Bila sakit kepala datang menyerang, perkara awal yang terlintas di fikiran adalah bagaimana cara hilangkan sakit kepala? Sakit kepala bukanlah perkara yang boleh ditahan tanpa membuat apa-apa tindakan, kadang ia mengganggu aktiviti harian kita.
Tahukah anda di Malaysia terdapat lebih dari 53% penderita sakit kepala bergantung pada ubat penahan sakit. Kajian menunjukkan bahawa 2% pesakit migrain mengalami migrain kronik. Statistik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan juga menunjukkan bahawa penyakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua menjelang 2020.
Apa yang menarik dalam perkongsian kali ini adalah bagaimana cara untuk kita hilangkan sakit kepala dan anda dapat kenalpasti jenis sakit kepala dan apa puncanya. Jom baca!
Sakit Kepala yang Berpanjangan Pembunuh Dalam Diam
Apakah itu Sakit Kepala?
Sakit kepala adalah kesakitan di bahagian kepala atau leher dan dapat disebabkan oleh berbagai penyebab. Sakit kepala seringkali tidak menggambarkan sesuatu perkara yang serius tetapi ia dapat mengganggu aktiviti harian kita, Admin yakin kita semua pernah mengalami sakit kepala di dalam kehidupan kita dan mungkin ada antara kita yang masih lagi sakit kepala dan belum berjumpa rawatan yang tepat.
Sakit kepala yang berbahaya
Dalam perubatan terdapat lebih 200 jenis sakit kepala dan apakah sakit kepala yang bahaya yang perlu mendapat rawatan segera. Apabila seseorang mendapat sakit kepala yang teramat sangat dalam satu tempoh yang sangat cepat sehingga menyebabkan hilang kesedaran diri, sawan ataupun hilang fungsi setengah badan.
Maka itu adalah sejenis sakit kepala yang sangat bahaya. Sekiranya jiran anda atau orang sekeliling anda memiliki tanda tersebut, tak perlu fikir panjang terus bawa ke hospital dengan segera.
Mungkin terdapat saluran darah tekan bahagian ini lalu pecah di dalam otak, sebagaimana yang telah viral pada tahun 2022 mengenai kisah seorang pelajar di sebuah Universiti awam di kedah telah disahkan meninggal dunia dipercayai akibat berlakunya pendarahan pada bahagian otak.
Kenali Jenis Sakit Kepala Anda
Sakit kepala dapat memiliki berbagai jenis, jenis sakit kepala yang umum, antara lain:
Sakit Kepala Berdenyut
Sakit kepala berdenyut dekat sebelah kanan ataupun kiri kebiasaannya disebabkan oleh migrain.Sakit kepala migrain anda akan dapati rasa sakit dekat bahagian belakang mata, terdapat juga rasa loya, penglihatan kabur dan sebagainya, bila migrain, kita akan rasa sensitif terhadap bunyi bising dan cahaya yang terang.
Selalunya migrain ini ia akan berlanjutan selama 4jam ataupun 3 hari.
Sakit Kepala Pada Bahagian Belakang
Sakit kepala pada bahagian belakang kebiasaannya disebabkan oleh rabun ataupun masalah mata, sakit kepala jenis ini anda hanya perlu buat rawatan berjumpa dengan doktor.
Sakit Kepala Dibahagian Dahi
Sakit kepala di bahagian dahi hidung kebiasaannya disebabkan oleh resdung. Sakit kepala di bahagian dahi selalunya akan dirasa oleh orang yang ada resdung. Rasa sakitnya hanya di sekitar mata, tulang pipi kemudian pada dahi dan batang hidung.
Puncanya disebabkan oleh berlakunya rongga hidung tersumbat dan rasa sakit.
Sakit Kepala yang Mencengkam
Sakit kepala yang mencengkam kebiasaannya disebabkan oleh stress, overthinking atau tidak cukup rehat.
Sakit kepala jenis ini juga anda akan mendapati rasa sakit di bahagian depan kepala seperti kepala diikat, selalunya terjadi apabila kita terlalu stress, kurang air atau ada ketegangan otot. Sakit jenis ini akan baik dengan mengambil kita ubat tahan sakit.
Punca-punca Sakit Kepala
Terdapat pelbagai punca sakit kepala. Antaranya ialah seperti berikut.
- Kurang minum air putih
- Stress
- Terlebih tengok skrin telefon, televisyen ataupun laptop.
- Terlebih minum kopi
- Tidur lambat
Cara Hilangkan Sakit Kepala
Berikut adalah beberapa cara yang dapat membantu mengurangi atau menghilangkan sakit kepala:
- Minum air: Pastikan anda terhidrasi dengan baik kekurangan cairan dapat menyebabkan sakit kepala
- Rehat yang cukup : pastikan anda memiliki rehat yang cukup sekurangnya 8 jam, 6 jam atau sebaliknya
- Mengurut : Lakukan urutan ringan pada kepala leher dan bahu untuk mengurangi ketegangan otot yang dapat menyebabkan sakit kepala.
- Cahaya : Jauhi daripada cahaya yang terlalu terang terutama komputer, telefon yang dapat menjadi faktor sakit kepala.
Cara Hilangkan Sakit Kepala Secara Alami
Berikut terdapat 3 cara hilangkan sakit kepala:
- Tekan di bahagian ini, kemudian menunduk tahan selama 30 detik, ulangi 3 kali
- Tekan dibahagian ini. Lakukan gerakan memutar, urut perlahan. Lakukan minimal 30 detik dan ulangi 3 kali.
- Pijat bahagian ini. Tekan ke arah bawah. Gunakan massage oil atau lotion untuk hasil maksima
Untuk mengikuti cara hilangkan sakit kepala dengan jelas , boleh rujuk video lengkap dibawah:
@bayuivanders Sakit kepala adalah kondisi timbul rasa sakit dan tidak nyaman di kepala, kulit kepala, hingga leher. Berdasarkan penyebabnya dapat dikelompokkan menjadi dua jenis : 1. Primer , tidak memiliki penyebab lain / murni disebabkan oleh adanya masalah dengan struktur di kepala yang terlalu sensitif terhadap rasa sakit dan juga melibatkan pembuluh darah, otot, saraf kepala, serta leher.2. Sekunder , disebabkan oleh aktifnya saraf rasa sakit di bagian kepala dikarenakan adanya suatu penyakit lain
♬ The Banjo Beat, Pt. 1 – Remix – Dj Agos
Penting untuk diingat bahawa Setiap orang akan mendapati sakit kepala dan rawatan yang berbeza. Jika sakit kepala terus berlanjut atau Semakin teruk berjumpa dengan doktor adalah langkah yang bijaksana.