Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

JAWATAN GURU GRED DG41 DIBAWAH SPP l MOHON JAWATAN GURU DI MYSPP SEGERA SEBELUM 27 MEI 2022

GURU GRED DG41
GURU GRED DG41

TERKINI PELUANG KERAJAYA: TERBUKA JAWATAN GURU GRED DG41 DIBAWAH SPP l MOHON JAWATAN GURU DI MYSPP SEGERA SEBELUM 27 MEI 2022. Pengumuman terbaru oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mengenai pembukaan jawatan guru gred DG41 terbuka kepada rakyat Malaysia. Menjadi guru merupakan karier idaman setiap mereka yang mengimpikan dan bercita-cita menjadi guru.Oleh demikian itu, dengan pengumuman terbaru oleh pihak SPP akan memberi peluang dan ruang untuk anda mencuba nasib sebagai guru untuk mendidik anak bangsa negara Malaysia.

Ayuh mohon segera jawatan guru gred DG 41 sebelum tarikh penutupan permohonan guru di portal MYSPP. Anda dialu-alukan merujuk maklumat lebih lanjut mengenai jawatan guru gred 41 yang baru sahaja dibuka dibawah.

JAWATAN GURU GRED DG41 DIBAWAH SPP l MOHON JAWATAN GURU DI MYSPP SEGERA SEBELUM 27 MEI 2022

Apakah Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan Guru DG41 SPP 2022?

Hebahan jawatan kosong guru telah dikongsikan di portal oleh pihak SPP. Pihak SPP mengalu-alukan kepada para Graduan Pendidikan yang telah habis pengajian dan memperolehi Keputusan Senat Universiti untuk membuat permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pihak SPP juga telah menggariskan permohonan menjadi guru di bawah pengurusan SPP, Pihak SPP telah menegaskan bahawa kepada mereka yang berminat menjadi guru hendaklah meneliti faham akan syarat-syarat lantikan di SINI sebelum membuat permohonan dan kemas kini permohonan.

Terdapat beberapa syarat dalam membuat permohonan guru yang baru diumumkan, berikut merupakan antara syarat yang tidak dibenarkan membuat permohonan bagi graduan pendidikan yang seperti berikut:

  1. Pelajar Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia;
  2. Guru Interim;
  3. Guru Kontrak (Lantikan SPP);
  4.  Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam;
  5.  Seorang bankrap; dan
  6.  Telah tamat pengajian tetapi belum memperolehi keputusan Senat Universiti.

Bagi membuat permohonan jawatan guru gred DG41, anda boleh merujuk maklumat yang dilampirkan dibawah. Sila ikuti “Cara Membuat Permohonan Jawatan Guru Gred DG41 SPP Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.”

Cara Membuat Permohonan Jawatan Guru Gred DG41 SPP Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Bagaimanakah Cara Untuk Memohon Jawatan Guru Gred 41?

Kepada calon guru yang berminat, anda boleh membuat permohonan segera secara atas talian sebelum tarikh tutup permohonan iaitu pada 27 Mei 2022. Permohonan boleh dibuat dengan melayari ke portal rasmi MYSPP : https://myspp.spp.gov.my/

GURU GRED DG41
GURU GRED DG41

Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat permohonan jawatan guru gred DG41 :

  1. Sila layari ke laman web rasmi mySPP : https://myspp.spp.gov.my/myspp/login.jsp
  2. Klik pada ‘Daftar Akaun Baharu’ bagi mereka yang berdaftar buat pertama kali dan anda akan diminta untuk melengkapkan beberapa butiran, bagi mereka yang sudah mendaftar sebelum ini anda boleh terus “log masuk” ke halaman MYSPP anda.
  3. Bagi pendaftar baharu anda akan diminta untuk melengkapkan beberapa butiran diri dan akademik. Bagi mereka yang sudah berdaftar sebelum ini ,anda boleh mengemaskini maklumat diri dan akademik sebelum membuat permohonan.
  4. Untuk membuat permohonan,lihat pada menu dan pilih ” JAWATAN DIMOHON”
  5. Peringatan, Calon hanya boleh memohon maksimum 3 jawatan SPP sahaja. Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’.
  6. Sila pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan dan pastikan tempat untuk temuduga dan ujian khas adalah berdekatan anda untuk memudahkan urusan kelak.
  7. Sekiranya permohonan yang dibuat telah selesai, anda boleh klik pada butang “HANTAR”.
  8. Silap simpan slip Akuan Pendaftaran anda,ia akan dipaparkan dan ia juga boleh dicetak sebagai rujukan dalam permohonan jawatan guru gred DG41.

Untuk maklumat lanjut,persoalan dan rujukan,anda boleh terus layari kemudahan yang SPP sediakan ke:

HUBUNGI PIHAK SPP

Semoga Urusan Permohonan Guru Anda Dipermudahkan Dan Peroleh Kejayaan

Kepada mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, anda bolehlah membuat permohonan terus di portal rasmi Pihak SPP sementara jawatan masih dibuka sehingga 27 MEI 2022. Jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi guru gred DG41 dan menjadi sebahagian penjawat awam yang berkhidmat untuk rakyat Malaysia.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati