Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

7 Perkara Yang Membatalkan Puasa dan Tidak Membatalkan Puasa

7 Perkara Yang Membatalkan Puasa dan Tidak Membatalkan Puasa
7 Perkara Yang Membatalkan Puasa dan Tidak Membatalkan Puasa 5

Perkara yang membatalkan puasa seperti yang kita ketahui, mempunyai banyak. Erti puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum dan segala yang membatalkan puasa dari terbit matahari hingga terbenam matahari. Maka, makan dan minum adalah perkara yang membatalkan puasa seperti biasa kita ketahui.

Namun, sebilangan besar daripada kita tidak tahu perkara apa yang boleh membatalkan puasa. Marilah kita bersama-sama belajar perkara yang boleh membatalkan puasa supaya amalan puasa kita diterima oleh Yang Maha Esa,

Pengertian Perkara Yang Membatalkan Puasa

Perkara Perkara Yang Membatalkan Puasa 1 1
7 Perkara Yang Membatalkan Puasa dan Tidak Membatalkan Puasa 6

Sebagai Muslim, kita harus cakna perkara-perkara yang membatalkan puasa agar amalan Ibadah kita di bulan Ramadan tidak menjadi sia-sia. Dari segi bahasa, “puasa” itu ialah menahan diri.

Dari segi istilah, puasa ialah menahan diri daripada perbuatan-perbuatan yang membatalkan puasa daripada Subuh sehingga Maghrib. Walaupun kita dilarang makan dan minum, kedua perbuatan tersebut bukanlah satu-satunya perkara yang membatalkan puasa.

Berikut merupakan perkara-perkara yang membatalkan ibadah puasa kita.

Perkara Yang Boleh Membatalkan Berpuasa

Perkara Perkara Yang Membatalkan Puasa 3
7 Perkara Yang Membatalkan Puasa dan Tidak Membatalkan Puasa 7

1. Makan dan minum dengan sengaja

Tidak kira sama ada sedikit atau banyak, sekiranya anda dengan niat sengaja untuk makan dan minum, maka ibdah puasa anda sama sekali terbatal.

Walau bagaimanapun, sekiranya perbuatan ini dilakukan akibat anda terlupa atau tidak sengaja, maka puasa anda tidak terbatal dan anda wajib meneruskan puasa tersebut sehingga waktu berbuka. Untuk rujukan, sila Rujuk Fiqh al-Manhaji (1/241-245).

2. Memasukkan benda ke dalam rongga

Sampainya ain kepada rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka. Ain bererti fizikal sesuatu yang terlihat pada mata.

Ruang tengah termasuklah bahagian otak, dan bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kemaluan depan dan belakang.Laluan terbuka bererti lubang mulut, hidung, qubul dan dubur.

Sekiranya ubat untuk keadaan darurat, ia tidak terbatal seperti vaksin dan lain-lain.

3. Sengaja muntah

Muntah dengan sengaja juga merupakan perbuatan yang membatalkan puasa. Perkara ini ada dinyatakan dengan jelas melalui hadis Nabi S.A.W. seperti yang berikut:

Rasulullah bersabda: Barangsiapa yang dipaksa muntah sedangkan dia dalam keadaan puasa, maka tidak ada qada’ baginya. Namun apabila dia muntah (dengan sengaja), maka wajib baginya membayar qada’. (riwayat Abu Daud)

4. Persetubuhan

Selain daripada makan dan minum, pasangan suami isteri juga dilarang untuk melakukan hubungan seks pada siang hari.

Namun, mereka boleh melakukannya pada waktu malam hari dengan syarat sebelum masuknya waktu Subuh keesokan harinya.

5. Mengeluarkan air mani dengan sengaja

Mengeluarkan air mani dengan sengaja juga boleh menyebabkan puasa kita terbatal.

Walau bagaimanapun, sekiranya air mani tersebut keluar akibat kita bermimpi ketika tidur pada siang hari, maka tidaklah terbatal puasa kita padahari tersebut.

6. Datang darah haid atau nifas

Wanita yang didatangi haid atau nifas diharamkan daripada berpuasa. Sekiranya haid atau darah nifas tiba-tiba keluar ketika waktu berpuasa, maka puasa anda secra automatiknya terbatal dan perlu digantikan di kemudian hari.

7. Gila atau Murtad

Seseorang yang gila secara automatik terbatal puasanya kerana ibadah ini hanya diwajibkan untuk orang yang sempurna akalnya.

Perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa

Perkara Perkara Yang Membatalkan Puasa 2
7 Perkara Yang Membatalkan Puasa dan Tidak Membatalkan Puasa 8

1. Memberus gigi

Anda masih boleh memberus gigi pada waktu siang hari, namun jangan sesekali menelan ubat gigi atau air kumuran dalam mulut anda. Jika tidak, puasa anda akan terbatal secara automatik.

2. Mandi

Tiada larangan untuk seseorang itu mandi ketika waktu siang hari semasa berpuasa. Selagi mana anda tidak menelan air ketika mandi, maka puasa anda masih lagi sah.

3. Mengambil suntikan

Jika anda merupakan pesakit yang memerlukan pengambilan ubat melalui suntikan seperti insulin, anda masih boleh melakukannya walaupun pada ketika anda sedang berpuasa. Suntikan ubat tidak membatalkan puasa seseorang individu.

4. Menelan sesuatu

Maksud menelan sesuatu di sini ialah jika anda menelan makanan secara tidak sengaja disebabkan oleh terlupa yang anda sedang berpuasa. Kesalahan seperti ini dimaafkan dan puasa Ramadan tidak terbatal. Begitu juga jika anda menelan air liur di dalam mulut, ia masih tidak membatalkan puasa anda.

Untuk mereka yang memasak di dapur, anda masih boleh merasa makanan dengan menggunakan lidah dengan syarat anda perlu meludahnya keluar setelah merasanya. Jangan sesekali menelannya. Jika tidak, puasa anda akan terbatal. 

5. Ubat titis mata

Ubat titis mata juga dibenarkan untuk digunakan ketika berpuasa dan ia tidak membatalkan puasa Ramadan anda.

6. Memakai kanta lekap

Memakai kanta lekap atau contact lense tidak membatalkan puasa seseorang. Bagi mereka yang memakainya, anda tidak perlu berasa risau kerana permukaan mata bukanlah satu rongga yang boleh membatalkan puasa anda.

7. Bermesra antara suami isteri

Bermesraan antara suami isteri masih boleh dilakukan dengan syarat ia tidak keterlaluan sehingga boleh mendorong kepada berlakunya hubungan seks. Anda masih boleh memeluk dan mencium pasangan anda, tetapi perlulah mengawalnya. 

8. Tidur

Tidur pada siang hari tidak membatalkan puasa anda. Oleh itu, jika anda keletihan bekerja, anda boleh sahaja tidur pada waktu siang untuk merehatkan tubuh badan anda.

9. Berkumur dan mencuci hidung

Jika anda mahu berkumur atau mencuci hidung dengan menggunakan air, ia tidak dikira sebagai perkara yang boleh menyebabkan batal puasa.

Tetapi, anda perlulah memastikan bahawa air tersebut tidak masuk ke dalam kerongkong anda. Jika tidak, puasa anda dikira terbatal.

10. Menggunakan inhaler

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, penggunaan inhaler pada waktu siang hari ketika berpuasa tidaklah membatalkan puasa seseorang individu.

Oleh itu, bagi penghidap asma, anda masih boleh menggunakan inhaler walaupun sedang berpuasa. 

1 komen

  1. Jika kita tidak sengaja melihat gambar atau video yang tidak senonoh atau pun gambar contohnya gambar berbogel apa kah puasa kita akan batal?

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati