Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Penjelasan Boikot KKMart Stoking Hina Allah, Netizen Kelaskan Sebagai Kafir Harbi?

KKMART STOKING HINA ALLAH

Panas di media sosial apabila tular mengenai rangkain kedai serbaneka KKMart Stoking Hina Allah. Masyarakat Malaysia yang majoriti muslim terasa tercabar apabila gambar yang tertera kalimah Allah dalam tulisan arab dan rumi pada sebuah stoking. Di bulan puasa ini ianya sesuatu yang amat sensitif dimana umat islam sedang berpuasa diuji dengan perkara sebegini.

Untuk makluman, pihak KKMart telah tampil untuk membuat permohonan maaf. Namun, apa yang mengejutkan sekali adalah para netizen telah bertekad untuk boikot kerana bagi mereka ianya adalah suatu tindakan yang bukan sengaja. Berikut adalah penjelasan KKMart Stoking hina Allah.

Penjelasan Isu Rakyat Boikot KKMart Stoking Hina Allah

Bagaimana Isu KKMart Stoking Hina Allah Bermula?

432444066 25160692493545867 7497850016072435536 n
Penjelasan Boikot KKMart Stoking Hina Allah, Netizen Kelaskan Sebagai Kafir Harbi? 9
430103714 25160692853545831 1535056286837426021 n
Penjelasan Boikot KKMart Stoking Hina Allah, Netizen Kelaskan Sebagai Kafir Harbi? 10

Isu ini bermula apabila ada seorang pengguna Facebook telah memuat naik ke dalam Facebook miliknya dan mengatakan menemui stoking yang tertera tulisan kalimah ‘Allah’ dalam tulisan arab dan rumi. Hal ini menimbulkan pelbagai perspektif dikalangan netizen yang mana tidak berpuas hati kerana jelas ia bukanlah tidak sengaja.

Hal ini mula mendapat perhatian ramai kerana isu kalimah Allah sangat sensitif lagi-lagi ada perkara berbentuk seperti hinaan. Ramai yang mula mencari-cari siapakah pihak yang bertanggungjawab berkenaan KKMart stoking hina Allah.

Pihak KKMart Tampil Mohon Maaf

Pengasas KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) telah memohon maaf susulan postingan Facebook tular penjualan stoking berjenama Miranosock yang padanya ada kalimah Allah di cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Pihak KKMart amat kesal dan memandang serius dengan insiden ini. Tindakan serta merta telah diambil dengan memberhentikan penjualan stoking tersebut.

Sementara itu, KKMart berkata bahawa produk tersebut adalah merupakan produk ‘consignment’ daripada pihak vendor. Pihak KKMart juga sudah berhubung dengan pihak vendor untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu stoking hina kalimah Allah ini.

Berapa Jumlah Cawangan KKMart Seluruh Malaysia?

Berdasarkan rekod pada tahun 2023, KKMart mempunyai lebih 680 cawangan seluruh Malaysia dan kini dikatan mempunyai sebanyak 881 cawangan dan menjadikannya merupakan cawangan kedai serbaneka terbanyak dalam Malaysia. Berdasarkan keadaan semasa ramai netizen yang mula bersuara mereka akan memboikot kedai kerana KKMart stoking hina Allah.

image 24

Perkara ini juga mendapat banyak perkongsian orang ramai menandakan cadangan boikot mendapat sambutan ramai. Persoalannya adakah benar tindakan boikot KKMart stoking hina Allah? Bagaimana dengan kilang yang mengeluarkan stoking tertera kalimah Allah?

Kilang Mana Keluarkan KKMart Stoking Hina Alllah?

Ramai yang mula mencari-cari kilang manakah yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan stoking hina kalimah Allah. Ada pendapat netizen mengatakan bahawa stoking tersebut dikeluarkan oleh syarikat Xin Jian Chang SDN BHD. Kilang ini mula jadi sasaran boikot oleh netizen kerana dirasakan ianya adalah tindakan yang melampau.

Bagaimana boleh terjadi kesilapan sedangkan sudah jelas tertera kalimah Allah dalam rumi dan jawi yang dirasakan mustahil tersilap.

image 22
Penjelasan Boikot KKMart Stoking Hina Allah, Netizen Kelaskan Sebagai Kafir Harbi? 11

Walaubagaimanapun, tular mengenai surat daripada pihak syarikat Xin Jian Chang SDN BHD berkenaan ” Permohonan Maaf Atas Produk Stokin Berjenama Miranosock”. Mereka mengaku bahawa ia adalah kesilapan dan mengatakan bahawa terdapat kesilapan dalam membuat semakan yang mana produk tersebut diambil daripada China.

Pihaknya juga turut memohon maaf kepada seluruh umat islam dan syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd.

image 21

Penjelasan dan Sebab Sebenar Rakyat Boikot KKMart Stoking Hina Allah

image 25

Turut tular juga pandangan daripada akaun Facebook, Husam Ku yang mana beliau mengatakan bahawa proses memasukkan barang pertama kena melalui beberapa proses dan memakan masa. Isu KKMart stoking hina Allah ini menjadi tanda tanya bagaimana sekiranya stoking tersebut masih boleh lepas untuk dijual di KKMart sedangkan perlu melalui pelbagai proses yang dianggap rumit.

Menurutnya lagi, untuk kes KKMart ini seandainya ia adalah kesilapan yang tidak disengajakan maka boleh difikirkan bagaimana proses kesilapan yang perlu dilalui bermula dari kilang.

Netizen Kelaskan Tindakan Tulart KKMart Sebagai Kafir Harbi

image 26

Perkara ini menjadi panas dengan ramai umat islam mengatakan kesudian mereka untuk memboikot kerana dirasakan ia adalah kafir harbi. Persoalannya adakah benar boleh dikelaskan mereka yang terlibat sebagai kafir harbi?

Kafir Harbi adalah yang merujuk kepada golongan bukan Islam menentang Islam. Pengkelasan ini masih relevan digunakan kerana ia disebut dalam al-Quran dan hadis, Namun tafsirannya pada waktu kini perlu disepakati dan dijelaskan oleh pihak berkuasa agama supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Jadi, untuk waktu sekarang tidaklah patut untuk para netizen memberi gelaran kafir harbi sewenang-wenangnya kerana ia adalah perkara yang mungkin tidak disengajakan dan mempunyai proses yang panjang dalam penetapan.

Oleh itu, dinasihatkan kepada orang ramai perlu menjaga sensitiviti dan jangan melebihi batas. Perkara ini memerlukan penjelasan yang kukuh dan diharapkan juga isu KKMart stoking hina Allah dapat diselesaikan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati