merupakan antara komen yang baik dari seorang usahawan yang berjaya, beliau menawarkan bantuan kepada Cikgu Fadhli. Ramai yang sayang dan cakna akan usaha-usaha Cikgu Fadhli yang dilihat merupakan penggerak transformasi dalam dunia pendidikan negara.

Ayuh Rakyat Malaysia Kita Bersama-Sama Mempertahankan Dan Menuntut Keadilan Keatas Cikgu Fadhli Salleh!

 
Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati