Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Hukum Ziarah Kubur Hari Raya dan 5 Adab Ziarah Kubur

ZIARAH
Hukum Ziarah Kubur Hari Raya dan 5 Adab Ziarah Kubur 5

Ziarah kubur hari raya merupakan salah satu budaya yang sering dilakukan oleh masyarakat. Dalam agama Islam, ziarah kubur termasuk kegiatan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk saling mendoakan pada orang-orang yang telah meninggal dunia, lebih-lebih lagi orang yang telah meninggal dunia itu adalah ahli keluarga sendiri. Bukan itu sahaja, ziarah kubur juga memiliki hikmah lain yang perlu direnungi setiap manusia. Berziarah ke makam orang yang telah meninggal tentu mengingatkan manusia bahwa tidak ada yang kekal di dunia.

Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa, ayat 78 yang bermaksud:

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sudah sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh”.

Artikel ini adalah bertujuan untuk menerangkan hukum dan adab ziarah kubur pada hari raya Aidilfitri.

Untitled design 2
Hukum Ziarah Kubur Hari Raya dan 5 Adab Ziarah Kubur 6

Hukum Ziarah Kubur Hari Raya

Bagi menjelaskan hukum ziarah kubur semasa hari raya, asalnya disunatkan ziarah kubur pada bila-bila masa.

Sabda Nabi s.a.w:

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَن زِيَارَةِ القُبُور فَزُورُهَا

Maksudnya: “Adalah aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah” (Riwayat Muslim)

Hadith lain berbunyi:

استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فانها تذكر الموت

Maksudnya: “Aku meminta izin daripada Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian”. (Riwayat Muslim)

Namun wujud perbahasan mengenai amalan menziarahi kubur pada hari raya aidilfiri. Ada dua pandangan dalam isu ini iaitu:

1. HARUS

Hukumnya adalah harus sebab tiada nas khusus yang larang. Justeru hukumnya adalah dibolehkan. Antara ulama yang berpendapat begini ialah para ulama mazhab Hanafi. Antaranya tercatat dalam kitab al-Fatawa al-Hindiyyah:

وكذلك في الأزمنة المتبركة كعشر ذي الحجة والعيدين وعاشوراء

Maksudnya: “Maka begitu juga (sunat ziarah kubur) pada waktu-waktu berkat seperti sepuluh hari awal bulan Zulhijjah, dua hari raya dan hari Asyura.”

2.TIDAK DIGALAKKAN

Maka berdasarkan pandangan ini, tidak sunat ziarah kubur bersempena aidilfitri, bahkan ianya makruh. Antara hujahnya ialah:

  1. Tiada nas yang menunjukkan Rasulullah SAW menziarahi kubur pada hari raya.
  2. Baginda SAW pada hari raya aidilfitri menzahirkan kegembiraan.

Dalam Fatwa Dar al-Ifta’ al-Misriyah disebutkan:

وليس للزيارة وقتٌ مُعَيَّن، والأمر في ذلك واسع، إلا أن الله تعالى جعل الأعياد للمسلمين بهجة وفرحة؛ فلا يُستَحبُّ تجديد الأحزان في مثل هذه الأيام

Maksudnya: “Tiadalah masa ziarah kubur ditentukan. Ia adalah luas. Cuma hari raya dijadikan hari gembira, maka tidak disunatkan melakukan perkara yang mengembalikan dukacita pada hari-hari sebegini”

35564316 616373462058567 4949115399573602304 n
Hukum Ziarah Kubur Hari Raya dan 5 Adab Ziarah Kubur 7

Bagaimanapun, Ulama’ Fiqh Ustaz Azhar Idrus berkata bahawa hukum ziarah kubur pada hari raya adalah SUNAT dan digalakkan. Berikut merupakan klip video hukum ziarah kubur hari raya.

5 Adab Ziarah Kubur Hari Raya

Umat Islam perlu menitik beratkan adab ketika menziarahi kubur. Jika anda ingin ziarah kubur pada hari raya Aidilfitri, ada adab-adab yang anda perlu jaga dan amalkan. Antara adab umat Islam perlu jaga semasa melaksanakan amalan ziarah kubur adalah seperti berikut iaitu:

1. Membetulkan niat anda

Adab ziarah kubur yang pertama adalah niat dengan hati yang tulus dan ikhlas. Islam sangat menganjurkan siapa saja yang berziarah kubur harus diawali dengan niat yang baik untuk mendapatkan reda Allah SWT. Orang Islam yang datang ziarah kubur harus menghadirkan hatinya saat mendatangi makam. Datanglah dengan tujuan yang baik kerana ia dapat memberi manfaat kepada orang yang telah pergi lebih-lebih lagi ahli keluarga anda sendiri.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:

“Dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah kerana sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat. Akan tetapi, janganlah kalian berkata-kata dengan perkataan yang keji dan batil.” (Hadis Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai, Ibn Majah dan Ahmad)

2.Berwuduk

Sebelum menziarahi kubur, disunatkan untuk berwuduk sebelum ke tanah perkuburan. Jika anda takut wuduk terbatal atas sebab-sebab perjalanan yang jauh di dalam kenderaan atau halangan yang lain, anda juga boleh berwuduk apabila tiba di tanah perkuburan sekiranya di sana disediakan tempat untuk mengambil wuduk. Amalan ini membuatkan anda mendapat pahala sunat.

3.Mengucapkan salam

Memberi salam ketika hendak ziarah kubur adalah merupakan adab yang mudah dan sudah diajar oleh ibu bapa sejak kecil lagi. Rasulullah juga mengajak semua umat Islam untuk memberi salam ketika menziarahi kuburan atau melalui kawasan tersebut.

Rasulullah pernah mengajar sahabat-sahabatnya apabila mereka menziarahi tanah perkuburan untuk memberi salam dan berdoa dengan berkata:

Salam sejahtera kepada kamu wahai ahli perkampungan (tanah kubur) ini, dari kalangan kaum mukminin dan muslimin bahawa kami juga insya-ALLAH akan mengikut kamu apabila sampai giliran. Semoga ALLAH memberi rahmat dan selamat sejahtera kepada kami dan kamu sekalian.” (Hadith Riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

4.Menutup aurat terutama bagi wanita

Menutup aurat bukanlah pilihan tetapi kewajipan agama. Ia sering kali disalah ertikan oleh sesetengah masyarakat Islam. Mereka menganggap menutup aurat hanya sekadar dengan memakai tudung dan menutupi kepala terutama apabila ziarah ke kubur. Sedangkan aurat bukan hanya anggota kepala malah anggota lain juga merupakan aurat yang perlu ditutup.

5.Tidak meratapi dan meraung

Perlu diingatkan bahawa meratapi dan meraung di tanah perkuburan secara keterlaluan seolah-olah tidak meredhai takdir Allah SWT kerana bersikap berlebih-lebihan dalam urusan agama adalah hal yang terlarang.

Rasulullah bersabda: 

“Waspadalah kalian pada sikap berlebihan. Sesungguhnya binasanya orang-orang sebelum kalian disebabkan berlebihan dalam urusan agama.” (Hadis Riwayat Ahmad)

IMG 20230420 WA0003 768x768 1
Hukum Ziarah Kubur Hari Raya dan 5 Adab Ziarah Kubur 8

Soalan FAQs Berkenaan Ziarah Kubur Hari Raya

Apakah hukum ziarah kubur pada hari raya?

Sunat dan dituntut, bagaimanapun ada Ulama’ berpendapat makruh tidak digalakkan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati