Adakah anda pernah merasa keliru untuk membuat sesuatu pilihan? Solat istikharah adalah jalan penyelesaiannya. Apabila hati tidak keruan dan berbolak-balik untuk membuat sesuatu pilihan, kita semua disarankan agar melaksanakan solat istikharah. Kita hendaklah menyerahkan diri kepada Allah swt untuk memberikan ilham dan petunjuk. Begitu juga tentang soal cinta, jodoh, cerai atau kerja sekalipun, kita semua digalakkan untuk solat istikharah agar mendapat petunjuk dari Allah swt. Artikel kali ini akan menerangkan cara mendirikan solat istikharah untuk jodoh atau pasangan hidup, dan doa solat istikharah jodoh.
Apa itu Solat Istikharah?
Isi Kandungan
Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya. Dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah SAW pernah mengajar cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting. Rasulullah menyatakan:
“Apabila kamu merancang sesuatu perkara, maka dia melakukan solat sunat dua rakaat”. (Hadis Bukhari)
Solat istikharah dilakukan bukan untuk pemilihan jodoh dan pasangan hidup sahaja, tetapi ia juga dilakukan untuk memohon petunjuk hal-hal berkaitan perkara-perkara yang lain seperti pekerjaan, dan hal-hal lain.
Cara Mendirikan Solat Istikharah
Jika anda berhajat mendirikan solat istikharah untuk jodoh, rukun dan tatertib solat adalah sama macam solat sunat lain. Bacaan dalam solat ini tidaklah ditentukan. Oleh itu, bolehlah dibaca mana-mana surah yang disukai. Anda digalakkan menambah bacaan pada sujud terakhir solat istikharah anda. Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk mengerjakannya:
Rakaat Pertama |
1. Niat terlebih dahulu dan disusuli dengan takbiratul ihram. 2. Mulakan dengan bacaan doa iftitah. 3. Seterusnya bacaan al-Fatihah. 4. Diteruskan lagi dengan membaca surah al-Kafirun. 5. Teruskan dengan lakukan seperti solat biasa. |
Rakaat Kedua |
1. Mula dengan lafaz takbir intiqalat. 2. Teruskan dengan membaca surah al-Fatihah. 3. Diteruskan lagi dengan membaca surah an-Nas. 4. Teruskan lakukan seperti solat biasa hingga sujud terakhir. |
5. Semasa sujud akhir (sebelum bangun untuk tahiyat), ucapkanlah bacaan pada sujud akhir sebanyak 40 kali. |
6. Memberi salam 7. Teruskan dengan berdoa dengan sepenuh hati meminta petunjuk jodoh yang diminta. |
Bacaan dalam sujud solat istikharah (40x):
Doa Solat Istikharah Jodoh
Jika anda berhajat untuk memilih jodoh atau memilih pasangan hidup, anda memboleh mencuba doa berikut untuk dibaca selepas anda menunaikan solat istikharah. Anda boleh menambah tempat kosong dengan nama khusus seseorang yang ingin doakan itu. Doa boleh dibaca dalam bahasa Arab atau terjemahan Bahasa Melayu sepertimana berikut:
“Ya Allah, aku memohon agar Engkau memilihkan mana yang baik pada ilmu Engkau ya Allah. Aku memohon agar Engkau memberikan kepastian melalui ketentuanMu dan aku memohon limpahan Engkau Yang Maha Agung, kerana sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa, walhal aku tidak tahu dan Engkaulah Yang Amat Maha Mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.” “Ya Allah, dalam urusan memilih jodoh ini, sekiranya aku memilih __________ sebagai pasangan hidupku itu baik bagiku, baik bagi agamaku, dan baik bagi hidupku, maka mudahkanlah ia bagiku, kemudian berikanlah keberkatan didalamnya untukku.” “Ya Allah, sesungguhnya dalam urusan memilih jodoh ini, sekiranya aku memilih _________ sebagai pasangan hidupku itu tidak baik bagiku, tidak baik bagi agamaku, tidak baik untuk penghidupanku, dan juga tidak baik akibatnya bagiku, maka jauhkanlah hal ini daripadaku, dan jauhkanlah aku daripadanya. |
Tanda-tanda Jawapan Solat Istikharah Jodoh
Hukum solat Istikharah adalah sunat, tetapi ia amat digalakkan sewaktu kita berasa berat hati atau keliru untuk membuat keputusan. Sama juga ketika mencari seorang calon suami atau isteri, Istikharah boleh dibuat agar Allah swt memudahkan usaha yang kita lakukan. Jika anda tertanya-tanya jawapan kepada solat istikharah jodoh anda, mungkin anda mengalami beberapa tanda berikut:
1. Mendapat mimpi Mimpi adalah salah satu petunjuk daripada Allah swt. Walau bagaimanapun, ia boleh jadi mainan syaitan. Jadi sebaiknya, tunaikanlah istikharah secara istiqamah agar petunjuk itu lebih jelas. |
2. Gerak hati terhadap sesuatu Satu lagi tanda Istikharah adalah melalui gerak hati atau naluri terhadap sesuatu mahupun seseorang. Gerak hati anda tertarik kepada seseorang dan seperti ada tarikan yang memanggil kita untuk menyapa seseorang itu. Jika anda was-was, teruskan solat istikharah. |
3. Dipermudahkan urusan yang baik Urusan kita dengan seseorang menjadi mudah dan lancar. Hal ini bertujuan untuk meminta panduan daripada Allah agar diberikan seorang calon yang beriman dan didekatkan jodoh itu dengan kita. Jika anda masih ragu, teruskan solat istikharah. |
Soalan FAQs Berkenaan Solat Istikharah
Apakah tujuan solat istikharah?
Mendapatkan petunjuk untuk membuat pilihan yang tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya.
Apakah solat istikharah untuk jodoh?
Hukumnya harus.