Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Beli Tiket Wayang Online GSC, Paragon dan TGV

Tiket Wayang Online
Cara Beli Tiket Wayang Online GSC, Paragon dan TGV 5

Pada masa kini, lebih mudah beli tiket wayang online berbanding beli tiket wayang di kaunter kerana pembelian tiket wayang secara online dapat menjimatkan masa dan tenaga daripada terkejar-kejar serta perlu beratur untuk mendapatkan tiket.

Buat anda yang tidak tahu cara pembelian tiket wayang online, disini kami kongsikan beberapa cara beli tiket secara online mengikut tempat.

Panduan dan 3 Cara Beli Tiket Wayang Online

Tiket Wayang Online
Cara Beli Tiket Wayang Online GSC, Paragon dan TGV 6

Cara Beli Tiket Wayang Online GSC

  • Muat turun aplikasi GSC Cinema di Google Playstore / Apple Store atau layari laman web GSC di pautan https://www.gsc.com.my/main/home
  • Pelanggan baharu perlu daftar/ Sign Up untuk buat tempahan tiket secara online. Pelanggan yang sudah ada akaun boleh Sign In seperti biasa.
  • Selepas anda log masuk, pergi ke laman utama dan pilih filem yang anda ingin tonton. Anda juga boleh tekan ikon Search untuk cari filem pilihan anda.
  • Tekan pada filem pilihan anda dan pilih pawagam berhampiran serta tarikh dan masa tayangan yang anda inginkan.
  • Kemudian, anda akan dibawa ke bahagian pemilihan tempat duduk. Pilih seat yang masih kosong dan tekan Confirm.
  • Seterusnya, anda perlu pilih tiket berdasarkan kategori dan bilangan sama ada dewasa, kanak-kanak, OKU, warga emas atau pelajar.
  • Tekan Confirm untuk sahkan pembelian tiket. Setelah itu, anda boleh buat pembelian tambahan untuk makanan jika anda mahu. Jika tidak berminat, anda boleh skip langkah ini dan terus ke proses pembayaran.
  • Pada laman Summary, semak semua maklumat dan pastikan ia betul. Kemudian, tandakan tick pada Terma dan Syarat. Selepas itu, tekan Checkout & Pay.
  • Pilih kaedah pembayaran dan lengkapkan proses pembayaran hingga selesai.
  • Pembelian tiket GSC secara online selesai. Anda boleh semak pembelian tiket di Profile > My Tickets.

Cara Beli Tiket Wayang Online Paragon

Tiket Wayang Online
Cara Beli Tiket Wayang Online GSC, Paragon dan TGV 7
  1. Tulis https://www.paragoncinemas.com.my/browsing/
  2. Klik “Select Cinema” di bahagian “Select Tickets”
  3. Kemudian pilih wayang yang berdekatan dengan anda dan klik “Select A Movie”
  4. Pilih movie yang anda ingin tonton dan klik pada “Select A Show types”
  5. Pilih jenis tontonan yang anda mahu, kemudian klik “Select A Time”
  6. Pilih masa dan tarikh. Seterusnya klik “Book Ticket”
  7. pilih jenis dan jumlah tiket
  8. Tekan “Next” dan pilih tempat duduk anda. tekan “Next”
  9. Pilih makanan dan minuman (boleh skip) dan tekan “Next”
  10. Masukkan persona details dan klik “Next” dan buat pembayaran

Cara Beli Tiket Wayang Online TGV

Tiket Wayang Online
Cara Beli Tiket Wayang Online GSC, Paragon dan TGV 8
  • Buka aplikasi TGV Cinema (Google Play/Apple Store) atau layari pautan TGV di https://www.tgv.com.my/
  • Log masuk akaun anda. Jika anda baru pertama kali ingin membeli secara online, anda perlu daftar akaun terlebih dahulu.
  • Anda boleh pilih filem-filem yang sedang ditayang di halaman utama. Anda juga boleh cari filem pilihan anda di bahagian Search.
  • Untuk mula menempah tiket, pilih lokasi pawagam TGV berdekatan dengan klik pada ikon Cinemas.
  • Seterusnya, akan dipaparkan senarai filem, tarikh dan waktu mengikut lokasi pawagam yang anda pilih. Di sini, anda perlu tetapkan tarikh dan hari tayangan pada bahagian atas untuk buat tempahan.
  • Seterusnya, scroll ke bawah dan pilih waktu tayangan bagi filem yang anda nak tonton.
  • Kemudian, Sign in jika anda mempunyai akaun TGV. Jika ingin mendaftar sebagai ahli, tekan butang Join Now.

Nota : Anda juga boleh beli tanpa mendaftar dengan klik butang Continue as Guest. Masukkan alamat e-mel yang aktif serta nombor telefon pada bahagian Guest Details dan tekan Proceed.

Soalan FAQs Berkenaan Cara Beli Tiket Wayang Online

Berapa harga tiket wayang online?

Tiket wayang online berharga sekitar Rm10-rm20 bergantung kepada movie dan jenis tiket.

Mana murah beli tiket wayang online dan kaunter?

Beli tiket wayang secara online atau di kaunter sebenarnya mempunyai hrga yang sama sahaja tetapi 2 kaedah ini juga selalu menawarkan promosi tiket yang murah. Anda boleh mendapatkan tiket pada masa tersebut.

Bagaimana cara cancel tiket wayang online?

Jika tiket wayang belum disahkan, anda boleh “cancel order” begitu sahaja di paparan semasa anda sedang menempah. Jika tiket wayang anda sudah disahkan, anda perlu menhubungi pihak “Customer Service” wayang yang berkenaan.

Bila boleh beli tiket wayang secara online?

Anda boleh beli tiket wayang secara online pada bila-bila masa sahaja jika terdapat tempat duduk yang kosong. Namun, disarankan untuk anda menempahnya awal sama ada sehari-3 hari sebelum menonton.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati