Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor dan Kereta

Cara Daftar Lalamove
Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor dan Kereta 5

Cara daftar Lalamove kini sangat mudah didapati dimana-mana perkongsian di internet termasuklah kami. Lalamove merupakan penyedia servis penghantaran barangan pada hari yang sama dengan hanya beberapa langkah mudah.

Kini, seseiapa sahaja boleh menggunakan pekhidmatan Lalamove sama ada pengguna atau penghantar. Oleh itu, kami menyediakan panduan serta cara daftar Lalamove online.

Berkenaan Lalamove dan Cara Daftar Lalamove

Cara Daftar Lalamove
Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor dan Kereta 6

Apa itu Lalamove?

Lalamove ialah perkhidmatan penghantaran barangan pada hari yang sama dengan memasukkan lokasi pengambilan dan penghantaran, memilih kenderaan yang sesuai dan mendapatkan khidmat rakan penghantar yang paling hampir dengan lokasi pengguna.

Antara contoh barangan yang boleh dihantar melalui Lalamove :

  • Barang-barang kecil
  • Barang-barang besar
  • Barang-barang berharga & mudah pecah
  • Makanan & barang runcit

Cara Daftar Lalamove Sebagai Pengguna dan Menempah Penghantaran

Cara Daftar Lalamove
Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor dan Kereta 7
  1. MUAT TURUN APLIKASI LALAMOVE
  2. TETAPKAN LOKASI PENGHANTARAN
    • Masukkan alamat pengambilan dan destinasi penghantaran anda. Anda boleh tetapkan sebanyak 20 destinasi dalam satu penghantaran. Buat penghantaran segera atau aturkan penghantaran seawal 30 hari.
  3. PILIH JENIS KENDERAAN
    • Pilih kenderaan penghantaran mengikut keperluan anda, sama ada motosikal, kereta, 4 x 4, van atau lori
  4. SAHKAN PENGHANTARAN ANDA
    • Masukkan catatan untuk rakan penghantar anda. Kemudian pilih kaedah pembayaran dan gunakan kupon, jika ada. Seterusnya sahkan pesanan anda
  5. JEJAKI PESANAN DI MASA NYATA
    • Tiada kerisauan dengan penjejakan GPS untuk penghantaran anda

Berapa Caj Perkhidmatan Lalamove?

Setiap pesanan dikira berdasarkan keperluan anda untuk pesanan tersebut, seperti jenis kenderaan, perkhidmatan tambahan, dan jarak dari lokasi pengambilan ke lokasi penghantaran.

Berapa Gaji Lalamove?

Jumlah pendapatan bagi driver Lalamove adalah bergantung kepada berat barang dan jarak antara dari lokasi pengambilan ke lokasi penghantaran

Jika anda membuat perkhidmatan driver jumlah pendapatan boleh mencapai sehingga RM250 sehari (jumlah kasar). Namun ianya bergantung juga kepada jumlah tempahan yang diterima.

Syarat Daftar Lalamove

Lalamove sangat teliti dalam menapis permohonan sebagai rider/driver mereka bagi memastikan kualiti servisnya kepada para pelanggannya.

Sekiranya anda berminat untuk daftar Lalamove sebagai rider atau driver, pastikan anda memenuhi syarat-syarat asas yang berikut:

  1. Memiliki kenderaan – Memiliki motosikal/kereta/van/4 x 4/lori 1-tan/lori 3-tan
  2. Umur dan lesen – Berumur 18 tahun ke atas dengan lesen memandu yang sah. Penghantar van dan lori perlu mempunyai lesen GDL
  3. Memiliki telefon pintar – Dengan iOS 11 dan ke atas, Android 6.0 dan ke atas

Cara Daftar Lalamove Sebagai Driver Motor dan Kereta

Cara Daftar Lalamove
Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor dan Kereta 8

Cara Daftar Lalamove Driver Motor dan Kereta

Bagi yang sedang mencari kerja full time atau part time untuk tambah pendapatan, anda boleh cuba cara daftar Lalamove rider/driver mengikut kenderaan yang anda miliki. Berikut adalah cara daftar Lalamove rider/driver:

  1. Layari laman rasmi Lalamove di alamat https://www.lalamove.com/ms-my/driver
  2. Tekan pada DAFTAR
  3. Masukkan NOMBOR TELEFON anda (pastikan yang aktif), tekan Seterusnya
  4. Masukkan NOMBOR PIN yang anda terima di telefon anda
  5. Seterusnya isikan MAKLUMAT pada Borang Pendaftaran
  6. Nama Penuh
  7. Nombor Telefon
  8. Email (pastikan email yan aktif)
  9. Jenis kenderaan (pilih kenderaanyang anda ingin gunakan)
  10. Jenama kenderaan anda.
  11. Model kenderaan anda
  12. Jawab SOALAN yang tertera:
  13. Do you have a full-fledged driving license?, pilih Yes.
  14. Are you 18 years old and above?, pilih Yes.
  15. What is your postcode?, poskod tempat tinggal anda.
  16. Training Location, pilih lokasi latihan anda.
  17. Date, pilih tarikh untuk anda menjalani latihan.
  18. Time, pilih waktu untuk anda jalani latihan pada tarikh tersebut.
  19. Address, tertera lokasi pejabat Lalamove untuk anda hadir bagi menjalani latihan, .
  20. Kemudian tekan butang Thank You.
  21. Pendaftaran anda selesai

NOTA: Untuk mengaktifkan akaun anda, anda perlu lulus Latihan Maya Lalamove. Markah minimum untuk latihan tersebut ialah 28 dan anda mempunyai 3 kali percubaan

Soalan FAQs Berkenaan Cara Daftar Lalamove

Dimana daftar Lalamove?

Anda boleh mendaftar Lalamove dengan melayari laman rasmi Lalamove di alamat https://www.lalamove.com/ms-my/driver

Berapa caj guna Lalamove?

Harga dikira berdasarkan jarak dari lokasi pengambilan ke penghantaran dan juga jenis kenderaan.

Bagaimana cancel Lalamove?

Jika anda ingin membatalkan pesanan, anda mesti menghubungi pihak perkhidmatan pelanggan Lalamove melalui sembang langsung dan menghantar bukti foto kepada pasukan Lalamove melalui sembang langsung.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati