Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kalendar Cuti Raya Aidilfitri 2024, Cuti Tambahan KPM 2024 dan Tarikh Bayaran Gaji Raya 2024

Kalendar Cuti Raya Aidilfitri 2024, Cuti Tambahan KPM 2024 dan Tarikh Bayaran Gaji Raya 2024

Buat masa ini Malaysia telah memasuki bulan Ramadan 2024. Tidak lama lagi cuti raya Aidilfitri 2024 pula yang akan tiba. Ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh hari raya yang sebenar dan apakah ada kalendar cuti raya aidilfitri 2024 untuk dijadikan rujukan mudah?

Pihak Sistem Guru Online amat cakna berkenaan takwim negara Malaysia, malah kami juga memberikan informasi pantas untuk rakyat Malaysia dengan harapan dapat memberi manfaat dan kebaikan bersama. Dibawah kami kongsikan kalendar raya aidilfitri 2024.

Kalendar Cuti Raya Aidilfitri 2024

Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2024 Malaysia

Untuk penetapan hari raya aidilfitri 2024 adalah kita perlu menanti hebahan rasmi berkenaan tarikh hari raya aidilfitri 1445 hijrah / 2024 masihi yang akan dibuat pengumuman oleh penyimpan cop mohor besar raja-raja Melayu. Kebiasaannya beliau akan membuat pengumuman melalui siaran televisyen nasional ketika antara jam 8 malam.

Penentuan hari raya aidilfitri ini juga ditetapkan berdasarkan pemerhatian ahli falak dengan melihat langit melalui beberapa kaedah bagi membuat dan mengesahkan penampakan anak bulan yang menandakan masuknya hari raya aidilfitri 2024 secara rasmi.

Berikut adalah merupakan tarikh hari raya aidilfitri 2024 mengikut perkiraan dalam kalendar tahun 2024:

TAHUNTARIKHHARICUTINEGERI
202410 APRILRABUHARI RAYA AIDILFITRISEMUA NEGERI
202411 APRILKHAMISHARI RAYA KE-2SEMUA NEGERI

Kalendar Cuti Raya Aidilfitri 2024 Umum

april 2024

Telah dipastikan bahawa cuti raya aidilfitri 2024 adalah pada 10 April 2024 dan 11 April 2024 sebagai cuti kelepasan am di Malaysia. Rakyat Malaysia akan bercuti selama dua hari untuk cuti raya aidilfitri 2024.

Makluman terkini akan dikemaskini dalam masa terdekat sementara senarai cuti untuk bulan april 2014 turut disertakan:

  • 10 April : Hari Raya Aidilfitri (Semua Negeri).
  • 11 April : Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua (Semua Negeri)
  • 15 April : Hari Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka
  • 26 April : Hari Keputeraan Sultan Terenggan (Terengganu sahaja)

Disamping itu, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan April 2024 mengikut kalendar. Namun tarikh sebenar tertakluk kepada pengesahan pihak agama, bagi maklumat terkini mengenai tarikh cuti akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Kalendar Cuti Raya Aidilfitri 2024 Sekolah

Berdasarkan kalendar akademik KPM 2024/2025, cuti sekolah ditetapkan mengikut kumpulan A dan kumpulan B. Setiap kumpulan akan dbierikan cuti selama 9 hari berdasarkan hari hujung minggu, cuti raya KPM dan tambahan KPM.

image 46
Kalendar Cuti Raya Aidilfitri 2024, Cuti Tambahan KPM 2024 dan Tarikh Bayaran Gaji Raya 2024 4

Para ibu bapa boleh melihatkan sendiri kalendar 2024 yang disusun berdasarkan cuti tambahan sekolah KPM. KPM beri cuti tambahan berdasarkan kesesuaian untuk kedua-dua kumpulan bagi memudahkan urusan semua rakyat Malaysia.

Tarikh Bayaran Gaji Raya 2024

Seperti kebiasaan tahun-tahun sebelum ini, kerajaan Malaysia akan membuat penyusunan berkenaan bayaran gaji kepada penjawat awam mengikut keadaan dan semasa yang dilihat penting dan bertepatan dengan keperluan semasa.

image 47
Kalendar Cuti Raya Aidilfitri 2024, Cuti Tambahan KPM 2024 dan Tarikh Bayaran Gaji Raya 2024 5

Sebelum ini, kerajaan akan mempercepatkan bayaran gaji bagi memudahkan urusan persediaan raya kepada para penjawat awam untuk memastikan kerancakan sambutan hari raya. Walaubagaimanapun, untuk raya aidilfitri 2024 dilihatkan bahawa bayaran gaji bulan April iaitu bulah hari raya adalah dibayar pada 25 April 2024.

Mungkin faktor tarikh raya yang dianggap sebagai awal bulan tidak membenarkan tarikh bayaran gaji penjawat awam dipercepatkan. Untuk itu, penjawat awam boleh membuat persediaan berdasarkan bayaran gaji bulan 3 yang dibayar pada 25 Mac 2024.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati