Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Wow! 6 Panduan Menggunakan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Gabung untuk Kegunaan Guru Kelas Pasti Happy

Panduan Menggunakan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Gabung untuk Kegunaan Guru Kelas
Panduan Menggunakan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Gabung untuk Kegunaan Guru Kelas

Panduan Menggunakan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Gabung untuk Kegunaan Guru Kelas. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terkini daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan Templat Pelaporan Gabungan 2018 untuk kegunaan guru kelas.

Templat Pelaporan Gabungan 2018 adalah khusus untuk kegunaan guru kelas atau guru tingkatan bagi pelaporan Tahap Penguasaan (TP) dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang baru dikeluarkan pada tahun 2018.

Templat ini mengandungi semua mata pelajaran yang diambil oleh murid dalam sesuatu kelas atau tingkatan. Ia membantu guru kelas dalam membuat pelaporan kepada semua pihak yang berkepentingan seperti pentadbir, ibu bapa, PPD dan juga JPN apabila diperlukan.

Selain itu templat gabungan ini membantu memudahkan pengurusan rekod perkembangan pembelajaran murid dengan hanya satu pelaporan mewakili semua mata pelajaran. Sehubungan itu juga memberi kemudahan untuk proses cetakan dan tidak membebankan pihak sekolah dengan membantu dari segi penjimatan kos kertas dan sebagainya.

Panduan Menggunakan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Gabung untuk Kegunaan Guru Kelas
Panduan Menggunakan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Gabung untuk Kegunaan Guru Kelas

Panduan Menggunakan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Gabung untuk Kegunaan Guru Kelas

Panduan Menggunakan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Gabung untuk Kegunaan Guru Kelas
Panduan Menggunakan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Gabung untuk Kegunaan Guru Kelas

Templat Pelaporan Gabungan 2018 mengandungi lima halaman (sheet tab) iaitu :

  1. HALAMAN
  2. PANDUAN
  3. REKOD PRESTASI MURID
  4. LAPORAN MURID
  5. DATA PERNYATAAN
  6. GRAF PELAPORAN

Berikut adalah penerangan bagi setiap halaman PBD:-

1. PANDUAN

Panduan menggunakan templat pelaporan pentaksiran bilik darjah (Pbd) Gabung untuk kegunaan guru kelas mengandungi maklumat berkaitan panduan penggunaan Templat Pelaporan Gabungan 2018 bagi kegunaan guru kelas.

2. REKOD PRESTASI MURID

Guru kelas perlu melengkapkan maklumat yang berkaitan seperti:

  1. SEKOLAH : -Nama Sekolah
  2. ALAMAT : – Alamat Sekolah
  3. PELAPORAN: – Pentaksiran Pertengahan tahun / Pentaksiran Akhir Tahun
  4. NAMA GURU: – Nama Guru Kelas
  5. KELAS/TINGKATAN: – Nama Kelas
  6. NAMA GURU BESAR/ PENGETUA: – Nama Guru Besar/ Pengetua
  7. MP1 – MP16 : Menentukan nama mata pelajaran bagi kelas masing-masing dengan membuat pilihan dari senarai yang telah disediakan pada sel berkenaan.
  8. TAHAP PENGUASAAN: Melengkapkan TP Keseluruhan pada setiap mata pelajaran dengan merujuk TP Keseluruhan dari setiap mata pelajaran yang diperolehi dari setiap guru mata pelajaran.

3. LAPORAN MURID

Guru Kelas boleh mencetak laporan setiap murid dengan merujuk kepada senarai nama murid yang dipilih dari senarai yang disediakan. Panduan menggunakan templat pelaporan pentaksiran bilik darjah (Pbd) Gabung untuk kegunaan guru kelas memerlukan ulasan tambahan boleh ditulis pada templat atau secara manual jika ada. Ulasan tambahan tidak dijana secara automatik.

4. DATA PERNYATAAN

Halaman ini memaparkan semua tafsiran Tahap Penguasaan Keseluruhan bagi semua mata pelajaran yang berkaitan untuk panduan menggunakan templat pelaporan pentaksiran bilik darjah (Pbd) Gabung untuk kegunaan guru kelas.

5. GRAF PELAPORAN

Memaparkan graf analisis kepada Tahap Penguasaan Keseluruhan bagi semua murid dalam kelas berkenaan. Tujuan analisis adalah untuk melihat secara keseluruhan tahap perkembangan pembelajaran murid bagi sesuatu kelas.

 CIRI-CIRI TEMPLAT

Templat Pelaporan Gabungan 2018 memberikan ciri-ciri tambahan yang baru untuk memudahkan guru merekodkan dan menguruskan pelaporan Tahap Penguasaan Keseluruhan murid bagi sesuatu kelas.

  1. Penentuan Mata Pelajaran : Guru Kelas boleh menentukan sendiri aturan mata pelajaran yang terlibat bagi kelas masing-masing tanpa melibatkan mata pelajaran lain yang tidak berkaitan. Senarai mata pelajaran telah disediakan untuk pilihan serta memberikan petunjuk jika mata pelajaran yang sama telah dipilih (warna merah).
  2. Lajur dan Baris : Lajur (column) dan baris (row) yang boleh disesuaikan dengan keperluan guru iaitu boleh ditutup (hide) dan saiz kelebaran serta ketinggian juga boleh diubah.
  3. Format Sel : Format sel juga boleh diubah jika perlu seperti saiz, jenis dan warna tulisan (font) mengikut keperluan jika ada. Antara keperluan lain kepada ciri-ciri ini adalah untuk pengurusan cetakan yang lebih mesra pengguna.

Setakat ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia hanya menyediakan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Gabung untuk kegunaan Guru Kelas bagi :

  1. Tahun 1 (KSSR Semakan 2017)
  2. Tingkatan 2 (KSSM)

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun templat ini pada link yang telah disediakan di bawah.

Dapatkan “Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Gabung untuk Kegunaan Guru Kelas” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘XLXS’ dan ‘PDF’

Download : Manual Pengguna Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Gabung untuk Kegunaan Guru Kelas

KEMAS KINI TERAKHIR: 03 MAC 2019
SUMBER : BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Penutup

Templat Pelaporan Gabungan 2018 ini boleh digunakan kepada semua kelas dan tingkatan. Guru Kelas perlu memastikan templat yang digunakan adalah mengikut Tahun/Tingkatan yang betul kerana setiap Tahun/Tingkatan akan memberikan tafsiran Tahap Penguasaan yang berbeza bagi sesetengah mata pelajaran mengikut DSKP masing-masing.

Semoga perkongsian Panduan Menggunakan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Gabung untuk Kegunaan Guru Kelas ini memberikan informasi dan manfaat berguna kepada anda semua khususnya kepada guru-guru kelas dalam menyediakan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah bagi Peperiksaan Pertengahan/Akhir Tahun yang bakal menjelang tidak lama lagi. Sekian daripada kami. Teruskan menyokong kami dengan menyertai Telegram Channel kami di t.me/sistemguruonline.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati