Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Biskut Mazola Mudah untuk Hari Raya

Resepi Biskut Mazola
Himpunan Resepi Biskut Mazola Mudah untuk Hari Raya 4

Resepi biskut Mazola pastinya terkenal apabila menjelang hari raya. Mana tidaknya, resepi ini sangat mudah dan ringkas cara penyediaanya. Tambahan pula, biskut Mazola atau boleh juga dikenali dengan biskut kacang klasik ini mempunyai rasa yang digemari ramai.

Buat anda yang tercari-cari resepi biskut Mazola, disini kami ada kongsikan resepi serta cara penyediaan biskut mazola ini. Pastikan raya anda kali ini di serikan dengan biskut Mazola.

Senarai Resepi Biskut Mazola

Resepi Biskut Mazola
Himpunan Resepi Biskut Mazola Mudah untuk Hari Raya 5

Resepi Biskut Mazola Rangup

Bahan-bahan:

  • 2 cwn 2 cwn / 290g kacang tanah goreng
  • 2 1/2 cwn / 315g tepung gandum
  • 1/2 cwn / 65g gula aising
  • 1 cwn minyak mazola
  • 1/2 sk garam
  • 1/2 cwn kacang tanah (hiasan)
  • 1 biji kuning telur
  • Pewarna oren

Cara penyediaan biskut Mazola Rangup :

  1. Sangai kacang tanah atas kuali tanpa minyak. Atau boleh jugak kalau nak bakar dalam air fryer atau oven.
  2. Selepas 20-30 minit dan kacang dah masak rangup boleh tutup api dan sejukan.
  3. Masa kacang masih suam-suam, boleh ramas kacang untuk keluarkan kulit.
  4. Sukat 2 cawan kacang tanah dan kisar (jangan terlalu halus atau kasar). Boleh guna serbuk kacang tanah ready-made kalau suka.
  5. Baki 1/2 cawan kacang tanah boleh guna untuk hiasan.
  6. Ayak tepung gandum dan gula aising.
  7. Tambah garam dalam kacang kisar. Biskut Mazola kena ada rasa lemak-lemak masin barula sedap.
  8. Tuang masuk bahan ayak sikit-sikit dan gaul sampai jadi macam serbuk breadcrumb.
  9. Bila dah sebati, boleh tuang masuk minyak Mazola sikit demi sedikit dan sambung uli sampai dapat doh yang lembut dan mudah di bentuk.
  10. Bentukkan biskut kacang Mazola dan susun atas loyang.
  11. Kemudian letak 1/2 biji kacang tanah atas biskut untuk hiasan.
  12. Pecahkan telur dan ambil kuning telur saja. Tambah sedikit pewarna oren dan kacau sebati.
  13. Sapu kuning telur atas biskut. (sapu sikit-sikit sahaja)
  14. Bakar dalam oven suhu 160°C selama 20-25 minit.
  15. Kemudian keluarkan dan sejukkan sebelum simpan dalam balang.

Resepi Biskut Mazola Gebu

Bahan-bahan :

  • 2 cawan kacang tanah disangai , kemudian kisar
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula. (dikisar halus)
  • Minyak mazola
  • Secubit garam

Cara-cara buat biskut Mazola Gebu

  1. Satukan semua bahan KECUALI minyak.
  2. Gaul sebati kemudian tuang minyak mazola sedikit demi sedikit.
  3. Uli sampai jadi doh.
  4. Kemudian boleh la nak bulatkan atau nak tekap guna acuan.
  5. sapu telur kuning di permukaan kuih kemudian letak kacang atas.
  6. Bakar dalam suhu 160’c selama 25 minit sampai masak (masa terpulang pada oven masing-masing,kalau belum masak boleh lebihkan masa.)

Resepi Biskut Mazola Menggunakan 4 Bahan

Bahan-bahan :

  • 2 1/2 cawan tepung gandum – diayak
  • 1/2 cawan gula icing – diayak
  • 2 cawan kacang tanah kisar – goreng dulu tanpa minyak. kemudian kisar
  • 1 cawan minyak jagung

Bahan hiasan :

  • Kuning telur secukupnya
  • Kacang tanah goreng secukupnya

Cara penyediaan biskut Mazola 4 bahan :

  1. Satukan tepung, gula dan kacang kisar. Kacau sebati.
  2. Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga jadi doh yang boleh dikepal. (Tidakk perlu habiskan minyak jika doh telah cantik.)
  3. Bulatkan doh, tekan sedikit dan letak kacang tanah di atasnya.
  4. Sapu kuning telur dan bakar hingga masak antara suhu 150C – 180C selama 20-25 minit bergantung pada ketuhar masing-masing.

Resepi Biskut Mazola Kacang Hijau

Resepi Biskut Mazola
Himpunan Resepi Biskut Mazola Mudah untuk Hari Raya 6

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung kacang pis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula aising
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Minyak Mazola secukupnya
  • 1 biji telur kuning
  • Hiasan- kelapa kering

Cara penyediaan biskut Mazola Kacang Hijau :

  1. Gaulkan kesemua bahan-bahan kering sehingga sebati.
  2. Tuangkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sehingga terbentuk doh lembut.
  3. Terap mengikut acuan yang digemari.
  4. Taburkan kelapa kering.
  5. Bakar dengan suhu 180⁰C selama 15 minit atau sehingga masak.
  6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Soalan FAQs Berkenaan Resepi Biskut Mazola

Bagaimana rasa biskut kacang Mazola?

Biskut kacang Mazola mempunyai rasa yang sedap dan tidak terlalu manis. Di tambahkan lagi denga teksturnya yang lembut membuatkan biskut ini cair di mulut.

Bagaimana cara penyimpanan biskut Mazola?

Anda perlu menyejukkan dahulu biskut tersebut sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara

Bolehkah gantikan gula aising dengan bahan lain?

Untuk buat biskut mazola, Anda boleh juga menggantikan gula aising dengan gula pasir tetapi ianya perlu dikisar terlebih dahulu.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati