Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Biskut Cornflakes Hari Raya

Resepi Biskut Cornflakes
Himpunan Resepi Biskut Cornflakes Hari Raya 6

Resepi biskut Cornflakes merupakan resepi yang cukup terkenal apabila hari raya bakal menjelma. Resepi ini dicari-cari kerana rasanya yang begitu sedap. Tambahan pula, resepi biskut cornflakes merupakan resepi yang paling mudah untuk anda membuatnya sendiri.

Pasti anda sudah tahu bahawa biskut Cornflakes ditonjolkan dengan pelbagai jenis dan rasa yang mampu menarik minat orang ramai. Oleh itu, kami terpanggil untuk menghimpunkan beberapa resepi biskut Cornflakes bagi memudahkan anda untuk melakukannya sendiri di rumah.

Senarai Resepi Biskut Cornflakes

Resepi Biskut Cornflakes
Himpunan Resepi Biskut Cornflakes Hari Raya 7

Resepi Biskut Cornflkes :

Bahan-bahan :

  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 cawan cornflakes, kisar halus
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan kismis hitam, lebihkan sedikit jika anda suka
  • 2-3 cawan cornflakes, ramas kasar
  • paper cup
  • ceri, untuk hiasan

Cara peneydiaan biskut Cornflakes :

  1. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. Kemudian masukkan esen vanilla dan telur. Pukul sehingga sebati.
  2. Ayak tepung dan serbuk penaik dalam bekas berasingan dan gaulkan dengan kismis bersama cornflakes yang dikisar halus.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega dan kacau sebati. Jangan tambah tepung kerana adunan sepatutnya agak lembik.
  4. Rehatkan adunan di dalam peti ais selama 5-10 minit.
  5. Sudukan adunan dan uli di atas cornflakes yang diramas kasar menjadi bentuk bebola. Masukkan ke dalam paper cup dan hias dengan ceri.
  6. Bakar dalam oven bersuhu 180ºc selama lebih kurang 15 minit atau sehingga biskut menjadi sedikit keperangan.
  7. Sejukkan pada suhu bilik dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy

Resepi Biskut Cornflakes
Himpunan Resepi Biskut Cornflakes Hari Raya 8

Bahan-bahan :

  • 1 3/4cwn tepung gandum (1 cawan + 3/4 cawan)
  • 1/4 cwn tepung jagung
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 2 cawan cornflakes ramas kasar
  • 200g butter (suhu bilik)
  • 3/4 cwn gula kastor
  • 1 biji kuning telur

Cara buat biskut Cornflakes Crunchy :

  1. Gula dan butter di pukul dalam 5 minit. Boleh guna whisk dan masukkan telur
  2. Kemudian masukkan campuran tepung dan cornflakes serta baking powder
    gaul sebati
  3. Panaskan oven terlebih dahulu 170C selama 10 minit
  4. Sapu nipis permukaan loyang dengan butter
  5. Sudukan sedikit adunan pada loyang dan buat sampai habis
  6. Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah

Nota: Boleh tambah coklat cip jika suka.

Resepi Biskut Cornflakes Madu

Resepi Biskut Cornflakes
Himpunan Resepi Biskut Cornflakes Hari Raya 9

Bahan-bahan :

  • 5 cawan Cornflakes
  • 1/4 cawan madu
  • 1/4 cawan mentega
  • 1 1/2 sudu besar gula kastor
  • ceri atau taburan manik, untuk hiasan
  • paper cup, secukupnya

Cara penyediaan biskut Cornflakes Madu :

  1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
  2. Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.
  3. Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
  4. Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik.
  5. Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius.

Resepi Biskut Cornflakes Coklat Badam

Resepi Biskut Cornflakes
Himpunan Resepi Biskut Cornflakes Hari Raya 10

Bahan-bahan :

  • 150 gram cornflakes
  • 150 gram coklat bar
  • 50 gram badam cincang
  • 1-2 sudu besar shortening, gantikan dengan mentega pun boleh

Cara penyediaan biskut Cornflakes Coklat Badam :

  1. Panaskan oven dan bakar badam cincang dengan suhu 170°C selama 10-15 minit atau sehingga badam masak sempurna. Angkat dan sejukkan.
  2. Tuang cornflakes di dalam mangkuk besar dan ramas kasar sedikit supaya senang disudukan ke dalam cawan kertas nanti.
  3. Cincang kasar coklar bar supaya mudah cair. Kemudian cairkan coklat bersama shortening menggunakan kaedah double boiler dan kacau hingga betul-betul sebati.
  4. Tuang coklat cair ke dalam mangkuk cornflakes dan gaulkan bersama badam cincang sehingga sekata. Sudukan ke dalam papercup.
  5. Taburkan dengan sprinkles atau gula hiasan ketika coklat masih cair supaya senang melekat. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Soalan FAQs Berkenaan Resepi Biskut Cornflakes

Bagaimanakah kaedah double boiler?

masak air di dalam periuk 1/3 penuh sehingga mendidih. Letakkan mangkuk stainless steel atau kaca tahan panas di atas permukaan periuk. Mangkuk akan panas dari steam.

Bagaimanakah cara untuk mengekalkan kerangupan biskut Cornflakes Coklat?

Anda boleh terus gaulkan cairan coklat ke dalam cornflakes setelah coklat cair sepenuhnya (tidak perlu tunggu cairan suam). Pastikan ia benar-benar sebati barulah masukkan ke dalam baking case.

Bagaimana cara penyimpanan biskut Cornflakes?

Anda perlu sejukkan dahulu biskut cornflakes kemudian simpan di dalam bekas yang kedap udara bagi mengelakkan biskut tidak lemau.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati