Temujanji Bank Rakyat kini sudah mencapai tahap kemodenan apabila anda tidak perlu lagi membuat temujanji secara manual. Sekarang sudah wujud satu platform yang membolehkan pelanggan membuat permohonan janji temu secara dalam talian.
Platform ini dilancarkan oleh Bank Rakyat sebagai langkah proaktif Bank untuk memberi
pengalaman pelanggan yang hebat (Great Customer Experience) serta sebagai kemudahan kepada pelanggan untuk membuat temu janji dan mengurangkan tempoh masa menunggu di premis bank.
e-Janji Temu Bank Rakyat : Cara Buat Temujanji Bank Rakyat Online
Isi Kandungan
- 1 e-Janji Temu Bank Rakyat : Cara Buat Temujanji Bank Rakyat Online
- 1.1 Apa itu e-Janji Temu Bank Rakyat?
- 1.2 Senarai Perkhidmatan yang Disediakan Oleh Bank Rakyat Melalui e-Janji Temu
- 1.3 Cara Buat Temujanji Bank Rakyat Online
- 1.4 Apa yang perlu dilakukan oleh pelanggan temujanji Bank Rakyat ketika hadir ke cawangan?
- 1.5 Waktu Operasi Bank Rakyat
- 1.6 No Telefon Bank Rakyat
- 1.7 Untuk pandangan dan pertanyaan
- 1.8 Waktu Operasi Khidmat Pelanggan:
- 2 Soalan FAQs Berkenaan Temujanji Bank Rakyat
Apa itu e-Janji Temu Bank Rakyat?
e-Janji Temu atau e-Appointment merupakan satu kaedah yang dikemaskini dan diperkenalkan oleh Bank Rakyat bagi memudahkan urusan pelanggan di setiap cawangan.
Platform ini dilancarkan oleh Bank Rakyat sebagai langkah proaktif Bank untuk memberi
pengalaman pelanggan yang hebat (Great Customer Experience).
Senarai Perkhidmatan yang Disediakan Oleh Bank Rakyat Melalui e-Janji Temu
Perkhidmatan yang ditawarkan dalam e-Janji Temu (eAppointment) adalah seperti berikut :
- Gadaian
- Tebus Gadai
- Pembukaan Akaun
- (Simpanan-i/Semasa-i/Deposit-i Berjangka/iRakyat/iBiz)
- Transaksi Deposit atau Pengeluaran
- Penghantaran Wang (IBG/Rentas/Kiriman Wang)
- Perkhidmatan Tabung Haji
Cara Buat Temujanji Bank Rakyat Online
Anda boleh membuat temu janji Bank Rakyat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my atau https://appointment.bankrakyat.com.my
- Klik janji temu baharu
- Pilih negeri dan perkhidmatan
- Pilih cawangan
- Pilih tarikh dan masa
- Isi maklumat peribadi dengan lengkap
- Sahkan maklumat
- Kemukakan bukti pengesahan janji temu atau nombor tempahan ketika hadir berurusan di cawangan (SMS atau e-mel yang diterima oleh pelanggan)
Apa yang perlu dilakukan oleh pelanggan temujanji Bank Rakyat ketika hadir ke cawangan?
- Pelanggan akan dimaklumkan melalui notifikasi permohonan untuk hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa janji temu yang ditetapkan.
- Selain itu, pelanggan juga dinasihatkan agar mematuhi saranan MKN dengan menjalani saringan suhu badan, pemakaian pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan menggunakan pensanitasi tangan.
- Pelanggan juga dikehendaki untuk mendaftar masuk (check-in) dengan mengimbas
kod QR yang tertera pada pintu masuk utama dengan menggunakan aplikasi
MySejahtera. - Pelanggan temujanji Bank Rakyat dikehendaki mendapatkan tiket nombor giliran di Sistem
Penggiliran (kiosk QMS) sebelum meneruskan transaksi di kaunter.
Waktu Operasi Bank Rakyat
Waktu urus niaga bagi cawangan yang hari rehat mingguan jatuh pada hari Ahad:
Isnin – Khamis
9.00 pagi – 5.00 petang
Jumaat
Semenanjung
9.00 pagi – 12.45 tengah hari
2.30 petang – 5.15 petang
Sabah/Sarawak
9.00 pagi – 12.00 tengah hari
1.45 tengah hari – 5.15 petang
Waktu urus niaga bagi cawangan yang hari rehat mingguan jatuh pada hari Jumaat:
Ahad – Rabu
9.00 pagi – 5.00 petang
Khamis
9.00 pagi – 4.30 petang
No Telefon Bank Rakyat
Untuk pandangan dan pertanyaan
Anda boleh menghubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat di Talian 24 Jam:
NO TEL | 1-300-80-5454 |
TALIAN ANTARABANGSA | 03-55269000 |
E-MEL | [email protected] |
Waktu Operasi Khidmat Pelanggan:
7:30 pagi hingga 9:30 malam | Talian dibuka untuk semua pertanyaan |
9:30 malam hingga 7:30 pagi | Talian dibuka terhad untuk menyemak status permohonan, urusan perbankan internet dan melaporkan kehilangan kad |
Anda juga boleh menyalurkan pandangan, pertanyaaan dan aduan secara bertulis dengan menggunakan borang yang disediakan di sini. Anda diminta menyediakan maklumat lengkap kerana ia akan membantu kami menyelesaikan setiap aduan secepat mungkin. Kami akan mengesahkan penerimaan setiap pandangan dalam tempoh 24 jam.
Soalan FAQs Berkenaan Temujanji Bank Rakyat
Adakah pelanggan dibenarkan untuk membatalkan tempahan janji temu?
Ya. Pembatalan tempahan janji temu boleh dibuat seperti berikut:
Melalui laman web Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my atau akses terus melalui https://appointment.bankrakyat.com.my.
Kemudian klik semak janji temu dan masukkan nombor tempahan janji temu (Booking Reference Number) dan klik batal.
Pukul berapa bank rakyat buka?
Bank rakyat mula beroperasi pada pukul 9.00 pagi dan tutup pada pukul 5.15 petang ( khamis hingga 4.30 petang sahaja)
Dimana lokasi bank rakyat?
Anda boleh melayari https://www.bankrakyat.com.my/c/mengenai/locator dan membuat carian lokasi bank rakyat berhampiran anda.
Apa no telefon bank rakyat?
Anda boleh menghubungi talian 1-300-80-5454 untuk apa-apa pertanyatan dan perkhidmatan.