Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Biskut Almond Ringkas untuk Hari Raya

Resepi Biskut Almond
Himpunan Resepi Biskut Almond Ringkas untuk Hari Raya 4

Resepi biskut Almond pastinya akan sentiasa dicari-cari apabila tiba hari raya Aidilfitri terutamanya resepi biskut Almond London. Siapa yang tidak suka makan biskut Almond tambahan pula rumah mana yang tidak ada biskut Almond ini pada hari raya.

Terdapat pelbagai jenis biskut Almond yang dijual di pasaran sekarang. Harganya juga amat berpatutan, tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Namun, jika anda tidak mahu membelinya anda boleh cuba buat biskut Almond anda sendiri.

Di sini kami telah menyediakan resepi biskut Almond sesuai untuk anda hidangkan pada hari raya.

Senarai Resepi Biskut Almond

Resepi Biskut Almond
Himpunan Resepi Biskut Almond Ringkas untuk Hari Raya 5

Resepi biskut Almond tidak hanya tertumpu kepada biskut Almond London sahaja, bahkan banyak lagi resepi biskut Almond yang kami kongsikan. Anda boleh mengikuti sahaja resepi-resepi dibawah untuk buat biskut Almond.

Resepi Biskut Almond London

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 sdb tepung beras
  • 1 buku Butter (250g)
  • 1 cawan gula castor
  • 1 sdb Baking soda
  • 1 cawan Cornflakes dikisar halus
  • 1/2 cawan serbuk badam
  • 5 sdb susu tepung
  • 1 penutup Esen vanilla
  • 4 sdb minyak masak
  • 1 biji telur kuning
  • 250g Almond (1 bungkus)(bakar dahulu)
  • 2 sdb Shortening
  • Hiasan almond nibs (bakar dahulu)
  • 600g Milk choc coins Beryls
  • Paper cup

Cara-cara buat biskut Almond London

  1. Campurkan butter, telur kuning, esen vanilla , gula castor kemudian kacau sebati
  2. Masukkan cornflakes yang dikisar halus, serbuk badam dan susu tepung
  3. Kacau sebati
  4. Masukkan tepung jagung dan baking soda
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil gaul.
  6. Masukkan minyak. Gaul sebati.
  7. Bentukkan bujur (masukkan almond di dalam) dan bakar suhu 150 deg selama 20 min

Resepi salutan coklat:

  1. Double boil choc bersama shortening
  2. Celup biskut tadi ketika coklat masih panas
  3. Masukkan ke dalam paper cup
  4. Taburkan almond nibs
  5. Masukkan dalam chiller 15 min sebelum simpan ke dalam bekas

Resepi Biskut Almond Pistachio

Resepi Biskut Almond
Himpunan Resepi Biskut Almond Ringkas untuk Hari Raya 6

Bahan A :

  • 500g butter
  • 1 biji kuning telur
  • 1 1/2 cawan gula halus (kurangkan gula kalau tidak mahu terlebih manis)
  • 10 sb pistachio pasted homemade (2 cawan pistachio tak perlu bakar dahulu + 1 cawan minyak dikisar halus)
  • 1sk pewarna hijau
  • 1sk pewarna kuning
  • Kacau sebati

Bahan B :

  • 6sb susu tepung
  • 1sk baking powder
  • 1sk soda bikarbonat
  • 1sb emplek
  • kacau sebati,

Bahan C :

  • 1/2 cawan minyak
  • 1 cawan tepung jagung
  • 5 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan pistachio (siap bakar 180’c selama 15minit)
  • 2 cawan almond (bakar dahulu 180’c selama 10minit)

Cara-cara buat biskut Almond Pistachio :

  1. Masukkan semua bahan A,B dan C kemudian kacau sebati
  2. Masukkan adunan tersebut ke dalam piping beg
  3. Paipkan di atas baking paper (jarakkan sedikit)
  4. Panaskan oven
  5. Bakar adunan pada suhu 180’c selama 20-22 minit
  6. Jika belakang biskut bertukar kepada sedikit perang maksudnya biskut telah masak

Resepi Biskut Almond Crunchy

Bahan-bahan :

  • 2 cawan badam cincang
  • 2 cawan kepingan coklat / milk chocolate compounds coin

Cara-cara buat biskut Almond Crunchy

  1. Sangai badam cincang di atas kuali sehingga ia masak rangup. Kemudian, Ketepikan.
  2. Cairkan chocolate dengan cara didihan berlapis (double boil).
  3. Tuang badam yang disangai tadi ke dalam adunan coklat cair. Kacau rata.
  4. Sediakan loyang, boleh alaskan dengan baking paper jika ada.
  5. Sudu adunan badam cincang coklat mengikut saiz yang kita mahu ke atas loyang.
  6. Masukan ke dalam peti sejuk untuk pembekuan yang lebih cepat.

Soalan FAQs Berkenaan Resepi Biskut Almond

Resepi biskut Almond manakah yang paling mudah?

anda boleh cuba buat resepi biskut Almond Crunchy kerana ianya memrlukan 2 bahan sahaja.

Dimanakah boleh beli Biskut Almond?

Anda boleh mendapatkan biskut Almond di mana-mana kedai kek dan biskut atau di pasar raya yang berdekatan. Anda juga boleh membelinya di media sosial seperti Facebook, Shopee, Instagram, dan sebagainya.

Apakah rasa biskut Almond Pistachio?

Biskut Almond Pistachio mempunyai rasa manis yang tidak melampau. Tambahan pula dengan kerangupan biskut tersebut membuatkan rasa biskut lebih lazat.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati