Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Mohon Kerja di Nasken Coffee yang Menawarkan Lebih 3 Jawatan di Pelbagai Cawangan Berdekatan Anda

Mohon Kerja di Nasken Coffee

Mohon kerja di Nasken Coffee adalah merupakan kerja yang memberi pengalaman baharu kepada anda. Memulakan kerjaya di restoran yang mempunyai cawangan yang meluas akan memberi anda keseronokan dan pengalaman berharga sepanjang berkhidmat dengan pengurusan yang sangat professional.

Nasken Coffee adalah sebuah rangkaian restoran yang beroperasi di seluruh negara!. Syarikat Nasken ini dikenali dengan restoran yang menyediakan minuman kopi yang pelbagai variasi serta menu makanan yang bermacam. Nasken Coffee juga dikenalpasti dengan suasana yang mesra pelanggan, yang menjadikan pengalaman minum kopi kepada pelanggan merasai kelainan dengan restoran pengusaha konsep kopi yang lain.

Sekiranya anda ingin tahu cara untuk memohon jawatan di Nasken Coffee, kami menggalakkan anda untuk membaca dengan lebih lanjut maklumat lengkap. Kami akan menerangkan langkah demi langkah bagaimana anda boleh menjadi sebahagian daripada Nasken Coffee pelbagai cawangan yang anda mahu sertai.

Cara Mohon Kerja di Nasken Coffee yang Menawarkan Lebih 3 Jawatan di Pelbagai Cawangan Berdekatan Anda

Mohon Kerja di Nasken Coffee

Pelbagai Tawaran Jawatan Menarik untuk Mohon Kerja di Nasken Coffe

Nasken Coffee kini menyediakan beberapa jawatan kosong yang menarik untuk individu yang berminat dalam memberi perkhidmatan dalam F&B . Jawatan yang sedang dibuka adalah termasuk jawatan yang dari bahagian pengurusan,barista, pelayan, pengurus kedai, dan pelbagai lagi. Anda boleh mencari maklumat lanjut mengenai jawatan yang kini dibuka di laman web rasmi Nasken Coffee.

Senarai Jawatan Kosong yang Tersedia di Nasken Coffee

Peluang KerjayaDeskripsi Tugasan
HR Executive-Pengurusan perkhidmatan pekerjaan, proses pemilihan pekerja, penilaian prestasi, dan pengurusan prestasi pekerja
Barista-Menyediakan pelbagai jenis minuman kopi, termasuk espresso, cappuccino, latte, americano, dan banyak lagi.
-Menggunakan mesin kopi untuk mengekstrak kopi dengan sempurna dan menghasilkan minuman yang sedap.
Tukang Masak-Menyediakan hidangan makanan yang enak dan berkualiti.
-Memilih bahan makanan yang baik, memproses dan mengolah bahan-bahan tersebut dengan betul, dan menyusun hidangan yang menarik dari segi rasa dan penampilan.
Kru-Menyambut pelanggan dan melayan pelanggan.
-Membantu pelanggan dalam membuat pesanan, memberikan maklumat mengenai menu, dan menjawab pertanyaan mereka.
-Menghidangkan minuman dan makanan kepada pelanggan

Apabila anda mempertimbangkan untuk mohon kerja di Nasken Coffee, pastikan anda memahami dengan jelas apa yang diperlukan untuk setiap jawatan. Setiap jawatan mungkin mempunyai tanggungjawab yang berbeza, dan anda perlu memastikan anda mempunyai kelayakan yang diperlukan sebelum memohon.

Kelayakan untuk Mohon Kerja di Nasken Coffee

Berikut adalah senarai syarat kelayakan yang biasanya diperlukan apabila memohon jawatan di Nasken Coffee:

  • Minima SPM atau kelayakan keatas yang setaraf.
  • Pengalaman berkaitan (bergantung kepada jawatan).
  • Kemahiran komunikasi yang baik.
  • Kebolehan bekerja dalam pasukan.
  • Kebolehan mengendalikan mesin kopi (bagi barista).
  • Kebolehan berinteraksi dengan pelanggan dengan mesra.

Info Lengkap Cara Mohon Kerja di Nasken Coffee

Mohon Kerja di Nasken Coffee

Dapatkan Makluman Rasmi Berkenaan Tawaran Kerja

Sebelum anda memulakan proses permohonan kerja, adalah penting untuk merujuk iklan rasmi jawatan yang terkini yang dikeluarkan oleh Nasken Coffee. Iklan ini akan memberikan maklumat terperinci mengenai syarat-syarat kelayakan, tanggungjawab, dan cara untuk memohon. Pastikan anda memahami semua maklumat tersebut sebelum memulakan permohonan anda.

Untuk itu, kami sediakan kepada anda berkenaan saluran rasmi untuk tawaran kerja yang dibuka olehb pihak Nasken Coffee. Berikut adalah senarai saluran rasmi mohon kerja di Nasken Coffee:

Langkah-Langkah Mohon Kerja di Nasken Coffee

Nasken Coffee mendorong anda untuk memohon jawatan secara dalam talian melalui laman saluran rasmi mereka. Permohonan jawatan adalah dibuka mengikut keperluan dan mempunyai tawaran kerjab yang pelbagai sebagai fulltime atau part-time. Berikut adalah dibawah kami kongsikan kepada anda cara mohon kerja di Nasken Coffee:

  • Untuk carian kerja, anda boleh merujuk kepada laman Jobstreet, dengan gunakan kotak carian di laman utama JobStreet untuk mencari jawatan kosong di Nasken Coffee. Anda boleh menggunakan kata kunci seperti “Nasken Coffee” atau “Barista” untuk mencari jawatan yang sesuai.
  • Lihat senarai jawatan yang tersedia di Nasken Coffee. Klik pada tajuk jawatan yang anda minati untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Di halaman butiran jawatan yang tersedia, anda akan melihat butang “Mohon Sekarang” atau “Apply Now.” Klik pada butang tersebut untuk memulakan proses permohonan.
  • Isi maklumat permohonan yang diperlukan seperti nama, alamat e-mel, nombor telefon, dan sebarang dokumen yang diminta seperti resume atau surat permohonan pekerjaan.
  • Selepas mengisi semua maklumat yang diperlukan, klik butang “Hantar” atau “Submit” untuk menghantar permohonan anda.
  • Selepas menghantar permohonan, anda boleh semak status permohonan anda di dalam akaun JobStreet anda. Anda mungkin akan menerima pemberitahuan melalui e-mel jika ada perkembangan dalam permohonan anda.

Pastikan anda mematuhi semua arahan yang diberikan dalam proses permohonan, dan pastikan bahawa maklumat yang anda berikan adalah tepat dan lengkap. Semoga berjaya dalam urusan mohon kerja di Nasken Coffee!

Latar Belakang Syarikat Nasken Coffee International

Sejarah Penubuhan Nasken Coffee

Nasken Coffee adalah sebuah rangkaian restoran kopi yang bermula dengan kisah inspirasi Nazif Bin Ab Aziz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan perniagaannya bermula pada bulan Disember 2019. Nazif Bin Ab Aziz memulakan perniagaan ini dengan tekad yang kuat untuk membawa pengalaman minum kopi yang istimewa kepada penduduk di Pantai Timur Malaysia.

Dari permulaan yang sederhana, Nasken Coffee dengan cepat menjadi pilihan utama di Pantai Timur. Kejayaan ini tidak hanya disebabkan oleh minuman kopi berkualiti yang mereka sajikan, tetapi juga kerana komitmen mereka terhadap servis pelanggan yang luar biasa.

Misi dan Visi Nasken Coffee

Nasken Coffee telah membuktikan bahawa mereka mampu bersaing dengan kedai kopi antarabangsa terkemuka dengan menyediakan minuman kopi yang dibuat dengan teliti menggunakan biji kopi berkualiti tinggi.

Visi dan Misi adalah jelas untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan menjadi francais yang terbaik.Kini nasken telah membuka 25 cawangan Nasken Coffee yang sudah dibuka di seluruh Malaysia.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati