Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Guru Ini Mengajar 4 Cara Menyimpan Wang Dengan Betul Dan Selamat! Jom Menyimpan Wang dengan Effective

cara simpan wang dengan betul2

Guru Ini Mengajar Cara Menyimpan Wang Dengan Betul Dan Selamat!! l Jom Menyimpan Wang. kita semua tahu menyimpan wang adalah merupakan suatu perkara yang amat penting dalam kehidupan. Simpanan juga amat penting untuk masa depan dan kecemasan. Kita tidak tahu bilakah masa kita perlukan wang kecemasan tersebut.

Guru Ini Mengajar Cara Menyimpan Wang Dengan Betul Dan Selamat!! l Jom Menyimpan Wang

Apakah Cara Yang Terbaik Untuk menyimpan wang?

Terdapat banyak cara menyimpan wang. Berikut adalah cara yang dikongsi guru ini :

1. Cara Paksa Rela :

Cara Menyimpan Wang
Cara Menyimpan Wang

Cara ini merujuk kepada kaedah simpanan dimana anda menggunakan akaun alternatif sebagai tabung untuk membuat simpanan. Caranya adalah anda memasukkan sejumlah wang secara tetap kedalam akaun tersebut.

Jika anda mempunyai lebih dari satu akaun, anda boleh menggunakan akaun yang kurang digunakan untuk dijadikan sebagai akaun simpanan paksa rela. Tapi sekiranya anda tidak mempunyai akaun lain anda disarankan untuk membuka akaun baru untuk dijadikan akaun simpanan paksa rela.

4e90e071 0fd5 417a bf52 b8bd0859834a 6
Cara Menyimpan Wang

Cara alternatif adalah dengan membuka tiga akaun bank yang belbagai. Tugas kita hanya perlu pilih satu antara tiga bank ini untuk dijadikan sebagai akaun simpanan tetap.

Namun, kad ATM tersebut perlu diletakkan ditempat yang sukar untuk digapai dan tersorok. Ini kerana bertujuan untuk mengekang nafsu kita daripada menjumpainya. Sekiranya anda belum mempunyai akaun bank anda perlu ke cawangan bank terdekat mengikut pilihan anda.

2. KAEDAH SATU PER TIGA

AdobeStock 256990947 Preview

Apabila masuk sahaja gaji atau bayaran kedalam akaun kita, sebahagian daripada kita mungkin sukar untuk mengatur aliran keluar masuk duit. Satu kaedah yang mudah adalah kaedah satu per tiga. Cara yang diutarakan ini tidak begitu membebankan kita kerana pecahan simpanan boleh dikatakan maksimum.

Andai sekiranya kita mendapat bonus, gaji daripada kerja sampingan atau bayaran balik cukai. Jumlah yang diperoleh itu boleh dibahagikan kepada tiga jumlah yang sama. Contohnya jika anda memperolehi RM1500, alihkan RM500 ke akaun simpanan paksa rela, RM500 ke akaun simpanan kedua dan selebihnya untuk kegunaan diri sendiri.

Ini merupakan kaedah tersusun dan bijak kerana anda dapat melihat aliran masuk wang yang dengan lebih mudah, berbelanja dengan bijak dan membina simpanan.

Perenggan 5. 2@3 ayat

3. RANCANG PELABURAN

AdobeStock 85347579 Preview

Sebilangan besar rakyat Malaysia tidak menjadikan pelaburan sebagai gaya hidup dan gagal untuk merancang kewangan dengan baik. Perkara ini menyebabkan ramai terperangkap dalam beban kewangan, lebih-lebih lagi apabila kos sara hidup semakin meningkat dar hari ke hari. Jika nak bergantung kepada simpanan sahaja tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup dan gaya hidup. Oleh itu kita digalakkan untuk membuat pelaburan untuk “membiakkan” nilai kewangan kita.

f4055b11 6a01 48cd 98a5 b6733dc22e3b 4

Kaedah simpanan ini melibatkan pelaburan duit ke pelaburan pasif. Kenapa disebut sebagai pelaburan pasif? Pelaburan jenis ini mempunyai kadar risiko yang rendah untuk mengalami kerugian. Antara ciri-ciri penting dalammemilih pelan pelaburan adalah memilih jenis pelaburan yang akan memberikan keuntungan setidak-tidaknya sama dengan kadar inflasi semasa.

4. SIMPAN MENGIKUT WARNA

4 kaedah kreatif untuk memupuk tabiat menyimpan 01

Cara kreatif ini semestinya ramai yang sudah tahu termasuklah anda yang sedang membaca ini. Asingkan duit mengikut warnanya, dan pilih satu warna untuk simpan. Apabila anda dapat sahaja nota wang dengan warna tersebut, terus simpan dan jangan gunakan wang tersebut. Contohnya jika anda pilih hijau, simpan semua RM5 yang anda ada dan jangan digunakan. Jika merah, simpan semua RM 10 yang anda ada. Teruskan dengan konsisten tabiat ini untuk beberapa minggu atau bulan, dan lihat banyak mana simpanan yang dicapai.

“Simpan Wang Untuk Masa Hadapan”

Kesimpulannya, amalan menabung ini perlulah dimulakan mulai dari sekarang. Tidak kiralah kaedah manapun yang kita hendak gunakan yang penting kena menyimpan. Jika tak mampu menabung untuk kuantiti yang banyak simpan lah sikit-sikit, bak kata pepatah. “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati