Ramadhan muncul lagi dan masing-masing mula mencari kaedah cepat dan tips khatam Quran. Bersyukurlah kita masih lagi diberi kesempatan dan peluang oleh Allah SWT untuk menunaikan ibadah puasa di tahun ini. Walaupun, bulan puasa sudah berlalu 2 minggu, namun anda masih berpeluang untuk khatam Quran dengan kaedah berikut jika anda berusaha dan tekun membacanya. Artikel ini menerangkan kaedah, tips dan kelebihan khatam Quran di bulan Ramadhan.
Tips Khatam Quran Bulan Ramadhan
Isi Kandungan
Tips khatam Quran |
---|
Mulakan dengan Juzuk 1 pada hari pertama Ramadhan |
Letakkan sasaran yang sesuai dengan diri sendiri |
Sediakan waktu khusus untuk membaca Al-Quran |
Manfaatkan waktu sebaiknya |
Gunakan tenaga sebaiknya |
Selalu membawa mashaf Al-Quran |
Membaca Di Tempat Yang Tenang |
Lawan Rasa Mengantuk |
Kaedah Khatam Quran
Apabila tiba bulan Ramadhan, kita semua digalakkan membaca Al Quran, setakat mana yang kita termampu. Sesiapa yang berkemampuan untuk khatam, adalah lebih baik dan ganjarannya adalah besar. Berikut merupakan kaedah untuk anda khatam Quran mengikut tahap kemampuan anda pada bulan Ramadhan.
Anggaran bulan Ramadhan ada 30 hari dan Al-Quran ada 604 muka surat kesemuanya.
KAEDAH | BIL. MUKA SURAT QURAN |
---|---|
Untuk khatam 1 kali: Anda perlu baca 20 muka surat sehari | Subuh = 4 muka surat Zohor = 4 muka surat Asar = 4 muka surat Maghrib = 4 muka surat Isyak = 4 muka surat |
Untuk khatam 2 kali: Anda perlu baca 45 muka surat sehari | Subuh = 9 muka surat Zohor = 9 muka surat Asar = 9 muka surat Maghrib = 9 muka surat Isyak = 9 muka surat |
Untuk khatam 3 kali: Anda perlu baca 60 muka surat sehari | Subuh = 12 muka surat Zohor = 12 muka surat Asar = 12 muka surat Maghrib = 12 muka surat Isyak = 12 muka surat |
Untuk khatam 4 kali: Anda perlu baca 90 muka surat sehari | Subuh = 18 muka surat Zohor = 18 muka surat Asar = 18 muka surat Maghrib = 18 muka surat Isyak = 18 muka surat |
Kelebihan Khatam Quran dalam Bulan Ramadhan
Kelebihan khatam Quran adalah sangat luas dan tinggi darjatnya terutamanya di dalam bulan Ramadhan. Berikut merupakan kelebihan khatam Quran iaitu:
1.Malaikat memohon keampunan untuk orang yang mengkhatam Quran
Keutamaan mengkhatamkan Al-Qur’an ialah para malaikat akan memohonkan ampun untuknya. Setiap muslim yang sentiasa membaca kitab suci ini sehingga mengkhatamkannya, maka 60 ribu malaikat akan memohonkan keampunan untuknya.
Hal ini disebut dalam salah satu hadis berikut, maksudnya:
“Ketika seorang hamba mengkhatamkan Al-Qur’an, maka di penghujung khatamnya, sebanyak 60 ribu malaikat akan memohonkan ampun untuknya” (HR. ad-Dailami).
2.Diberikan syafaat
Keutamaan mengkhatamkan Al-Qur’an ialah diberikan syafaat pada hari kiamat. Seseorang yang selalu menyibukkan diri membaca ayat-ayat suci Al-Quran maka di hari kiamat akan diberi syafaat.
Hal ini termaktub dalam salah satu hadis berikut, Rasulullah bersabda:
“Bacalah Al-Quran. Sebab, ia akan datang memberikan syafaat pada hari Kiamat kepada pemilik (pembacanya, pengamalnya)” (HR. Ahmad)
Sebagaimana riwayat Abu Sa’id dari Rasulullah SAW bahwa Allah Berfirman yang maksudnya seperti berikut:
“Siapa saja yang disibukkan dengan membaca Al-Quran, sehingga tidak sempat zikir kepada-Ku dan meminta kepada-Ku, maka Aku akan memberinya balasan terbaik orang-orang yang meminta. Ingatlah, keutamaan Al-Quran atas kalimat-kalimat yang lain seperti keutamaan Allah atas makhluk-Nya,” (HR. Al-Baihaqi)
3. Diberikan ketenangan kepada pembacanya
Seseorang yang mengkhatamkan kitab suci Al-Quran akan selalu diberikan ketenangan dalam situasi apapun. Selain itu, para malaikat juga akan melingkari dan memohonkan ampun untuknya.
Sebagaimana dalam salah satu hadit Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah-rumah Allah untuk melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran dan mempelajarinya, melainkan akan turun kepada mereka ketenangan, akan dilingkupi pada diri mereka dengan rahmat, akan dilingkari oleh para malaikat, dan Allah pun akan menyebut (memuji) mereka di hadapan makhluk yang ada di dekat-Nya .” (HR. Muslim)
4. Doa Yang Sangat Dimakbul
Sesiapa sahaja yang berdoa, pasti dimakbulkan. Dalam sebuah hadis Rasulullah ﷺ yang diriwayatkan oleh seorang tabiin, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barangsiapa yang mengkhatam Al-Quran bila-bila masa saja pada waktu tengah hari (waktu siang sebelum Maghrib), para malaikat akan berselawat ke atasnya sampai waktu petang. Jika dia khatam pada waktu malam, maka para malaikat akan berselawat ke atasnya sehingga pagi”.
Soalan FAQs Berkenaan Khatam Quran
Berapa mukasurat perlu dibaca jika ingin khatam Quran 2 kali dalam sebulan?
Baca 9 muka surat Quran setiap kali lepas solat selama 30 hari.
Apakah kelebihan khatam Quran?
mendapat syafaat, ketenangan, doa mustajab dan malaikat memohon keampunan untuknya.