Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Biskut Famous Amos Coklat Chip

Resepi Biskut Famous Amos
Himpunan Resepi Biskut Famous Amos Coklat Chip 5

Resepi biskut Famous Amos sudah pastinya datang dengan pelbagai versi yang boleh dicuba. Biskut Famous Amos merupakan biskut coklat bercip yang mempunyai rasa yang begitu sedap dan rangup.

Pada masa kini, sudah tentu sangat mudah untuk anda membuat biskut ini kerana terlalu banyak resepi biskut coklat cip yang sama seperti resepi biskut Famous Amos. Siapa yang tidak minat dengan biskut coklat bercip ala ala Famous Amos ini. Oleh itu, kami kongsikan beberapa resepi biskut Famous Amos yang anda boleh ikuti.

Senarai Resepi Biskut Famous Amos

Resepi Biskut Famous Amos
Himpunan Resepi Biskut Famous Amos Coklat Chip 6

Terdapat pelbagai jenis resepi biskut Famous Amos yang boleh dilihat seperti resepi biskut Famous Amos Rangup, biskut Famous Amos dark chocolate, dan anda juga boleh membuat resepi biskut Famous Amos tanpa telur.

Di sini, kami meneydiakan ketiga-tiga resepi biskut Famous Amos untuk anda mencubanya di rumah.

Resepi Biskut Famous Amos tanpa telur

Bahan-bahan :

  • 1 1/4 cawan mentega – lembut (280g)
  • 3/4 cawan gula icing – diayak (85g)
  • 1/2 cawan gula perang (100g)
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sb serbuk koko – diayak
  • 1 sk soda bikarbonat – diayak
  • 2 1/2 cawan tepung gandum – diayak (275g)
  • 120 g choc chips (lebihkan jika suka)
  • 120 g hirisan badam (lebihkan jika suka)
Cara-cara buat biskut Famous Amos tanpa telur :
  1. Kacau mentega dan kedua-dua gula hingga berkrim lalu masukkan esen vanilla tapi jangan kembang.
  2. Masukkan pula serbuk koko dan soda bikarbonat kemudian kacau sebati.
  3. Masukkan tepung dan digaul dengan senduk atau spatula diikuti dengan choc chips dan badam hiris seterusnya gaul lagi hingga sebati.
  4. Susunkan doh 1 sudu kecil berjarak atas tray dan bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit atau hingga garing mengikut kepanasan oven masing-masing.

Resepi Biskut Famous Amos Rangup

Resepi Biskut Famous Amos
Himpunan Resepi Biskut Famous Amos Coklat Chip 7

1. Bahan A : Kacau rata

Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja.

  • 250 gram marjerin
  • 1 1/4 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur

Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.

2. Tambahkan Bahan B :

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak
  • *2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)

Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.

3. Kemudian sejukkan adunan biskut di dalam peti sejuk (setengah jam)

4. Selepas setengah jam, adunan tadi sudah siap untuk di susunkan di atas loyang (jarakkan sedikit supaya ada ruang untuk biskut mengembang)

5. Bakar 20 minit, suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.

Resepi Biskut Famous Dark Chocolate

Resepi Biskut Famous Amos
Himpunan Resepi Biskut Famous Amos Coklat Chip 8

Bahan A:

  • 1/4 cawan gula kaster
  • 1/2 cawan brown sugar (bukan gula merah )
  • 1/2 cawan mentega (guna pure butter jenama Anchor)
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1 biji telur Gred A
  • 1/4 sudu garam
  • 1/2 sudu besar susu segar / susu tepung
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla

Bahan B:

  • 3/4 cawan tepung gandum (diayak)
  • 3/4 cawan tepung jagung (diayak)
  • 3/4 serbuk koko (diayak)
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
  • 1/2 sudu kecil cream of tar tar (diayak)

Nota: Bahan B diatas diayak bersama

  • 1 cawan serbuk oat (kisarkan rolled oat sampai dapat satu cawan)
  • 1 cawan chocolate chip (guna semi-sweet jenama Hersey)
  • 1/2 cawan rolled oat
  • 1/2 cawan almond nib (bakar sekejap dalam 3-5 minit)

Cara-cara buat biskut Famous Amos Dark Chocolate :

  1. Panaskan oven 160C.
  2. Campurkan semua bahan A dan gaul menggunakan whisker. Pukul sehingga sebati. (Tidakk perlu sampai kembang.)
  3. Masukkan sedikit- demi sedikit bahan yang telah diayak tadi.
  4. Apabila dan sebati masukkan chocolate chip, rolled oat dan almond nib dan gaul rata.
  5. Tutupkan adunan dan masukkan sekejap dalam peti sejuk. Dalam 10 minit supaya adunan senang dibentuk.
  6. Boleh guna ice cream scoop yang kecil atau sudu untuk dapatkan saiz yang sama. Kemudian susun atas loyang (jarakkan ia sebab nanti biskut mengembang.)
  7. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 160C selama 20 minit.

Soalan FAQs Berkenaan Resepi Biskut Famous Amos

Bagaimanakah rasa biskut Famous Amos?

Biskut Famous amos mempunyai rasa yang lembut, rangup, manisnya sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat.

Dimanakah boleh beli biskut Famous Amos?

Anda boleh dapatkan Biskut famous amos di mana-mana kedai bakery atau di beberapa laman sosial seperti Lazada, Instagram, Shopee, dan sebagainya.

Adakah perlukan mixer untuk buat biskut Famous Amos?

Anda tidak perlu menggunakan mixer kerana pembuatan biskut Famous Amos boleh menggunakan senduk sahaja. Namun ianya bergantung kepada cara pembuatan masing-masing.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati