Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Biskut Gajus Pelbagai Variasi untuk Hari Raya

Resepi Biskut Gajus
Himpunan Resepi Biskut Gajus Pelbagai Variasi untuk Hari Raya 5

Resepi biskut Gajus sudah tentu menjadi satu tumpuan yang meriah apabila berada di hujung bulan Ramadan. Hal ini kerana masing-masing memikirkan resepi untuk dijadikan kuih raya. Resepi biskut gajus ini juga datang dengan pelbagai variasi yang menarik. Oleh sebab itulah ramai yang masih mecari resepi biskut tersebut.

Selain membeli biskut gajus yang sudah siap anda juga boleh membuatnya sendiri di rumah dengan mudah. Kini, sudah banyak resepi yang tersebar luas di dalam internet termasuklah kami. Oleh yang demikian, anda boleh mengikuti resepi-resepi biskut Gajus yang kami kongsikan ini.

Senarai Resepi Biskut Gajus

Bagi anda yang mahu membuat biskut Gajus sendiri di rumah, anda boleh rujuk dan mengikuti resepi serta cara penyediaan biskut yang telah kami kongsikan di bawah. Terdapat pelbagai jenis resepi yang boleh anda lakukan.

Resepi Biskut Gajus

Resepi Biskut Gajus
Himpunan Resepi Biskut Gajus Pelbagai Variasi untuk Hari Raya 6

Bahan-bahan :

  • ½ cawan butter
  • ½ cawan gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • Sedikit esen vanilla
  • 1 sb susu tepung/serbuk badam
  • ½ sb tepung beras
  • ½ cawan cornflakes yang telah dikisar halus
  • 1 ¾ cawan tepung gandum + 1 sk baking powder (guna self rising flour)
  • Kacang gajus (untuk hiasan)

Cara-cara buat biskut Gajus :

  1. Kacau bahan-bahan di atas sehingga sebati.
  2. Masukkan susu tepung dan tepung beras kemudian kacau hingga sebati
  3. Masukkan cornflakes, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil uli sehingga jadi doh yang sesuai untuk diterap.
  4. Terap guna acuan yang disukai, kemudian sapu kuning telura dan hias dengan kepingan gajus.
  5. Bakar dengan suhu 160 darjah celcius, api atas bawah selama lebih kurang 20 minit mengikut kesesuaian oven masing-masing.

Resepi Biskut Gajus Nestum

Resepi Biskut Gajus
Himpunan Resepi Biskut Gajus Pelbagai Variasi untuk Hari Raya 7

Bahan-bahan :

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan nestum
  • 2 cawan mentega/marjerin
  • 1 cawan gula halus 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan cincangan gajus goreng
  • Kacang gajus (hiasan)

Cara penyediaan biskut Gajus Nestum :

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan esen vanila.
  3. Masukkan Nestum, tepung dan gajus. Kemudian kacau hingga doh sebati dan lembut.
  4. Gulung doh berukuran 2cm dan bungkus dengan kertas minyak serta disimpan di dalam peti semalaman.
  5. Keluarkan adunan dari kertas minyak dan potong setebal 10mm.
  6. Letakkan diatas loyang yang tidak berleser, jarak 4cm antara satu sama lain.
  7. Hias dengan gajus goreng. Kemudian bakar hingga masak.
  8. Siap.

Resepi Biskut Gajus Coklat

Resepi Biskut Gajus
Himpunan Resepi Biskut Gajus Pelbagai Variasi untuk Hari Raya 8

Bahan-bahan :

  • 350gm Mentega
  • 175gm gula icing
  • 1 biji telur A
  • 100gm kacang gajus panggang cincang halus
  • 350gm tepung gandum
  • 25gm tepung jagung
  • 25gm serbuk koko
  • 25gm susu tepung full cream
  • 1sdt Baking Powder

Bahan celupan :

  • 200gm White chocolate cairkan
  • 200gm Milk chocolate cairkan

Cara-cara buat biskut Gajus Coklat :

  1. Pukul mentega dan gula icing hingga lembut, masukkan telur pukul sebati. Kemudian Masukkan kacang gajus, pukul sebati. Matikan mixer.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk koko, susu tepung dan baking powder, uli hingga sebati.
  3. Timbang adunan 10gm bentuk bulan sabit. Seterusnya, letak dalam loyang, panggang dalam oven suhu 150°C selama 40 minit. Kemudian angkat dan sejukkan.
  4. Celup separuh bahagian biskut pada coklat cair dan letakkan diatas baking paper dan bekukan coklat sekejap.
  5. Masukkan kedalam bekas kedap udara.
  6. Siap.

Dengan hanya berpandukan resepi biskut Gajus yang kami sediakan, anda boleh mencubanya dengan mudah. Selamat mencuba !

Soalan FAQs Berkenaan Resepi Biskut Gajus

Apakah bahan-bahan utama yang digunakan dalam membuat biskut gajus?

Bahan utama biskut Gajus ialah tepung,mentega.gula,telur, dan gajus yang dicincang

Adakah cara alternatif untuk menggantikan gajus bagi individu yang alahan dengan gajus?

Anda boleh menggantikan kacang gajus dengan almond cincong, kacang pecan atau biji bunga matahari. Anda juga boleh menggantikan gajus dengan bijirin lain seperti oatmeal atau kismis.

Bagaimana cara menyimpan biskut gajus agar tetap segar dan tahan lama?

Simpan biskut gajus di dalam bekas kedap udara kemudian simpan bekas tersebut di tempat sejuk dan kering

Apakah kaedah tertentu untuk mencincang gajus?

Kebiasaannya gajus dicincang dalam bentuk kepingan yang kecil atau hirisan halus. (untuk memastikan gajus mudah digaul sebati dalam adunan biskut)

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati