Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Panduan Amalan Qiamullail Malam dan 10 Hari Terakhir Ramadan

amalan qiamullail malam

Bulan Ramadan adalah merupakan bulan yang penuh rahmah. Amalan qiamullail malam mula menjadi kebiasaan dan saranan kerana Allah menjanjikan pahala yang berlipat ganda bagi mereka yang mengerjakan amalan. Lebih-lebih lagi apabila memasuki 10 malam hari terakhir Ramadan yang mana di dalam terdapat malam ‘Lailatul Qadar’ iaitu malam baik seribu bulan.

Bagi memastikan anda dapat membuat persiapan rapi bagi mengejar malam lailatul qadar, anda boleh ikuti perkongsian kami berkenaan turutan amalan Qiamullail malam yang anda boleh amal untuk qiamullail.

Penerangan Berkenaan Amalan Qiamullail Malam

Apa itu Qiamullail?

Qiamullail adalah satu amalan sunat yang bermaksud ‘bangun malam’ iaitu bangun dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah SWT.

Amalan qiamullail ini bukanlah satu perkara baru, bahkan ianya adalah merupakan ibadat yang sudah menjadi amalan sebati atau amalan para rasul, nabi-nabi, orang soleh dan alim ulama sejak dahulu lagi.

Fadhilat Qiamullail Malam

Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis nabi yang menerangkan tentang kelebihan untuk mereka
yang mengerjakan ibadat qiamullail. Diantaranya ialah firman Allah SWT:

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjalah sembahyang tahajjud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”

(Surah al-Isra’: 79)

Dalam firman-Nya yang lain berbunyi:

“Dan (dengan apa keadaan pun) maka pada sebahagian waktu malam sujudlah kepada Tuhanmu (dengan mengerjakan sembahyang) dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memuji-Nya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.”

(Surah al-Insan: 26)

Kelebihan Amalan Qiamullai Malam bagi orang islam:

Berikut adalah kelebihan amalan Qiamullail malam untuk diri seseorang:

  • Dapat menyucikan jiwa dan kekuatan rohani
  • Mendekatkan diri kepada Allah
  • Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan
  • Memudahkan perjalanan menyeberang siratulmustaqim
  • Saat mustajab untuk doa dikabulkan
  • Memberi kesihatan baik

Untuk merujuk panduan amalan Qiamullail malam yang disusun khas oleh JAKIM dan khusus untuk 10 malam terakhir ramadan, anda boleh terus melanjutkan bacaan dibawah.

Panduan Amalan Qiamullail Malam

Berikut adalah merupakan panduan amalan qiamullail malam yang anda boleh lakukan mengikut turutan. Susunan ini adalah merupakan susunan yang betul mengikut keutamaan daripada JAKIM. Bagi amalan 10 malam terakhir, adalah disarankan untuk melakukan qiamullail bersama keluarga dengan membangunkan ahli keluarga lebih awal daripada waktu sahur.

1.Solat Sunat Awwabin

image 51

2. Solat Sunat Tahajjud

image 54
Panduan Amalan Qiamullail Malam dan 10 Hari Terakhir Ramadan 9

3. Solat Sunat Hajat

image 56
Panduan Amalan Qiamullail Malam dan 10 Hari Terakhir Ramadan 10

Panduan solat hajat dua rakaat adalah seperti berikut :

  • Niat solat hajat
  • Bacakan Surah Al-Fatihah
  • Membaca Ayat Kursi
  • Rukuk dan sujud seperti biasa.
  • Baca Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas
  • Tahiyat Akhir dan beri salam

4. Solat Sunat Taubat

image 57
Panduan Amalan Qiamullail Malam dan 10 Hari Terakhir Ramadan 11

Panduan solat sunat taubat:

  1. Niat : sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana allah taala
  2. Bacaan semasa solat
    • Rakaat pertama: surah al-fatihah, surah al kafirun
    • Rakaat kedua: surah al-fatihah, surah al ikhlas
  3. Dalam sujud terakhir bertasbih dan baca ‘laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimiin’ 40 kali.
  4. Selepas beri salam, istighfar sebanyak-banyaknya dan baca subhanallah wabihamdihi subhanallahil adzim
  5. Baca doa taubat

5. Solat Sunat Tasbih

image 52

6. Solat Sunat Witir

image 53

Untuk panduan lengkap solat sunat witir boleh ikuti perkongsian lengkap dari kami.

7. Baca Al-Quran

Bagi mereka yang membaca quran selepas solat sunat pada amalan qiamullail malam, ia akan mendapat pahala bahkan membacanya secara tersekat-sekat juga mendapat pahala.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Orang yang mahir membaca al-Quran, dia akan bersama para malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya tersekat-sekat kerana ada kesukaran dalam membacanya, maka dia akan mendapatkan dua pahala.”

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

8. Zikir

Untuk zikir, anda boleh menggunakan mana-mana zikir untuk jadikan sebagai amalan asalkan ia sememangnya sahih daripada nabi. Berikut adalah merupakan antara zikir yang anda boleh amalkan.

  • Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x. Diakhiri dengah tahmid, akan dicatatkan hapus dosa sebanyak buih di lautan.
  • Subhanallah Wabihamidihi, Subhanallahil Azim
image 55
Panduan Amalan Qiamullail Malam dan 10 Hari Terakhir Ramadan 12

Dengan mengikuti amalan-amalan qiamullail ini, semoga pengamal mendapat keberkatan hidup dan memperoleh pahala berlipat ganda. Untuk amalan qiamullail malam 10 hari terakhir, didoakan amalan pengguna diterima dan kena pada keberkatan malam lailatul qadar.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati