Ultras Malaysia Jadi Tumpuan Dunia. Semalam telah berlangsung satu perlawanan AFF Mitsubishi 2022 di antara Malaysia dan Thailand yang begitu mendebarkan oleh seluruh rakyat Malaysia.Pertembungan antara pasukan Thailand menentang Malaysia pada pusingan timbang balik di Stadium Tamassat pada semalam yang bakal menentukan pasukan yang mara ke pentas akhir.
Perlawanan semalam yang sudah tentu menjadi begitu sengit kerana malam perlawanan di stadium adalah malam penentuan segala – segalanya. Oleh kerana itu, kesungguhan yang bakal dibawa oleh pemain termasuk lawan kepada Malaysia iaitu Thailand akan menonjolkan keghairahan mereka untuk merembat gol bahkan masing-masing ingin memenangi perlawanan pada malam ni.
Setelah tamat 90 minit perlawanan semalam keputusan 3-0 secara agregat 3-1 yang mana kemenangan itu berpihak kepada pasukan Thailand.
Tindakan Ultras Malaysia yang memberikan sorakan dokongan kepada pasukan Gajah Perang selepas aksi separuh akhir kedua Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 semalam telah mendapat perhatian daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Di samping itu, skuad Harimau Malaya tewas 0-3 sekaligus gagal mara ke final menerusi aggregat 1-3 namun ia tidak menghalang sekumpulan penyokong Malaysia yang dikenali sebagai Ultras Malaya (UM) untuk menyatakan tanda hormat kepada pemain Thailand.
Ultras Malaya melaungkan sorakan “Sawadikap..Sawadikap Thailand” ke atas pasukan Thailand itu selepas mereka berjaya lolos dan melangkah ke peringkat perlawanan akhir bertemu Vietnam.
FIFA menerusi kemaskini terbaru di laman twitternya(FIFA), sangat memuji akan semangat kesukanan penyokong Ultras Malaysia dan mengkhabarkan ia adalah pemandangan yang keindahan yang patut dan wujud dalam sukan bola sepak.
Perlawanan semalam yang begitu mendebarkan dan amatlah terindah bagi penyokong Ultras Malaya. Penyokong Malaysia menyatakan penghormatan kepada pemain Thailand selepas pasukan mereka tewas dalam Piala AFF,” tulis akaun twitter @FIFA.com.
Update tersebut mendapat lebih 4,000 ‘rt’ dan lebih 6,000 ‘like’ sehingga artikel ini ditulis
Ultras Malaysia Jadi Tumpuan Dunia
Isi Kandungan
Walaupun kecewa dan pulang hampa, barisan penyokong skuad Harimau Malaya yang hadir ke Stadium Thammasat untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Mitsubishi Elektrik 2022 tetap mencuri tumpuan.
Tidak kurang 300 penyokong Malaysia turut hadir memberikan sokongan kepada pasukan negara untuk perlawanan tersebut, dan kebanyakkan daripada mereka tiba di Pathum Thani sejak petang semalam menggunakan pengangkutan seperti bas dan keretapi.
Kesanggupan kumpulan penyokong yang ibarat ‘mesin ke-12’ wajar dipuji kerana sanggup berkorban masa dan wang ringgit, selain perlu merentasi perjalanan sejauh 1,500 km untuk ke venue perlawanan.
Sawadeekap Thailand
Walaupun pasukan negara tewas 3-1 secara agregat kepada Thailand dan gagal mara ke perlawanan akhir, ini tidak bermakna penyokong negara yang hadir ke Stadium Thammasat pulang begitu sahaja sambil memendam kekecewaan.
Sebaliknya mereka turut menunjukkan sifat fair-play dengan menyanyikan ‘chant’ Sawadeekap Thailand sebagai tanda hormat dan tahniah kepada skuad Gajah Perang.
Diiringi paluan gendang dan diketuai oleh Ultras Malaya, tidak kurang 300 penyokong pasukan negara bersorak dengan penuh bersemangat sebagai tanda penghargaan.
Tindakan mereka itu turut mendapat respon daripada kapten pasukan Thailand, Theeraton Bunmathan dan rakan sepasukan lain – yang berdiri menghadap kumpulan penyokong pasukan negara sambil bertepuk tangan sebagai tanda pernghargaan balas atas sokongan mereka.
Turut kelihatan bersama pemain Thailand adalah pengurus pasukan, Nualphan Lamsam atau turut dikenali sebagai Madam Phang.
Tarik perhatian FIFA
Video gelagat penyokong Malaysia yang memberi penghargaan kepada pemain Thailand turut mendapat perhatian badan bola sepak dunia, FIFA.
FIFA jelas tertarik dengan budaya bola sepak yang ditampilkan penyokong negara ke Thailand apabila turut berkongsi video tersebut melalui Twitter.
Turut disertakan melalui kapsyen itu adalah tanda pagar #FootballUnitesTheWorld yang membawa maksud bola sepak adalah pemangkin yang menyatukan dunia.
Di dalam bola sepak, perseteruan yang tegang di antara dua pasukan sering kali menghadirkan kekacauan sehingga menyebabkan keganasan di kalangan penyokong.
Tetapi Ultras Malaya dan penyokong Malaysia yang berkunjung ke Thailand berjaya menunjukkan contoh yang baik bagaimana bola sepak seharusnya diraikan walaupun pasukan yang disokong tewas.
Pengorbanan yang mereka lakukan ini jelas sangat berbaloi selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), telah pun tertarik akan satu video yang mempamerkan semangat kesukanan daripada penyokong skuad kebangsaan.
Menerusi Twitter rasmi FIFA, mereka telah pun memuji penyokong Harimau Malaya dengan menyifatkan ianya sebagai salah satu keindahan dalam dunia bola sepak.
“Perlawanan yang sangat indah, penyokong Malaysia menunjukkan tanda hormat mereka kepda pemain Thailand selepas tewas kepada mereka dalam saingan Piala AFF,” jelas kenyataan tersebut
Seperti diketahui ramai, penyokong skuad kebangsaan atau khususnya kepada Ultras Malaya menjadi antara tunjang utama kekuatan pasukan negara sejak saingan Piala AFF 2022 ini berlangsung.
Baca juga:
S€dih!Punca Kekalahan Harimau Malaya dengan skuad Thailand berpunca….
Kesungguhan Para Pemain Adalah Satu Kebanggaan
Walaupun skuad harimau Malaya tewas kepada gajah perang semalam di stadium taman sihat tapi kita dapat menguji kesungguhan dan semangat pemain Malaysia untuk bertarung atau melawan asakan yang bertubi-tubi ke gawang gol negara.
- Kesungguhan Para Pemain Adalah Perlu Dipuji
- Kesungguhan yang telah ditonjolkan oleh para pemain adalah satu pujian namun..
Malaysia gagal ke perlawanan akhir Piala AFF apabila tewas 3-0 kepada Thailand pada separuh akhir ke-2 menjadikan agreget perlawanan 3-1.
Permainan tanpa arah skuad Harimau Malaya dan tidak menampakan apakah strategi untuk menghadapi skuad gajah perang itu menjadi ‘curse’pada Malaysia.
Lebih malang lagi pemain Malaysia kerap terjatuh, tergelincir seolah-olah salah menggunakan ‘stud boot’.
Apapun skuad yang dipanggil ‘team B’ atau skuad kedua oleh netizen ini telah mencuba sehabis baik dan sehabis mungkin, inilah standard kualiti dan level yang mereka ada, kita kena terima seadanya keputusan rasmi ini, tanpa pemain utama khususnya dari pasukan JDT, kita sebenarnya jauh ke belakang berbanding Vietnam dan Thailand.
Itupun bukanlah skuad utama mereka yang gagal mengumpul ramai pemain utamanya, jika tidak mahu lagi sekali ganda bolosnya…
Apapun tahniah skuad Malaysia, inilah yang terbaik Kim Pan Gon dapat dari mereka.Kini semua pemain bolehlah berehat sebelum sepak mula Liga Malaysia bermula.
Tahukah Anda Malaysia Pernah Menang Menentang Thailand:
Kekalahan yang dialami pada malam ni adalah satu pengalaman dan pengajaran buat skuad Harimau Malaya agar dikemudian hari persembahan perlawanan yang ditonjolkan dengan begitu baik. Pada skuad kali ni 70% yang diturunkan di padan adalah muka baru. Oleh kerana itu, kemahuan dalam mencari keserasian dalam masa 3 minggu ia adalah agak begitu sukar sedikit lagi-lagi pemain yang telah masuk pada first cap untuk negara bersama dengan player yang masih muda lagi.
Kemenangan berharga itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon menempah aksi final bertemu Tajikistan yang melakar kejutan menundukkan Trinidad & Tobago, dalam satu lagi aksi sebelum perlawanan ini berlangsung.
Semoga Team Harimau Malaya Akan Bangkit Di Piala Asia Nanti
Diharapkan dengan kekalahan Malaysia vs Thailand Piala AFF 2022 kali ini Team Malaysia nanti akan kuat dan hebat dengan kehadiran pemain-pemain dan menjadi skuad terbaik asean.