Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Resepi Burasak dan Serunding Kelapa Juadah Hari Raya Orang Bugis yang Sangat Enak

burasak
Resepi Burasak dan Serunding Kelapa Juadah Hari Raya Orang Bugis yang Sangat Enak 7

Resepi burasak adalah salah satu resepi makanan tradisional kaum Bugis yang terdapat di Sabah, Sarawak malah di Semenanjung seperti Johor dan Terengganu. Ia bukan sahaja digemari oleh kaum Bugis, burasak juga digemari oleh kaum–kaum lain.  Ini kerana keunikkan rasa burasak dan kombinasi lauk-pauk yang dihidangkan bersama mampu membuatkan sesiapa sahaja yang merasainya terus menggemarinya.

Burasak juga merupakan makanan tradisional yang biasanya dimasak ketika menyambut hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya AidilAdha. Burasak dihidang bersama asam pedas ikan parang dan serunding kelapa. Burasak tidak jauh beza seperti ketupat dan lontong, tetapi rasanya lebih berlemak kerana campuran santan yang ada di dalam burasak. Artikel ini menerangkan resepi burasak dan serunding kelapa untuk juadah hari raya nanti.

Resepi Burasak dan Serunding Hari Raya

Resepi Burasak

Sajian ini dihasilkan dari beras yang dimasak bersama santan, kemudian dibungkus dengan daun pisang sebelum direbus. Tidak lengkap sesebuah perayaan atau majlis istimewa tanpa terhidangnya burasak atau turut dikenali sebagai “Buras”. Tempoh untuk menyediakan burasak ini juga mengambil masa yang lama iaitu 8 jam, namun prosesnya tidak merumitkan. Sekali pandang ia seperti ketupat tetapi sajian ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan rasanya juga sangat sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi burasak:

  • Beras
  • Santan
  • Air
  • Garam
  • Daun pisang – potong saiz kertas A4
  • Daun pisang bersaiz besar
  • Tali untuk mengikat
Slide5 1
Resepi Burasak dan Serunding Kelapa Juadah Hari Raya Orang Bugis yang Sangat Enak 8

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Basuh beras, kemudian satukan bersama santan, air dan garam seakan memasak nasi lemak. Tanak sehingga nasi hampir masak.
  2. Bungkus nasi yang dimasak tadi menggunakan daun pisang. Lipat nasi seperti melipat kuih lepat pisang, urut-urut atas bungkusan supaya leper dan padat. Pastikan tidak terlalu nipis ataupun terlalu tebal.
  3. Ambil 6 keping bungkusan burasak. Bungkus sekali lagi menjadi bungkusan besar menggunakan daun pisang.
  4. Ikat dengan kemas.
  5. Untuk memasaknya, rebus bungkusan burasak tadi selama 8 jam.
  6. Selepas 8 jam, angkat dan sejukkan, burasak enak dimakan bersama serunding kelapa dan asam pedas ikan parang atau Bejabuk.
Slide2 1
Resepi Burasak dan Serunding Kelapa Juadah Hari Raya Orang Bugis yang Sangat Enak 9
Slide3 1
Resepi Burasak dan Serunding Kelapa Juadah Hari Raya Orang Bugis yang Sangat Enak 10

Kredit: Siti Nor Farahin

Resepi Serunding Kelapa

Serunding kelapa adalah antara makanan orang Jawa. Serundeng, serondeng atau serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Dikatakan burasak adalah sangat lazat apabila dimakan bersama serunding kelapa. Berikut merupakan resepi serunding kelapa yang ringkas.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi serunding kelapa:

  • Bahan-bahan:
  • 5 biji kelapa parut
  • 5 sudu besar rempah kari
  • 2 sudu besar pati asam jawa
  • 10 sudu besar gula pasir
  • Garam/ perasa pilihan secukupnya
  • Bahan kisar: 
  • 10 ulas bawang putih
  • 20 biji bawang merah
  • 1 cawan udang kering – rendam hingga lembut – toskan airnya (pilihan)
  • 5 sudu besar ketumbar biji
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 6 cm halia
  • 6 cm kunyit hidup
  • 2 cm lengkuas
  • 5 batang serai dihiris halus
  • 3 batang serai diketuk
Slide4 1
Resepi Burasak dan Serunding Kelapa Juadah Hari Raya Orang Bugis yang Sangat Enak 11

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Gaul kesemua bahan di atas hingga sebati.
  2. Letakkan serai ketuk di atas serunding kelapa. Gunakan api kecil.
  3. Tutup periuk dan perap selama 4 hingga 5 jam.
  4. Masukkan di dalam kuali dan goreng tanpa minyak sehingga kelapa menjadi ringan dan kering.
  5. Keluarkan serai, dan biarkan seruding kelapa menjadi sejuk sebelum disimpan atau dimakan.
Slide1 1
Resepi Burasak dan Serunding Kelapa Juadah Hari Raya Orang Bugis yang Sangat Enak 12

Klip video berikut merupakan cara-cara memasak burasak masakan Bugis yang anda boleh cuba dan rujuk sempena hari raya nanti. Selamat mencuba.

Soalan FAQs Berkenaan Resepi Burasak

Berapa jam burasak perlu dimasak sebelum boleh dijamu?

8 jam

Apakah makanan yang enak dimakan bersama burasak?

Serunding kelapa, dan lauk masak asam pedas ikan parang.

Apakah rempah ratus yang digunakan untuk memasak serunding kelapa?

ketumbar biji, jintan putih, jintan manis, kunyit hidup

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati