Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Tempah Temujanji Klinik Pergigian Kerajaan

Temujanji Klinik Pergigian

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa temujanji klinik pergigian kerajaan sekarang perlu ditempah dahulu. Sesetengah klinik pergigian kerajaan tidak akan membenarkan pesakit untuk masuk jika belum mendapatkan temujanji klinik terlebih dahulu.

Pelbagai kaedah untuk anda membuat tempahan temujanji klinik pergigian sebelum mendapatkan rawatan. Terdapat juga kaedah alternatif moden pada masa kini yang boleh membantu anda membuat tempahan temujanji klinik dengan mudah seperti menggunakan aplikasi Mysejahtera.

Berkenaan Tempahan Temujanji Klinik Pergigian Kerajaan

Cara Tempah Temujanji Klinik Pergigian Kerajaan Melalui MySejahtera

Temujanji Klinik Pergigian

Tahukah anda bahawa anda boleh menempah temujanji klinik pergigian kerajaan melalui aplikasi MySejahtera sahaja. Dengan kaedah ini anda tidak perlu lagi membuang masa untuk membuat tempahan temujanji klinik secara manual.

Di sini kami kongsikan cara untuk anda tempah temujanji klinik pergigian kerajaan melalui Mysejahtera :

  1. Buka aplikasi MySejahtera anda
  2. Klik pada “Appointments”
  3. Klik pada nama anda
  4. Tatal ke bawah dan klik pada “Dental Check Up”
  5. Pada butang carian, taipkan lokasi anda. Contohnya “Selangor”
  6. Pilih Klinik Gigi untuk tempahan klinik gigi anda
  7. Pilih tarikh temujanji. Anda akan dipaparkan sekiranya masih terdapat slot untuk tarikh tersebut

Senarai Caj Pergigian di Klinik Pergigian Kerajaan

Temujanji Klinik Pergigian
Cara Tempah Temujanji Klinik Pergigian Kerajaan 4

Caj untuk rawatan dan perkhidmatan pergigian tertakluk di dalam Jadual Fee. Walau bagaimanapun, caj-caj tersebut tidak meliputi:

  1. Kakitangan kerajaan, pesara kerajaan dan keluarga, serta orang kurang upaya (OKU)
  2. Pekerja dalam badan berkanun, individu yang ditetapkan oleh undang-undang serta keluarga dan tanggungannya.
  3. Individu yang diberi hak keistimewaan perubatan.

Berikut adalah merupakan jadual caj rawatan pergigian klinik kerajaan:

RawatanKelas PertamaKelas KeduaKelas KetigaPesakit Luar
Cabutan – sebatang gigiRM 15RM 6PercumaRM 1
Tampalan – sebatang gigiRM 20RM 8PercumaRM 2
Inlay (tidak termasuk harga logam)- sebatang gigiRM 40RM 16PercumaRM 3
Korona (tidak termasuk harga logam)- sebatang gigiRM 40RM 16PercumaRM 3
Penskaleran – setiap lawatanRM 40RM 16PercumaRM 2
Rawatan EndodontikRM 55RM 22PercumaRM 4
Pembuatan Dentur Penuh (tidak termasuk harga logam)
Bahagian AtasRM 100RM 50RM 25RM 50
Bahagian BawahRM 100RM 50RM 25RM 50
Pembuatan Dentur Separa Penuh (tidak termasuk harga logam)
Plat Atas/BawahRM 20RM 10RM 5RM 10
Untuk setiap gigi tambahan (RM 2), maksimum:RM 100RM 50RM 25RM 25
Pembaikan Dentur
Setiap Plat (tidak termasuk gigi)RM 5RM 3RM 1RM 2
Penggantian (sebatang gigi)RM 5RM 3RM 1RM 2
Aplians atau Obturator Pergigian
KecilRM 75RM 30RM 15RM 15
SederhanaRM 100RM 40RM 20RM 20
BesarRM 125RM 50RM 25RM 28
Aplians Ortodontik
Aplians TetapRM 500
Aplians Boleh TanggalMudah RM 100
Kompleks RM 200

Senarai Lokasi Klinik Pergigian Kerajaan Mengikut Negeri

Berikut adalah senarai klinik kesihatan pergigian di Malaysia mengikut negeri dan wilaya persekutuan:

1. Klinik Kesihatan Pergigian Negeri Johor

2. Klinik Kesihatan Pergigian Negeri Kedah

3. Klinik Kesihatan Pergigian Negeri Kelantan

4. Klinik Kesihatan Pergigian Negeri Melaka

5. Klinik Kesihatan Pergigian Negeri Sembilan

6. Klinik Kesihatan Pergigian Negeri Pahang

7. Klinik Kesihatan Pergigian Negeri Perak

8. Klinik Kesihatan Pergigian Negeri Perlis

9. Klinik Kesihatan Pergigian Negeri Pulau Pinang

10. Klinik Kesihatan Pergigian Negeri Sabah

11. Klinik Kesihatan Pergigian Negeri Sarawak

12. Klinik Kesihatan Pergigian Negeri Selangor

13. Klinik Kesihatan Pergigian Negeri Terengganu

14. Klinik Kesihatan Pergigian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

15. Klinik Kesihatan Pergigian Wilayah Persekutuan Putrajaya

16. Klinik Kesihatan Pergigian Wilayah Persekutuan Labuan

Soalan FAQs Berkenaan Temujanji Klinik Pergigian Kerajaan

Boleh ke walk in klinik gigi kerajaan?

Pada masa kini, sudah tidak boleh lagi untuk walk in ke klinik kerajaan kecuali untuk kes-kes kecemasan sahaja.

Bagaimana temujanji online klinik pergigian?

Anda boleh membuat temujanji online klinik pergigian melalui aplikasi Mysejahtera atau boleh melayari portal Bookdoc.

Berapa caj cabut gigi klinik kerajaan?

Harga caj cabutan gigi di klinik kerajaan bergantung kepada kelas pesakit iaitu caj untuk kelas pertama ialah RM16 sebatang gigi, caj untuk kelas kedua ialah RM6 dan untuk kelas ketiga tiada sebarang caj dikenakan. Manakala untuk pesakit luar pula caj yang dikenakan adalah sebanyak RM1 sahaja.

Adakah boleh mohon MC klinik kerajaan?

Ya, anda boleh memohon MC di klinik kerajaan melalui doktor disana.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati